Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt. dengan izinya Saudara Cikgu Mazlan Atin selaku Setiusaha Agung Abjad Sabah merangkap pengerusi pengelola Majlis ini berjaya dilaksanakan seberjaya dengan Nialaian yuran seminar RM50.00 sahaja. mana nak cari yuran seminar semurah ini?
Yuran seminar seumpama ini biasanya dalam kadar RM350.00. jadi dalam beberapa siri perjumpaan dan pengisian majlis semasa kehadiran jemputan dari Pusat Urusetia lah yang menampung segala kos pengurusan dan kos perlaksanaan.
Kekurngan Dana. inilah yang kita alami dalam beberapa tahun. mudah-mudahan dimasa hadapan bila kesedaran masyarakat telah meningkat. mungkin kerugian modal yang dilaburkan ketika ini akan dapat membuahkan hasilnya.
walaupun pada dasarnya dana penampung ini sebagai pelaburan Akhirat namun dari konsep kelangsungan program dan tenaga ajk urusetia yang bertungkus lumus melapangkan masa menjayakan progrem seumpama ini mendapat sedikit ganjaran dan hadiah di dunia. bab ganjaran di akhirat hak dimilik ALLAH.
Dengan nilai yuran RM50.00. serasa saya majlis itu lebih dari berbaloi. slot Ustaz Zainuddin pada sebelah paginya dan slot saya pada malamnya. jangan lupa Slot permulaan sumbangan Cikgu Mazlan.
Slot yang dikongsi oleh Cikgu Mazlan itu pun. khabar beritanya beryuran RM400.00 semasa dihadirinya. slot Ustaz Zainuddin sepatutnya beryuran RM350.00. Slot Saya pula Macam Mana?
Slot saya biasa-biasa saja bah. ilmu yang diperturunkan oleh Ustaz Zainuddin kepada saya lebih kurang 20 tahun yang lepas. apa tidak saya ternganga bila cikgu Mazlan maklumkan saya bahawa Ustaz Zainuddin, namakan saya untuk mengantiknya untuk Slot Urutan Asas ini.
Untuk Slot urutan Asas ini saya namakanya sebagai JABAT URAT mengambil Nama dari JABAT 14. Urutan urat ini terbahagi kepada tiga. Kaki, Tangan dan Badan. untuk kampong-kampong dulu punya cerita. urutan ketiga-tiga bahagian ini saya hanya dimaharkan dengan secawan Nescefee. kira begitupun sudah bernasib baik. selalunya ucap terima kasih pun tidak ada saya terima.
Mungkinlah kalau saya ada masa lapang untuk di luangkan untuk mengurut. maharnya untuk satu bahagian RM70.00 dan untuk seluruh badan RM150.00 kemungkinan saya akan kembali Amat bersemangat untuk menceburinya.
Untuk tahun 2014 ini kami bercadang untuk melaksanakan progrem perawatan PERALIH SAKA beramai-ramai terbuka untuk seluruh SABAH. insya Allah kami amat mengharapakan sambutan yang amat menggalakan agar Urusetia Abjad Sabah dapat membawakan Tuan Guru Ahmad Junaidin selaku Yang dipertua Abjad Malaysia untuk melaksanakan Program PERALIH SAKA ini.
Kami menganggarkan dana yang diperlukan sekurang-kurangnya melebihi jumlah RM10.000. jadi kami mengharapkan komitmen seandainya ada yang memerulkan rawatan ini mendaftar Awal.
rawatan secara individu RM350 rawatan sekeluarga Antara RM1000-RM3000. insyah Allah ada kesembuhan.
Apakah dia SAKA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan