tolong menonton Youtube yang panjang masanya jangan hanya meLihat yang Edit 2 minit lebih
Bila SM MUFTI baru Sabah lontarkan Idea Penyatuan dan Pembangunan Orang Islam Sabah. yang mana Masyarakat Islam Sabah seperti KADAZAN DAN DUSUN Perlu di MELAYUKAN maka adalah pemikir bertaraf AWAM dikalangan kita cuba mengulasnya. dengan capaian ilmiah orang Awam. maka yang diluahkan hanya amarah perkauman tahap ASABAIAH. saya sebut lagi memang jenis ASABIAH. SABAHAN PA KAH?
Saya sudah melihat dan telah terlebih dahulu melontarkan keperluan Gagasan WARGA MELAYU SABAH. telah ada dalam beberapa post yang lalu dan yang masih dalam ingatan saya di perangan akhir post Asal Muasal Dusun Ranau itu ada saya tulis. WARGA MELAYU SABAH
Pada saya tidak menghairankan adanya ulasan yang bersifat Asabiah seperti ini. kerana pertamanya HIDAYAH tak ada. JUGA Sebab ilmu untuk bab ini tak padat. Tidak Menyadari diri hanya mampu berbicara berdasarkan tahap emosi Asabiah dan langsung tidak memahami Topik dan tidak mengatahui Asal Muasal perkataan MELAYU.
Sebagai MERTABAT AWAM dan Individu yang tidak terdedah secara langsung dalam aktiviti perkembangan dan permartabatan Ilmu Islam ini. serasa saya sangat jangal lah untuk menyanggah. idea sebaik tersebut. kerana siapalah saya bila dibandingakan dengan SM Tuan Mufti ini . pigi sekolah lah dulu... kamu gaman.
Alhamdulillah Saya pernah berkesempatan hadir secara LIVE mendengar lontaran ilmiah dari SM Mufti Sabah yang baru ini. Dan saya ada pandangan peribadi sendiri terhadap beliau. Orang Tampatan Sabah kan? saya ada juga pernah membaca beberapa tulisan beliau Mengenai Islam. dan Perkembangan Dakwah Islam di Sabah. kamu Ada menulis? yang bentang di Fb ada kan? uhukkkkkkkk kik... kik maaf ye kurang sopan.
Bukanlah Saya nak perlekehkan sanggahan orang AWAM ini. tapi cuba sedar diri sikit. demikianlah jika sanggahan itu berkisar pada cambahan orang AWAM dan masih ada jiwa ASABIAH. pasti tidak membantu. kerana ceritanya tetap tahap AWAM dan perkauman. jadi untuk tidak memalukan diri sendiri. dari saya banyakanlah membaca.. terus dan terus membaca... luaskan ilmu barulah nampak jalan. off.. Fardu Ain pun tak lepas tapi sembang bab gunung kinabalu tak ngamlah kawan.
Tak kanlah maksud ASABIAH pun nak saya tolong Hurai juga.... Bak sini ambik tusion dengan saya. ingat !mengaji ini bole Freee freeee ja
JANGAN terpangaruh dengan istilah pemahaman MELAYU dalam buku sejarah Malaysia Sahaja.
Dan jangan ada terbeban dengan NILAI politikal Kepartian berdasarkan kaum didalam Negeri.
MESTERI ALAM Melayu Teramat Mengujakan untuk mengikut sama untuk diteroka.
Dan jangan Ada Membanggkan Bangsa bila telah menerima ISLAM sebagai Pegangan Anutan dalam kehidupan ini. Tapi terpulanglah dengan diri sendiri. kalau rasa-rasa berjuang dan berdakwah dengan nama bangsa ini boleh dapat Pahala.
KERANA pada saya bila disebut Bangsa maka masih tidak hilang sifat ASABIAH dalam diri. nak saya bawakan dalil? kenapa perlu saya bawakan dalil. ini bukan kertas kerja Saya. dan saya tak dapat apa-apa pun. kerana penemuan dan kerja-kerja adalah hak cipta.
ISLAM sepatutnya telah menghilangkan Asabiah.
Nabi Muhmmad s.a.w. menghilangkan permusuhan dan persengketaan dua puak Yahudi Madinah yang sering bertelingkah hingga mencetuskan peperangan. sebagai contohnya SUKU Khazraj dan Suku 'Aus.
Rasull Allah saw juga berhadapan dengan Bani Qinuqa', Bani Nadir dan Bani Mustalah. tapi Ahirnya penduduk ISLAM Madinah tidak kira dari apa suku kaumnya sama ada Yahudi.. hari ini kita kenal mereka hanya dengan pangilan Ansar Sahaja.
Begitulah juga Penduduk Islam berasal dari MEKAH yang telah berhijarah ke Madinah pula tidak kira Kaum, Puak dan Kabilah, bangsawan atau orang Biasa, hari ini kita hanya kenal dan ingat mereka sebagai MUHAJIRIN. orang DUSUN Bedawi tidak marah pun termasuk dan di Golongan kan sebagai Muahjirin.
Penduduk Madinah hanya Ansar dan Muhajirin tidak ada lagi main sebut-sebut Saya TETAP orang DUSUN bah walau saya sudah memeluk Islam... silap-silap boleh MURTAD koo GAMAN
Entah Apa lah sangat hingga orang DUSUN DAN KEDAZAN yang Takut sangat di MELAYU KAN. bagai nak runtuh gunung kinabalu. ada pula yang membawa sanggup ke Mahkamah Adat. Tak faham bahasa betul.
Pada saya walaupun sanggahan itu bersifat peribadi. Tapi Saya tetap beranggapan penghinaan terhadap SM Tuan Mufti ini tidak mampu saya terima. Memanglah SM Tuan Mufti Bukan Maksum,. tapi adakah kita yang AWAM ini layak memperkatakan kedudukan MUFTI ? hormat lah sikit-sikit dengan Pangkat itu kawan. kalau ko tidak suka idea Orang Lain ko standbay lah idea ko pula, mana tau ko kena lantik sebagai MUFTI.
saya harap Amat berharap ada TITAH khas dari TYT SABAH atau kata putus dari TYDPA Malaysia. sebagai ketua TURUS Agama ISLAM di Malaysia. dalam kes seperti ini.
* saya telah post edisi untuk menjawab komen saudara Cal Jafran dibawah ini. Terima kasih.
10 ulasan:
Salam admin...
Sebagai penganut KDM Islam, saya terpanggil untuk mengulas entry saudara berkait dengan isu “MEMELAYUKAN RUMPUN MELAYU DI SABAH” dan banyak-banyak kaum/suku di Sabah KDM Islam juga yang disebut untuk dimelayukan supaya pada masa akan datang adanya “MELAYU KADAZAN, MELAYU DUSUN DAN MELAYU MURUT”
Apakah kapasiti mufti untuk membuat kenyataan tersebut setelah diketahui oleh rakyat yang tidak mendapat hidayah, rakyat sabah yang tidak mencapai taraf ilmu bagi memahami isu ini dan rakyat sabah sebagai martabat awam yang tidak menjangkau isu ini, satu persoalan yang harus dilontarkan kepada admin, DIMANAKAH PENJELASAN SANG MUFTI AKAN ISU INI BAGI MEMBERI KEFAHAMAN RAKYAT KHUSUSNYA KDM ISLAM DI SABAH? DAN MENGAPA PULA KETUA MENTERI SABAH YANG MEREDAKAN KEMARAHAN KDM DAN BUKAN BELIAU, MANA INTEGRITI BELIAU SEBAGAI MUFTI YG BERTANGGUNGJAWAB ATAS UCAPANNYA KEPADA ISLAM KDM DI SABAH? Sekirannya kita berbincang hal level, martabat awam yang tidak menjangkau kefahaman isu tersebut maka dimanakah penjelasan yang sejelas-jelasnya akan ucapan beliau itu?
Saya memahami dan tahu asal-usul perkataan Melayu. KDM juga termasuk dalam rumpun Melayu di mana ia tergolong dalam Malayo-polynesian dalam keluarga Austronesian, Namun perlu saya jelaskan di sini bahawa Bahasa Kadazan dan Dusun adalah termasuk dalam Malayu-polynesian Utara dan bahasa Melayu pula adalah termasuk dalam kelompok Malayo-polynesian Selatan. Tetapi tidak bermakna kami menerima Melayu sebagai bangsa. Itu adalah fakta yang harus admin dan seangkatannya terima sebagaimana kamu menerima Melayu sebagai bangsa kalian, adakah admin dan seangkatan kalian tidak boleh menerima bahawa KDM Islam tidak mahu dimelayukan? sehingga dianggap asobiah? .
Bangga adalah nikmat yang diberikan oleh Allah swt, oleh itu salahkah kami mempunyai sikap bangga akan keturunan yang diberikan oleh kami? adakah ianya berdosa dan masuk neraka apabila kami menolak untuk dimelayukan? saudara perumpamaan anda dgn menghuraikan ansar dan muhajirin dengan isu memelayukan rumpun Melayu khususnya KDM Islam adalah jauh berbeza. ANSAR dan MUHAJIRIN masih lagi bangsa ARAB, isu ini hanya mempersaudarakan bagi kekuatan perpaduan islam zaman itu. tetapi isu Memelayukan adalah menjadikan mereka MELAYU KADAZAN, MELAYU DUSUN DAN MELAYU MURUT. Hahahahaha… kami pun agak hairan dan pelik mengapa kaum Melayu ingin sangat memelayukan KDM Islam????.
Terimalah kemahuan KDM bahawa mereka tidak mahu dimelayukan. Perpaduan Islam di Sabah amat baik ketika ini, sengketa agama tidak ada, isu perkauam juga tidak ada, kafir-mengkafir juga tidak ada kecuali di seberang sana. Jadi Memelayukn KDM adalah konsep yang harus ditolak tanpa ragu-ragu kerana menyalahi konsep yang dipegang oleh KDM Islam itu sendiri. Jika admin mengatakan kami asobiah, biarlah kami terima asalkan kami tahu bagaimana menjalin perpaduan, kefahaman, hormat-menghormati dan tolong menolong antara sesame Muslim khususnya dan seluruh rakyat di Sabah.
Bersatulah kita atas bendera agama islam yang tercinta, berdakwahlah dengan tulus ikhlas serta jangan anggap kami ini Melayu tetapi angkap kami ini saudara kalian kerana beraqidah yang sama.
Dusun Islam mantad pogun do Sabah.
Agayoh kongsikahan diti rinaa'at nu ti ambalut. kerati om ailaan ku saralem ginovo isai-sai it memara'it tinan dau Dusun Suminilam, tei kepasih nepe nga silam ne,nekatanud tama em tapa dau Silam. it Pason ku kumaa dikayu ainsanan. neberes kune kada da tumanud temed dilo Buku Sejarah. em kada da epolitikan dengan nilai Kepartian. dan cuba juga selami Maksud MELAYU seperti mana yang Saya dan mereka katakan kerana sefaham saya MELAYU bukan setakat BANGSA.seperti sangkaan kamu di bawah ini. ( Saya memahami dan tahu asal-usul perkataan Melayu. KDM juga termasuk dalam rumpun Melayu di mana ia tergolong dalam Malayo-polynesian dalam keluarga Austronesian, Namun perlu saya jelaskan di sini bahawa Bahasa Kadazan dan Dusun adalah termasuk dalam Malayu-polynesian Utara dan bahasa Melayu pula adalah termasuk dalam kelompok Malayo-polynesian Selatan. Tetapi tidak bermakna kami menerima Melayu sebagai bangsa. Itu adalah fakta yang harus admin dan seangkatannya terima sebagaimana kamu menerima Melayu sebagai bangsa kalian, adakah admin dan seangkatan kalian tidak boleh menerima bahawa KDM Islam tidak mahu dimelayukan?)
Salam, tidak disangka bahawa admin menggunakan satu ruang sebagai sanggahan akan pos saya itu, saya gembira kerana admin serius dalam isu ini, ini adalah sebagai wadah terbaik untuk membincangkan secara santai pendirian dan pendapat mengenai “Memelayukan rumpun melayu di Sabah khususnya KDM”. Terima kasih juga akan jawapan admin terhadap sanggahan saya yang pertama.
Saya sudah berkali-kali ulas tentang pokok pangkal kertas kerja yang dibentangkan oleh tuan mufti pada simposium tempoh hari, dan diulang sekali lagi bahawa adalah wajib umat Islam di Sabah bersatu padu di bawah nama Islam. Mana-mana sanggahan yang dibuat oleh saya, tidak ada kenyataan yang menidakkan penyatuan Islam tersebut. Cuma saya tidak bersetuju apabila adanya sempelan diidentitikan kepada Melayu. Memang Melayu adalah majority sebagai penganut Islam di negara ini, tetapi ini bukan batu loncatan menjadikan penganut Islam yang tidak mengaku sebagai Melayu mengikut kaedah yang difahami oleh mereka. Oleh itu sebagai penganut Dusun Islam adalah tetap bahawa saya memperkenalkan diri saya sebagai Dusun Islam.
Kepelbagaian bangsa yang wujud hasil ciptaan yang diberikan oleh Allah swt. kepelbagaian kaum ini khususnya di Sabah memberikan warna-warni budaya dan warisan yang tidak ternilai. Sekirannya kelompok muslim non-KDM di sabah menerima cadangan itu, maka kami KDM berjati diri KDM Islam menyokong jika Non-KDM di Sabah menyambutnya tapi jangan dipanjangkan kepada KDM Islam, Selagi tidak ada hukum sebagai sandaran akan “perpaduan Islam di Malaysia ada baiknya bersatu padu dibawah nama Melayu ” dgn melahirkan Melayu Dusun, Melayu Kadazan dalam kitabul mahu pun hadis, saya menganggap cadangan itu hanya tercatat dalam kertas kerja sahaja yang mana salah satu cara penyelesaian yang dianggap sesuai pada ketika ini oleh para pengkaji. Tidak lebih dari itu. Saya juga membawa admin kepada pendakwah2 Arab yg bertungkus lumus mengislamkan Melayu di tanah Melayu. Soalnya perlukah Melayu ketika itu menjadi Melayu Arab?
Sambungan 2:
Saya yakin dan percaya bahawa level Islam pada KDM ini memang masih di tahap yang perlu ditingkatkan, perlu menguatkan pemahaman Islamnya, perlu penghayatan yang tinggi, perlu belajar. Dalam kata erti yang sebenar masih ditingkat bawah umpama kapal mencari hala tuju ke daratan. Namun begitu, ianya bukan tiket untuk kita (saya) menerima gagasan tuan mufti tersebut menjadi Melayu Dusun. Apa benar bilamana telah berubah wajah kepada Melayu Dusun maka Level KDM Islam ini naik mendadak. Saya tidak Nampak signifikan akan cadangan tersebut bilamana Dusun Islam itu berubah wajah maka martabat bangsanya tinggi. Apa yang perlu saya jelaskan di sini ialah Dusun Islam masih memerlukan bantuan dan sokongan dari ulama, dai’e dari semenanjung bagi mendidik mereka tentang Islam, Namun saya percaya, kini Dusun Islam mengalami perubahan besar berbanding zaman Tun Mustafa memerintah, buktinya Dusun Islam Ranau, keningau dan ditempat2 yang lain taraf hidup lebih baik drpd zaman dulu. Ramai juga ustaz dan ustazah lahir dari kalangan Dusun Islam, Pengetua SK agama di keningau tak silap saya adalah Dusun Islam (betulkan saya jika salah). Cuba admin cari peratus kemasukan Islam native di sabah dan Sarawak compare to kemasukan Islam oleh bangsa lain di semenanjung, mana peratus yang paling tinggi? di sini dapat kita dilihat bahawa hubungan kaum adalah peranan yang baik dalam dakwah dan bukannya bergaul dalam lingkungan kelompok yang sama sahaja, Cthnya, kelompok A hanya mahu bergaul dengan kelompok A, begitu juga dengan kelompok B dan C langsung tidak ada integrasi bersama. Jadi apakah dakwah ini dapat diluaskan jika pemikiran sedemikian bermaharajalela? Saya percaya di negara kita ini tidak berlaku hal sebegitu.
In shah Allah pada masa akan datang lahir KDM Islam yang jati dirinya KDM (Momogun) tetapi akidahnya sama dgn kaum Melayu. Kita doakan agar impian dan harapan itu menjadi kenyataan.
Saya selitkan Y-DNA Dusun ini dan nilaikan sendiri.
02(P31)
DYS393: 15 DYS439: 12 DYS388: 12 DYS385a: 16 DYS19: 15 DYS389-1: 13 DYS390: 25 DYS385b: 20 DYS391: 11 DYS389-2: NaN DYS426: 11 DYS392: 13
Maksud di atas itu ialah ianya group hablogroup 02(P31), di mana asal Y-DNA 02(P31) ini ialah dari Asia Timur, menjanggau iklim zaman ais (DNA ini sudah wujud di zaman ais), yakni tergolong dalam Homo Sapiens kira-kira 100 ribu tahun. Penjelasanya P31 ini berasal dari Asia Timur juga mungkin di Selatan China, P31 ini telah merebak ke selatan asia tenggara, Timur Korea dan Selatan Jepun (maksudnya P31 ini juga dipunyai oleh sebahagian bangsa jepun, sebahagian bangsa Korea dan sebahagian bangsa Taiwan). Dan P31 ini juga biasa dilihat di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia (borneo) dan Indonesia. Sila terangkan kepada saya DNA Melayu yang anda ketahui, biar kita sama-sama lihat kesepadanannya. “Cari fakta (siapa dan rumpun manakah kaum ini tergolong ) tentang kaum Buranun dan Tagima atau Tagimaha (Kesultanan Sulu) dan kaum Bisaya (kesultanan Brunei before perkahwinan keturunan ahlul bait dan keturunan Cina (Ong Ching Ping)).
Sambungan 3:
Admin yang kurang jelas akan hal pembawaan kes ini ke pengadilan adat. mereka bawa kes ini pun pasal kenyataan mufti tentang “kadazan itu rekaan” siapa tidak panas punggung kalau nama bangsa di katakana sedemikian rupa? Cuma terbalikkan kepada bangsa Melayu, Cina atau India, kita lihat apa pula tindakan mereka?. Pengadilan adat itu hanya meminta mufti itu member penjelasan kenyataannya itu, pengadilan adat samalah dgn undang2 lain yg wujud bertujuan mencari keadilan dan meredahkan ketidakpuasan hati atau kemarahan org2 yg terlibat. Tidak lebih dari itu dan saya tidak kata law ini akurate kepada kita (KDM Islam) masa kini. Cumanya, hanya penjelasan akan tindakan mereka ttg kenyataan ‘Kadazan sebagai bangsa rekaan”
Adalkah dalam perjanjian mempersaudarakan itu menggunakan terma Arab? secara tidak sengaja admin menyokong hujah saya. Maksud saya Nabi tidak guna bangsa Arab (bagi kedua2 terma tersebut) sebagai penyatuan, kenapa? sebab banyak kaum-kaum di dalamnya yang bukan arab, cuba kita fikir sekirannya Nabi Muhammad menggunakan bangsa Arab sebagai penyatuan/mempersaudarakan, adakah kaum bukan arab menerima gagasan tersebut, adakah Salman Al-farisi yang berbangsa farsi itu menerima sekirannya menggunakan bangsa arab sebagai penyatuan? sudah tentu tidak, betul tak? makanya Nabi yang bijak ini tidak menggunakan Arab sebagai penyatuan tetapi menggunakan si penolong (ansar), dan mujahirin (penghijrah/emigran) untuk dipersaudarakan, bersatu keduanya agar survival politik Islam di awal pasca keislaman itu kuat dan utuh, tidakah admin nampak bahawa bijaksananya nabi dalam membentuk perpaduan, penyatuan sehingga ansar (puak penolong) dan Muhajirun (emigrant) itu bersatu tanpa menyelitkan istilah Arab dalam penyatuan.
Setahu saya songkok juga ditiru dan diubah suai oleh melayu dari Muslim di India (yg juga ditiru & diubah suai oleh India muslim dari Iran)dan dipopularkan oleh Sukarno presiden Indonesia masa tu untuk tujuan penyatuan nasionalis Indonesia Raya (Indonesian Greater) manakala kopiah pula berasal dari bangsa Arab dan India, jangan tidak percaya bangsa Yahudi juga menggunakan kopiah sebagai salah satu sunnah dalam agama mereka iaitu dipanggil kippah atau yarmuk. Jadi, salahkah KDM Islam meniru pemakaian songkok dan kopiah itu daripada Melayu? Oh ya, songkok juga diguna pakai oleh bangsa Melayu beragama Kristian di Indonesia, masuk keluar gereja dengan bersongkok juga. (Saya petik kata-kata seorang berpengaruh di negara ini sebagai "Di Indonesia...Orang bersongkok tidak semestinya beragama Islam")
Sambungan 4:
Minta maaf jika terkasar bahasa, ya setiap Muslim yang membaca Al-Quran tahu akan ketaksuban bangsa Yahudi terhadap sesuatu termasuk merendah-rendahkan bangsa lain (tetapi jgn lupa kritikan quran terhadap bangsa Yahudi itu adalah sebagai pengajaran dan panduan agar umat Islam supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang) adakah penganut Islam di Malaysia mengambil teladan atau pengajaran itu? tidak, ketaksuban itu meresap dalam bangsa yang admin idam-idamkan itu, malah dengan lantang merendah-rendahkan bangsa lain di negara ini. Tidak perlu saya perjelaskan lebih terperinci, sila buat kerja lapangan tentang kes ketaksuban tersebut kepada bangsa di Malaysia siapa berada di ranking teratas?
Tidak apalah, anggap saja itu soalan yang harus dijawab. Kalau KDM sebelum Islam tidak tahu akan istilah perpaduan dan tolong menolong maka tidak wujudlah istilah bahasa mogiuhup-uhup (tolong menolong), Piisaan (kesatuan dalam komuniti), Pisompuruan (perpaduan), Mogitiitimung (bersatu dalam keserumpunan, berkumpulan), mogitaatabang (bergotong royong), mogitaatabi (hormat-menghormati), mogipaapantang (hormat-menghormati), olinuhun (Penyayang, pengasih), otuyu (kealiman, kewarakan, salih) dan otundun (beramal soleh, amalan yang baik). Adakah mereka ini yang memberikan kepada org Dusun? . Kesimpulan yang saya perolehi dari fakta tuan admin ialah “Jika Arab tak sampai ke Tanah melayu, Bangsa Melayu juga tidak tahu nilai tolong menolong dan perpaduan?” begitukah? maaf jika bahasa ini kasar sangat...
Sambungan 5:
Masalahnya admin tidak menghuraikan terma dan maksud Melayu yang admin fahami? Gagasan atau idea haruslah diterima oleh semua khususnya KDM Islam, itu yang utama dan mengikuti penerimaan yang mudah oleh KDM Islam berdasarkan konteks sosio-budaya mereka. Gagasan yang menjurus kepada beridentitikan melayu sebab Islam agama nya tidak sesuai diguna pakai dalam KDM, ia hanya sesuai diguna pakai oleh kaum di semenanjung dan kaum bajau, cocos, suluk dll. ini kerana kedudukan KDM ini berbeza dalam sesebuah keluarga. Ada penganut Islam dan Kristian, apabila beragama islam itu diidentitikan Melayu dalam IC atau surat beranak (kes ini dah banyak berlaku terhadap generasi KDM Islam sendiri) maka bagaimana kita hendak mengintrepetasikan kedudukan keluarganya yang bukan Islam, alih-alih seorang anak nya melayu sebagai identiti dan sebahagian nya lagi sebagai dusun dan beragama Kristian, apakah ertinya ini? bagi admin itu perkara remeh temah tp bagi saya itu satu kepelikan yg jelas yang berlaku terhadap KDM itu sendiri, kerosakan institusi bangsa akan berlaku dan bolehkah admin melihat kesannya pada masa akan datang?. Admin ada mengatakan bahawa Melayu tidak akan memelayukan KDM Islam, soalannya, mengapa wujud dalam surat beranak KDM Islam sebagai bangsa Melayu, definisi Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu datang dari siapa? cuba admin telusuri keturunan admin dari kedua belah pihak (nenek moyang ibu dan bapa), adakah semuanya menganut agama Islam, jika ya, Alhamdullilah, tetapi jika tidak yakni ada keluarga jauh yang beragama Kristian, satu persoalan harus dilontarkan kepada admin, apakah perincian yang boleh admin jelaskan kedudukan dan terma bagi kedua golongan ini di mana sebahagian beridentitikan Melayu Dusun dan sebahagian lagi beridentitikan Dusun Kristian (sedangkan dari keturunan/darah yang sama). Apa istilah yang boleh digunapakai dalam mengintrepetasikan isu ini?. terma Arab Islam dan Arab kristian meluas digunapakai di Tanah Arab.
Kesimpulannya, penyatuan dan bersatu sesama Islam tidak kira kaum adalah disokong seratus peratus khususnya di sabah, kesatuan Islam ini banyak manfaatnya namun jika hendak bersatu Islam itu jangan sesekali menggunakan elemen bangsa kerana bukan semua mahu digelar Melayu. terpulaang pada KDM islam yang lainnya jika menerima terma Melayu sebagai ras dengan bersatu atas nama bangsa itu. Bagi saya bersatu dibawah ikatan dan persaudaraan Islam di Malaysia dan sabah Khususnya adalah penyelesaian yang terbaik tanpa prajudis kepada sesiapa.
saya memohon maaf jika ada bahasa yang kasar dan menyingung perasaan, tidak ada niat untuk apa-apa ini hanya perbincangan yang tidak seberapa. sekali lagi mohon maaf.
***Saya terpaksa pos sedikit demi sedikit kerana blogger tidak menerima jika melebihi had penulisan, harap admin sabar membaca dari atas ke bawah lah kio....
Tauliah Mengajar Saya dikeluarkan Oleh Jabatan MUFTI. Jawatan yang saya duduki Atas Perkenan DYM YD AGUNG.Jadi Mungkin Saya tidak lagi panjangkan lagi cerita. Terima Kasih
Sama-sama.
Catat Ulasan