balik bercuti raya 2012 saya tidak banyak bergerak. selalu dan kebanyakanya hanya berada di kawasan rumah. hujung-hujung ramadhan. saya cuba perbaiki bangsal candawan yang hampir roboh. nasib disanggak oleh pokok mangga.kalau tak ranap menyembah bumi. semua tiangnya habis diserang anai-anai. maklumlah semua dari jenis kayu yang mudah di serang anai.
memang saya dah sedari masalah bangsal cendawan ini dari awal. cuma tak sempat untuk mendapatkan tiang yang keras bagi menganti tiang yang telah jelas reput. kesibukan untuk majlis sendiri menyababkan banyak benda terbiar begitu sahaja.
ada niat cadang nak robohkan terus bangsal ini. tapi bila terfikir masa tidak cukup dan pula apa dan dimana saya hendak menyimpan bekas bangsal ini.mungkin dah tidak boleh pakai sudah nanti. maka raknya sahaja yang saya buka dan biarkan kawasannya terbuka. mana tau nanti ada idea lain lagi untuk dibuat.
raya.. raya..raya.... entah kenapa saya dah hilang mood beraya. beberapa tahun kebalakangan ini memang saya tidak oder baju raya. walaupun tahun 2012 ini ada membeli baju untuk berhari raya.. tapi sama sahaja... tidak ada pun aura raya.
kadang-kadang juga saya hairan kenapa malaysia ini sering kali bercangah dengan kawasan nusantara ini untuk menentukan tarikh permulaan puasa mengakibatkan juga penentuan tarikh berhari raya pun berlaku sama. tahun ini pun Berunai dan sebahagian Indonosia berpuasa dan berhari raya mengikut Arab Saudi meninggalkan malaysia sehari menyambut puasa dan berhari raya.
saya teringat cerita kawan yang bertugas ketika setiap kali cerapan bulan. katanya memang bulan itu kelihatan tapi tidak berada pada kedudukan yang tepat untuk melayakan dikatakan anak bulan itu kelihatan. masa cerapan bulan ini sebenarnya ada dibolehkan untuk melihat sama. tapi saya belum pernah nak mencubanya. dasar pemalas kan?
masa raya ini pula beberapa kenalan menamatkan zaman bujang. tidak semua saya dapat hendak menghadirinya.tahniah semua. semuga bahagia hingga selama-lamanya. saya hanya sempat menjenguk saudara Sodzrie pemilik tapak pusat tarbiah abjad sabah. sebab jodohnya pula memang jiran rumah saya juga.
mana-mana orang jauh itu. minta maaf sahajalah bukan ada dendam dihati,kemampuan tidak ada sudah. hanya doa dan ingatan tulus ikhlas dari saya.
raya ini juga saya menerima kunjungan dari ahli bai'ah dari kota belud. terpakslah saya minta jasa baik saudara mazlan untuk membawa mereka ke mana. sebab nak bawa ke rumah saya sendiri memang tidak ada apa-apa. lagi pun. jalan menuju ke rumah tersekat oleh tetamu yang berkunjung ke majlis Saudara Sodzri.
alhamdulilah kami menuju ke rumah keluarga saudara Mazlan, mulanya saya ingatkan rumah mentuanya rupanya rumah bapanya. oooooo lupa pula nama member dari KB ini, belaiu ada membawa 3 orang rakan lagi untuk bertanya dan mendengar perbualan kami.
saudar member dari KB ini melontarkan beberapa persoalan yang kebanyakanya telah saya cuba utarakan dalam Blog ini. sehingga Cikgu mazlan ini saya perlukan untuk menjawab persoalan dari member ini. biasalah pertemuan kedua selapas bai'ah dua tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan