ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Ahad, 7 Oktober 2012
Ke mulia an dan Iman dari keturunan Kedua IbuBapa Nabi Muhammad saw
kelmarin saya dan orang rumah hadir menghadiri Muzakarah Pemegang tauliah mengajar agama islam wilayah persekutuan labuan tahun 2012M. walaupun progrem ini untuk saya, tapi sengaja saya membawa orang rumah bersama. kerana kesian kat dia yang asyik duduk didalam rumah sahaja.
lambat juga saya sampai, ketika saya dan orang rumah tercari-cari tempat duduk masing-masing ceramah 1 oleh yang berbahagia Ustaz Zamihan Bin Mat Zin dari KDN bertajuk Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang berlangsung. malu jugalah saya. akhir-akhir ini saya banyak kali terlewat.
selama ini, dari pemerhatian dan pembacaan saya di IT Blog dan sedutan YouTube. persepsi saya terhadapanya tidak berubah. saya tidak mengharaf penemuan Besar atau pendapatan besar untuk hadir paksa dalam progrem majlis Ilmu seperti ini. selalu saya berfikir dapat refres ilmu pun dah memadai. maklumlah saya ini bukanlah kitab yang boleh membaca sendiri. ilmu yang ada didada pun, untuk diri pas Fardu Ain pun belum tentu.
saya berkongsi komenter Berbahagia Ustaz Zamihan menyebut pertikaian Aliran-Aliran Pemikiran terdahulu yang masih dibawah ke masa kini oleh para pendukungnya Masyah Allah. subahan Allah. disinilah tanggungjawab besar di pikul oleh Ahli sunnah untuk menerbitkan Dalil-dalil yang jitu untuk menyanggah segala pertikaian yang mana berada dalam linkungan masyarakat islam itu sendiri atau anasir-anasir yang dibawa dari luar kominiti islam ini sendiri.
Rasa rindu pula saya bila terdengar Ustaz Zamihan menyebut Kitab-Kitab Akidah, zaman kertas kuninglah konon. macam Juhari tauhid, darus samin dan banyak lagi yang disebutnya. macam tiba-tiba ada cahaya bersinar di otak saya.
terbayang kisah lama,... nak cari lawan berhujah. berkarat sudah rasanya memori ini. lama tak test. tak kanlah saya nak tray Test Ustaz ini pula?
Ustaz Zamihan juga menyokong pendapat yang menyatakan IbuBapa Nabi Muhammad ini ber Agama Islam dari Agama Nabi Ibrahim As. kebetulan saya pun ada menjawab pertanyaan seperti ini seminggu yang lalu. yang timbul ketika berenteriksi dalam jawab soalan latih tubi pelajaran Tauhid untuk peperiksaan UPKK 2012.
Murid tahun Lima bertanya. jadi macam saya meniru pernyataan Ustaz Zamihan untuk menjawab pertanyaan murid tersebut.. tak apalah kita kongsikan sahaja.
Dengan murid tahun Lima bab akidah seperti ini mereka dah terkesan kalau salah cakap macam mana akan jadinya..... alang-alang guru yang menghadapinya... hancurlah asas akidahnya. kita kena pandai cerita. cuma yang pentingnya orang yang bertanya ini kena ada asasnya juga. nasib lah budak ini ada basic. tahulah ia nama kitab yang empat itu dengan bahasa yang digunaknnya. serta nabi yang menerima wahyunya.
Budak-budak ini faham Agam islam ini hanyalah Agama yang di bawa oleh baginda Nabi Muhammmad saw. kan ada pula dalil nakli ayat al-quranyang kira-kira bermaksud sesungguhnya agama disisi allah hanyalah Islam, jadi kafirlah konon ibubapa Nabi muhammad serata datuk nenek moyangnya juga.
jadi saya ceritakan lah dengan budak-budak ini. semua Agama dan kitab yang diturunkan itu adalah Islam, kebetulan sebelumnya ada pula soalan yang bertanya yang berbunyi berikut adalah antara keistemewaan Al-Quran ialah.. murid lebih tertarik memilih perkataan menyambong ajaran terdahulu.. oleh kerana di situ ada perkataan memansuhkan maka saya pilih perkataan tersebut untuk menjawab soalan tersebut.
Nabi Muhammad saw lahir dari keturunan yang Mulia, bapanya bapa,-bapa saudaranya datuknya dan moyangnya serta Nabi muhammad sendiri sehingga menerima wahyu pertama adalah beriman dengan Agama Nabi Ibrahim as.
Biarpun kaum Quraish menyembah berhala dan kejahilan mula melanda masyarkat mekah. tetapi tidak dapat dinafikan dalam kaum Quraish itu masih ada lagi orang yang beriman dengan Allah swt berdasarkan Agama yang dibawa oleh Nabi Allah Ibrahim. hatta Abu Lahab dan Abu Jahal sekalipun beriman dengan Agama Nabi Ibrahim, cuma taat atau maksiat sahaja. wallahu A'lam.
Rasulallah saw sebelum diutuskan sebagai utusan, sering mengasingkan diri dan membuat ibadat di Gua hira', ibadat Rasulallah ini berdasarkan Ajaran agama Nabi Allah Ibrahim as. bila NabiMuhammad saw pula telah diutuskan menjadi nabi dan rasul yang terakhir, bermakna ajaran agama yang diamalkanya sebelum ini, secara sengaja telah mansuh, agama yang didakwah kan oleh baginda nabi muhammad memansuhkan ajaran Nabi Allah Ibrahim as itu.,
baharulah ketika itu bila abu lahab dan Abu jahal tidak menerima dan membantah syiar Islam yang dibawah oleh baginda Saw ini maka barulah jatuh dihukum kan Abu Lahab dan Abu jahal ini kerana tidak mengikrar dengan lisan tentang kebenaran ajaran anak saudara mereka Muhammad sebagai utusan Allah swt.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan