Pengikut

Isnin, 7 Januari 2013

rancangan yang tidak menjadi

 sebulan bercuti dihujung tahun di kampong halaman berlalu sudah. hujan yang sering turun menyebabkan saya makin bertambah malas. tidur makan dan makan dan tidur. tapi tidak pandai puas-puas tidur.

saya sebenarnya ada banyak idea yang hendak dilakukan... tapi semuanya tinggal kenangan. satu pun tidak ada yang menjadi.

saya ingat-ingat nak pergi ziarahlah tanaman yang saya tanam sebelum ooooooooo mungkin enam tahun tidak di ziarahi.. subahanallah. satu hari terpaksalah saya menamani mak yang teringin sangat dan sangat-sangat merindui tanah yang mereka mula-mula teroka dari hutan asli. nampak sangat ada sesuatu di hati ibu dan lebih menyayu dan mengusik hati... mak selalu kata."marilah kita pergi ke sana. selagi saya masih sihat saya teringin sangat nak melihat.

saya memang macam tidak larat dan tidak mampu, selalu dengan orang rumah. saya akan cakap. saya ini dah biasa makan gaji dengan tangan memegang Pen menulis. manalah larat nak bawa parang. apa lagi nak angkat cangkul.

terpikir juga nak membeli se bandel anak pokok getah dan cuba-cubalah pergi selitkan benda ini dicelah-celah rumput dan pokok hutan yang semakin membesar. hujan yang sering turun jadi alasan saya untuk mengotakan niat yang terasa di hati.

sebelum balik kampong bercuti,. memang besar hati saya untuk memenuhi hajat jemputan dari kenalan di tanjung batu Tawau. beberapa rakan telah saya pesan untuk dibawa bersama. tapi itulah saat akhir dari kesibukan dan arahan semasa tugasan hakiki akhirnya semangat itu mula luntur.

saya tidaklah sesibuk mana. tapi itulah cuaca kampong halaman yang mula terasing dari kebiasaan tubuh badan menjadikan pergerakan saya amat terhad. kesihatan saya juga nampaknya amat terganggu.

terasa dihati saya telah gagal melaksanakan sesuatu yang amat perlu, walaupun keperluan tersebut mungkin amat berat bagi saya. tapi itulah sahaja sedaya upaya saya cuba untuk merealasasikan komitmen awal saya itu.

Tiada ulasan: