Pengikut

Rabu, 29 Januari 2014

menuju untuk kerja sosial

 Cuti tahun baru cina 2014 untuk sekolah di labuan ini akan mula bercuti esok. 30hb januari. jadi adalah 6 hari cuti kesemuanya. mulanya mengikut kelender cuti raya cina ini bagi wilayah persekutuan ada 4 hari sahaja.

cuti 4 hari tidak berbaloi untuk balik kampong sebab saya tidak sempat membeli tekit fery yang kononya telah mula di jual nov tahun lepas. keluar boleh diurusakan tapi untuk masuk balik sedikit masaalah, kalau bujang tak apa juga.

hati meronta-ronta nak balik sebab nak Ziarah Ibu. rindu sangat lah ini.  dapat juga meneruskan agenda peribadi mencangkul meratakan tapak yang dicadangkan nak bina  pondok berteduh. planing dan azam sahaja lah maklumlah dalam kertas memang tidak mampu.

manakala untuk kerja-kerja kemasyarakatan @ sosial  pula insyahallah mana tau mungkin berpeluang menziarah sahabat baru di  sandakan atau beluaran. dan terlebih  baik lagi kalau dapat menuju ke dua-dua tempat.

Esok En Md Ridzuan dan En. Muhammad Ramdhan akan menjemput saya di Menumbuk.  mudah-mudahan Allah swt akan memberkati anda sekalian Amin

Isnin, 20 Januari 2014

SEDIKIT MENGENAI KEJADIAN MANUSIA - MENGIKUT ISLAM DAN TAFSIRAN SAINS pada 17hb Oktober 2010 pukul 10.58 ptg


https://www.facebook.com/abjad.malaysia

Artikel berikut adalah kajian Pok Nik dan gabungan lain-lain kajian

"Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah S.W.T.. Lalu Jibril kembali ke hadhirat Allah S.W.T. memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah S.W.T. memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah S.W.T. menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah S.W.T.: "Hai Izrail Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah S.W.T. kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah S.W.T.

Lalu Allah S.W.T. berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah S.W.T. berfirman lagi:

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Eden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:-

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Kaki kanannya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Kaki kirinya juga dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan
13. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
14 .Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
-----------------

1. Ketika Allah S.W.T. jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam den...gan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah S.W.T. menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Nabi Allah Adam a.s. masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Nabi Allah Adam a.s. telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Nabi Allah Adam a.s. ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :

1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Di bawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:

A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
C. Telinga alat pendengaran
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah S.W.T. memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah S.W.T. ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah' Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadhirat Allah S.W.T. Lalu Allah berkata Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis, kajian sains telah menunjukkan bahawa elemen tanah pada tubuh manusia terdiri daripada :

1) Karbon
2) Oksigen
3) Hidrogen
4) Fosforus
5) Sulfur
6) Azote
7) Kalsium
8) Pottasium
9) Sodium
10) Klorat
11) Magnesium
12) Ferum
13) Manganese
14) Kuprum
15) Iodin
16) Klorin
17) Kobalt
18) Zink
19) Silicon
20) Alumunium

Kandungan kimia manusia pula terdiri daripada :

1) Oksigen 45,000 gram
2) Hidrogen 8,000 gram
3) Kalsium 1,000 gram
4) Kabrit 175 gram
5) Sodium 105 gram
6) Magnesium 35 gram
7) Kuprum 0.1 gram
8) Karbon 12,000 gram
9) Azote (nitrogen) 2,000 gram
10) Fosforus 140 gram
11) Klorin 105 gram
12) Ferum (besi) 4 gram
13) Iodin 0.03 gram
14) Manganese 0.02 gram

Terdapat beberapa teori yang boleh diperbuat di sini :

Oksigen 45000 gram bukanlah maksudnya pengambilan oksigen pada manusia kerana kajian ini melibatkan kajian kejadian manusia yang asal(kecuali semasa aktiviti lasak - pengambilan oksigen adalah tinggi) -Mungkin keperluan oksigen (dari belasan tanah asal kejadian) yang dikamilkan sehingga menjadi anggota tubuh manusia. (Begitu juga dengan lain-lain itu berasaskan apa yang kita panggil dari elemen tanah air api dan angin)

Nabi Adam tubuhnya sangat besar dengan tinggi 60 hasta seperti di jelaskan oleh Rasullulah.

Sabda Rasuullulah

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yg berbeza.1 hasta = 45,72 cm. maka dengan begitu tinggi nabi adam adalah 27,432 meter

Ukuran ketinggian ini juga munasabah kerana satu rawi menyatakan lautan yang paling dalam adalah hanya di paras tumit kaki Nabi Allah Adam a.s.

Dari sini mungkin saintis membuat agakan purata pengambilan oksigen oleh Nabi Allah Adam A.S. (mungkin 45kg seminit? sesaat? Wallahualam)

Dalam konteks kajian saintis Islam purba telah mengasaskan teori mereka ini pada beberapa hadis/riwayat dan firman Allah...contohnya 'setitis' diukur (agakan) dalam bentuk gram - juga lain-lain seperti 'segumpal', dsb. di samping yang disebutkan.

--------------------
Di dalam Al-Qur'an dan hadis ada disebut pelbagai kategori tanah seperti 'tanah hitam' (tanah yang dibakar (Ar-Rahman:14)

Dia (Allah) menjadikan manusia seperti TEMBIKAR, (tanah yg dibakar)." Kata - "Shal-shal" ini bermaksud : Tanah kering atau setengah kering yakni "ejen (zat) pembakar" atau apa yang kita kenali kini sebagai Oksigen. Selain itu "Fakhkhar," - "Zat Arang" atau Karbonium.
atau 'tanah kering & lumpur hitam yang berbentuk' (Al-Hijr:28) yang bermaksud pembentukan 'mould'

Di surat Al Hijr, ayat 28: juga menyebut - "shal-shal," telah diterangkan, sedangkan kata "Hamaa-in" di ayat tersebut ialah "Zat Lemas" atau Nitrogenium.

AsSaffat:11 - "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia dari pada TANAH LIAT." "lazib" adalah tanah liat iaitu "Zat besi" atau ferum.

Ali Imran: 59: "Dia (Allah) menjadikan Adam dari TANAH kemudian Allah berfirman kpd...nya 'jadilah engkau,' lalu berbentuk manusia." "turab" (tanah) bermaksud: "Unsur-unsur zat asli yg terdapat di dlm tanah" atau "ZAT-ZAT ANORGANIS"

Al Hijr :ayat 28: "Maka setelah Aku (Allah) sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan RUH-KU kpdnya (Ruh daripada-Ku)."
Ke dalam tubuh rohani dan jasmani.

Turab ialah zat-zat asli anorganis (pengamilan fakkhar - carbonium (zat arang) dengan 'shal-shal' iaitu Oksigenium (zat pembakar) dan "hamaa-in" iaitu Nitrogenium (zat lemas) dan Thiin iaitu Hidrogenium (zat air) kemudiannya Ferum (zat besi) dll zat-zat anorganis - laazib - spt kalium, yodium, silkum dan mangaan akhirnya terbentuklah asid amino dan protein (the building block that we call 'life)

Turab meletakkan zat kalium sebagai zat utama anorganis - iaitu paling banyak dalam otot-otot dan jaringan tubuh manusia - ianya adalah untuk proses 'hayat' - pembentukan jisim halus.

Apa yang menarik ialah kita kini (selepas Adam) dijadikan dari H20, sperma, darah, daging dll

Tetapi Adam a.s. dicipta menerusi pengamilan oksigenum, carbonium, nitrogenium, hidrogenium, ferum, zat-zat anargonik dan akhirnya ditiupkan ruh.

Wallahualam, wassalam
---------------------

Dari : 'Ulama Umara' - S. Ahmad Naziruddin

Firman Allah SWT :

Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat*dari Tuhannya lalu Dia ampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun MahaPenyayang. ( Ayat 37 : Surah al-Baqarah )

Jalaluddin As-Suyuthi dalam tafsirnya Ad-Durrul Mantsur ketika menafsirkan ayat ini, mengatakan: Ibn Abbas pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang “Kalimat-kalimat yang diterima oleh Adam dari Tuhannya lalu Dia menerima taubatnya”.

Rasulullah saw bersabda: “Adam memohon kepada Allah dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husein (sa), kemudian Allah menerima taubatnya.” (Kanzul Ummal 1: 234).

Imam Ali bin Abi Thalib (sa) pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang firman Allah “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya “(Al-Baqara: 36).

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah menurunkan Adam di India, Hawa’ di Jeddah, Iblis di Misan, dan ular di Ashbahan, ular itu berkaki seperti kaki unta. Adam tinggal di India selama seratus tahun menangisi kesalahannya sehingga Allah mengutus Jibril kepadanya dan berfirman: “Wahai Adam, bukankah Aku menciptakanmu dengan tangan-Ku? Bukankah Aku meniupkan ruh-Ku ke dalam dirimu? Bukankah para malaikat-Ku telah sujud kepadamu? Bukankah Aku telah menjadikan Hawa sebagai isterimu? Adam menjawab: Semua itu benar. Kemudian Allah swt bertanya: Mengapa kamu menangis? Adam menjawab: Bagaimana aku tidak menangis sementara aku dikeluarkan dari sisi Yang Maha Pengasih. Kemudian Allah swt berfirman: “Hendaknya kamu bertaubat dengan kalimat-kalimat ini, sesungguhnya Allah akan menerima taubatmu dan mengampuni dosamu. Ucapkan olehmu:

اللّهم إني أسالك بحق محمّد وآل محمّد، سبُحانك لا إله إلاّ أنت، عملت سوءاً وظلمت نفسي، فتب عليّ إنك أنت التواب الرحيم،اللّهم إني أسألك بحق محمّد وآل محمّد، عملت سوءاً وظلمتُ نفسي فتُب عليّ إنك أنت التواب الرحيم

Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad. Maha Suci Engkau tiada Tuhan kecuali Engkau, aku telah melakukan kesalahan dan menzalimi diriku, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Menyayangi. Ya Allah, aku memohon pada-Mu dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad, aku telah melakukan kesalahan dan menzalimi diriku, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Menyayangi. Kemudian Rasulullah saw bersabda: “kalimat-kalimat inilah yang diterima oleh Adam.” (Kanzul ‘Ummal 1: 234, hadis ke 4237)

(Ada satu pendapat saya lupa dari kitab mana, Adam a.s. mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu sebelum membaca doa di atas





Isnin, 6 Januari 2014

The Patriots.



CHI TU, TAMADUN EMAS MELAYU YANG HILANG DI BUMI KELANTAN Chi Tu, sebuah kerajaan Melayu terawal, antara yang terawal pernah wujud di muka bumi ini selain daripada Langkasuka, Funan, dan Champa. Kenapa tajuk artikel ini berbunyi Chi Tu, Ibu Kepada Empayar Srivijaya? Itu akan kita bincangkan nanti dalam perbincangan kita. Menurut catatan sejarah, Chi Tu dijangka wujud sejak awal abad pertama sebelum masihi, kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Boleh dikatakan kewujudan Chi Tu ini berdiri dalam lingkungan 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S [1] Bercakap mengenai Chi Tu, sebenarnya ada misteri yang besar yang masih menyelubungi kerajaan yang merupakan antara yang terawal milik bangsa Melayu. Kewujudan Chi Tu sekaligus menidakkan dakwaan mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu asalnya daripada Sumtera dan Indonesia kerana terbukti bahawa Chi Tu lebih lama daripada mana-mana kerajaan orang Melayu di Sumatera dan Indochina (jika kita mengambil teori yang mengatakan orang Melayu asal dari Yunnan, China walaupun teori ini kemudiannya tertolak dalam bidang kajian sejarah Melayu) Dari mana ya saya mahu mulakan penceritaaan saya mengenai Chi Tu ini ya? Hmmm… oh ya apa kata saya menceritakan mengenai sejarah awal kerajaan ini? Terdapat rekod sejarah yang mengatakan bahawa Chi Tu ini merupakan sebuah kerajaan yang pernah berada di bawah jajahan sebuah lagi kerajaan Melayu di Indochina yang bernama Funan. [2] Apa yang menariknya mengenai Chi Tu kenapa kerajaan ini menjadi sangat misteri ialah ianya hanya pernah disebut di dalam rekod China, zaman Dinasti Sui, dan selepas itu, ianya seolah-olah terus lenyap dari lipatan sejarah. Chi Tu mula dikenali oleh dunia ketika dalam catatan Dinasti Sui di mana dalam catatan tersebut mengatakan mengenai hubungan pertama yang dibuat oleh negara kota Melayu ini dengan kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 Masihi. Untuk membalas serta menunjukkan rasa hormat Empayar China ketika itu, seorang utusan ataupun duta telah dihantar oleh kerajaan China ke Chi Tu. Rekod tersebut merupakan antara rekod terawal yang bercerita mengenai Chi Tu [3] Menurut catatan China, diceritakan bahawa raja kerajaan Chihtu ini bersemayam di sebuah kota yang bernama Seng-Chih yang dimana kekayaan dan kehebatan kota ini dikatakan mempunyai tiga buah pintu gerbang, di mana setiap pintu gerbang itu luasnya dikatakan sejauh 100 langkah kaki. Di setiap pintu gerbang dikatakan terdapat ukiran indah mengenai pari-pari yang sedang terbang, beberapa elemen agama Buddha, dan juga setiap pintu gerbang dihiaskan dengan bunga emas yang merupakan sumber kekayaan Chi Tu. Juga digantungkan sebuah loceng kecil pada setiap pintu gerbang. Diceritakan juga bagaimana kerajaan ini tidak lekang dengan emas, sebagai contoh sebuah kuil kecil yang dikelilingi dengan emas, atau hiasan utama bagi kerajaan Chi Tu ini adalah bunga emas, di mana bunga emas boleh dilihat merata-rata di sekitar istana dan negara kota. [4] Diceritakan lagi dalam catatan China tentang Istana Chihtu yang dikatakan bahawa kesemua pintu yang terdapat pada bangunan istana adalah menghadap kearah utara. Takhta sang raja dibina tiga lapis tingginya dan setiap hari sang raja akan jubbah berwarna merah mawar dan baginda memakai pelbagai kalung dan perhiasan dari emas. Mahkotanya dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang terbuat dari emas dan bertatahkan pelbagai hiasan daripada batu-batu permata. Di sisi kanan dan kirinya ada empat orang wanita. Dikatakan juga pengawal yang terdapat di dalam balai tersebut adalah lebih dari seratus orang. Di belakang takhta tempat sang raja bersemayam pula wujud pintu gerbang yang dibina daripada lima jenis kayuan wangi yang bercampur baur dengan emas dan perak, serta dibelakang gerbang tersebut terdapat sebuah relung logam yang berbentuk seperti api yang menyala yang turut diperbuat dari emas yang berkilauan. [5] Makanan utama masyarakat Chi tu adalah nasi dan catatan China ada menyebut semasa majlis keraian dijalankan terhadap rombongan Maharaja Sui, mereka dihidangkan dengan kek atau kuih yang berwarna kuning, merah, putih dan ungu ( mungkin prototaip awal kuih lapis?) bersama-sama dengan daging lembu, daging kambing, ikan, penyu, dan kerbau pendek. Putera Raja Chih tu Na ya jia atau Nayaka kemudiannya mengiringi rombongan Maharaja Sui kembali ke China dengan membawa hadiah-hadiah berupa barangan hasil keluaran tempatan dan ini termasuklah mahkota emas berbetuk bunga raya dan kapur barus sebagai ufti kepada Maharaja. Hadiah ini sebagai balasan kepada pemberian Maharaja Sui kepada Raja Chih tu dan tanda bermulanya hubungan diplomatik dengan Maharaja China tersebut.[6] Sebenarnya tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai Chi Tu ini, tetapi ianya sangat penting untuk diperkatakan untuk menidakkan hujah seorang cina kiasu yang mengatakan bahawa kerajaan ini adalah milik bangsa cina. Antara hujah yang menyokong mengenai Chi Tu ini adalah milik etnik Melayu ialah pendapat seorang pengkaji daripada Jepun iaitu Tatsuo Hatsuno. Menurut beliau, nama Chi Tu ini sebenarnya telah dingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Taiping Huanyu Ji, sebuah eksiklopedia yang terkenal pada zaman China dahulu dikatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi empayar Melayu ketika itu, iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li. Menurut Hatsuno lagi, kerajaan Chi Tu dikaitkan dengan Srivijaya atas alasan ianya mempunyai hubungan rapat dengan Srivijaya kerana merupakan etnik yang sama yang menubuhkan Srivijaya iaitu milik bangsa Melayu. Bahkan dikatakan bahawa Srivijaya itu adalah pewaris kepada raja-raja yang pernah memerintah Chi Tu suatu masa dahulu. Tambah mengejutkan di katakan bahawa permulaan kepada Empayar Melayu Srivijaya adalah bermula di Chi Tu. [7] Kesimpulannya di sini, Chi Tu ialah lambang kepada kekayaan orang Melayu suatu ketika dahulu dalam membina kerajaan. Emas adalah permaianan orang Melayu ketika itu. Bayangkanlah bagaimana bangsa Cina sendiri menceritakan kisah Chih Tu dengan penuh kekaguman, bagaimana sebuah tamadun di Tanah Melayu ketika itu yang menggunakan emas secara berleluasa. Sayangnya, kisah seperti ini tidak langsung diceritakan bahkan dikaitkan dengan Melayu pun sehinggakan orang Melayu berfikir bahawa sebelum Melaka, bangsa mereka adalah bangsa bercawat di hutan, memburu binatang laksana orang zaman batu. Rujukan: 1. Faridah Abdul Rashid. Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore. pp 25 2. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 123. 3. Micheal Jacq-Hergoualc'h. The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). pp [229] 4. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 124. 5. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 124 (paragraph 2). 6. Al Semantani. Blog:http://lokalgenius.blogspot.com/2012/12/ada-apa-dengan-chih-tu.html 7. Tatsuo Hoshino. The Kingdom of Red Earth (Chitu Guo) in Cambodia and Vietnam from the Sixth to the Eighth Centuries. pp 70. -HE dan Al-Semantani- [Segmen Nusantara Kita