Pengikut

Isnin, 16 Februari 2015

PENGHURAIAN MISTERI ALAM MELAYU

PENGHURAIAN MISTERI ALAM MELAYU

kredit untuk

penghuraian misteri alam melayu - akademi silat seni ...

syeikhthanauddin.blogspot.com/.../penghuraian-misteri-alam-melayu.ht.

Nota: Segala tulisan di bawah adalah hasil rujukan dan ilmu pengarang Hj. Ahmad b. Hj. Che Din dan tidak ada kena-mengena dengan saya. Ianya dimuatkan di sini sebagai tatapan umum untuk menambahkan ilmu pengetahuan, beroleh penjelasan tentang kemusykilan mengenai makhluk Jin di mukabumi dan menjawab persoalan kita mengenai makhluk halus. Tiada perubahan dilakukan daripada teks asalnya kecuali perenggan-perenggan tulisan untuk disesuaikan ke dalam blog ini.

PERUTUSAN

Segala puji-puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekian makhluknya daripada Jin, Malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekian mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Pelulus dan Maha Penentu atas sekelian mahluknya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Mursalin Nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang menegakkan agama Allah s.a.w serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sidang pembaca yang dirahmati;

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat disiapkan sebuah tulisan yang serba kekurangan ini bagi tatapan sidang pembaca yang ingin mencari pengalaman baru dan di harap dapat menjadi pengetahuan yang berguna berhubung dengan Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu Islam, Latihan pertahanan diri Melayu, perkara-perkara Khurafat dan ajaran-ajaran sesat.

Tulisan ini di susun semula hasil dari pengalaman penulis sendiri dan beberapa orang sahabat yang terlibat secara langsung dengan ahli masyarakat yang malang dan memerlukan pertolongan, juga ilmu dari guru-guru yang alim dan dari rujukan kitab-kitab.

Tujuan tulisan ini diperkenalkan supaya ahli masyarakat Melayu Islam tidak terkeliru di antara adat dan agama supaya jangan nanti ada yang mengatakan adat yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu daripada tradisi agama Islam. Orang-orang Melayu yang sebahagian besarnya banyak yang terkeliru di antara adat dan agama ; antara karamah dengan Istidraj; antara mau’nah dengan sihir atau silap mata. Sehingga kini ramai yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara pelik umpamanya " Bomoh Budak " di Baling sehingga berpusu-pusu mereka pergi untuk mendapatkan rawatan tanpa menyelidiki terlebih dahulu.

Adalah diharapkan setelah membaca tulisan ini anda akan dapat membeza dan menilai kesesatan yang berlaku dalam perbomohan, adat-resam dan latihan pertahanan diri Melayu meskipun faktanya masih banyak yang kekurangan.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.

Wallahu’alam.
Hj. Ahmad b. Hj. Che Din Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. 1hb Ogos 1997.


SEJARAH RINGKAS NUSANTARA

Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemujaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya.

Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ), Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.

Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.

Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.

Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya.

Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campurtangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya.

Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ), istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khaidir yang telah datang berhubung dengan mereka.

Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.

Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan :

1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata )
2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan.
3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya )
4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan.

Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya.

Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.


KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :-

1. Agama Buddha Puja Dewa
2. Agama Hindu Puja Dewi
3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme )

Orang-orang Asli sangat kuat berpegang kepada berbagai-bagai kaedah pemujaan Jin sehingga Tok-tok Batin orang Asli di ukur akan kehebatan diri mereka, dengan had ukuran panjang rambut di kepala mereka.

Percantuman 3 puak ini samada melalui nikah kahwin atau seumpamanya menghasilkan suatu kemantapan yang kukuh dalam adat resam dan istiadat kebudayaan orang Melayu, di samping membuahkan pelbagai rupa bentuk ilmu, amalan dan kaedah pemujaan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu perkara yang luar biasa dan mencarik adat, berlumba-lumba untuk menjadi jaguh atau orang yang paling handal di kalangan mereka, untuk bermegah-megah, gagah, orang yang paling berkuasa, orang yang paling di hormati, di segani dan sebagainya. (Lihat carta amalan-amalan Khurafat)

Islam datang ke Asia Tenggara samada melalui Negeri China, Yaman, Parsi atau India dan bertapak kukuh sehingga lebih kurang 200 tahun sahaja. Selepas itu masuklah pula pengaruh agama Kristian melalui penjajahan kuasa-kuasa Barat.

Manakala di dalam masyarakat Islam sendiri pula telah di pengaruhi oleh pengaruh-pengaruh Rafidiah, Kharijiah, Qadariah, Jabariah dan sebagainya sehingga menimbulkan berbagai-bagai kefahaman dan aliran dalam mempraktikan ajaran Islam. Keadaan ini menyebabkan sesetengahnya pula terjerumus kedalam gaung kesesatan berikut :

1. Bida’ah Dholalah yang Karohah dan Bida’ah yang haram dalam Syariat
2. Berada dalam salah satu daripada 72 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Aqidah.
3. Berada dalam salah satu daripada 13 puak yang sesat lagi menyesatkan dalam bab Sufi

Daripada pecahan di atas maka wujudlah berbagai-bagai kelompok masyarakat Melayu yang mempunyai fahaman dan amalan masing-masing . Dari situ lahirlah amalan-amalan yang di panggil amalan "Kebatinan ´ atau " Ilmu Hakikat " ( Ilmu Isi ) yang meninggalkan amal syariat sehinggakan sembahyang hanyalah dengan niat sahaja. Puak-puak yang sesat ini dapat di lihat menerusi amalan yang mereka lakukan dalam menunaikan ibadat kepada Allah.

Ringkasnya apa jua amalan yang tidak mengikut garis panduan Al-Quran, Hadis Rasullullah s.a.w, Ijma dan Qias adalah termasuk dalam salah satu daripada fahaman-fahaman yang sesat daripada tiga kelompok besar di atas.


Jenis Amalan Beragama Orang-Orang Melayu Sebelum Islam

Pada dasarnya amalan beragama orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam bolehlah dibahagikan kepada tiga kepercayaan yang besar iaitu :-

1. Orang-orang Melayu yang beragama Buddha Puja Dewa
2. Orang-orang Melayu yang beragama Hindu Puja Dewi
3. Orang-orang Melayu yang berpegang dan beramal dengan amalan orang-orang Asli. (Animisme)

Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagai-bagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu.

Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan sebagai "Penjaga keluarga."

Kepercayaan seperti ini ada hubungannya dengan asal-usul orang Melayu yang kebanyakannya berasal dari Kepulauan Indonesia yang memang terkenal pada suatu masa dahulu dengan adat dan kepercayaan Hindu serta Buddha. Walaupun Islam mula bertapak di Mataram, Majapahit dan seluruh Kepulauan Jawa namum sisa-sisa peninggalan Hindu dan Buddha masih kuat dalam pegangan mereka.

Di Semenanjung Malaysia sendiri terdapat berbagai keturunan seperti Melayu, Bugis, Mendiling, Rawa, Jawa, Banjar, Petani, Siam dan sebagainya dan terdapat juga yang berasal dari keturunan orang-orang Asli. Setelah memeluk Islam mereka telah membawa adat resam masing-masing di dalam agama Islam. Walaupun mereka berbeza dari segi suku keturunannya, namun mereka masih lagi tidak terlepas dari adat resam Hindu dan percampuran dengan adat dan amalan orang Asli.

Amalan-amalan kuno seperti puja tanduk lembu/kerbau, hantaran perkahwinan, sireh junjung, nasi tinggi, kelapa-garam-gula dan sebagainya, lenggang perut, kenduri 40/100 hari selepas kematian, sembelih ayam semasa buka gelanggang latihan pertahanan diri, sangkak/ancak untuk jamu Jin dan sebagainya adalah contoh amalan yang ada hubungan dengan pengaruh Hindu dalam adat resam orang-orang Melayu.

Begitu juga adat resam, tingkah laku orang-orang asli sebelum Islam di ambil sebagai adat resam atau sebagai cara beragama yang mesti didahulukan, di tokok tambah lagi dengan redha dan lahapnya kita menerima membabi buta pengaruh kebudayaan penjajah yang memang merupakan suatu perancangan jangka panjang Yahudi dan Kristian khasnya untuk membunuh keperibadian muslim orang-orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama Islam.

Sehingga kini amalan-amalan tersebut masih lagi hidup subur, walaupun telah berkali-kali seruan dakwah sampai kepada mereka supaya meninggalkan amalan tersebut, namun bagi sesetengah daripada mereka itu telah beranggapan bahawa adat-adat tersebut seolah-olah sebahagian daripada ajaran Islam yang mereka anuti. Maka dengan sebab itulah mereka telah mencampuradukkan antara ajaran Islam yang suci ini dengan adat resam yang karut lagi menyesatkan itu, yang semata-mata mengikut khayalan, kebijaksanaan pemikiran dan tahsinul ‘aqli mereka semata-mata sahaja.. Perkara Luar Biasa Yang Mencarik Adat

Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.


Empat Perkara Yang Di Puji

1. Irhas.

Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang.

2. Mukjizat.

Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang.

3. Karamah.

Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karamah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) .Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi.

4. Maunah.

Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain.
Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi, doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.


Empat Perkara Yang Di Keji

Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :-

1. Istidraj

Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.

Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-

a) Ingin di puja.
b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai
c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran
d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa

Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak.

Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.

Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa.

2. Sihir.

Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir.

Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam. Antara mereka yang termasuk dalam golongan ini ialah :-

a) Kumpulan Hassan Anak Harimau
b) Wali Suci
c) Budi (Buddha) Suci
d) Batin Sakti
e) Hakikat Insan
f) Pati Geni
g) Fahaman Wahdatul Ujud dalam I’itiqad
h) Baginda Mukhtar
i) Lain-lain kumpulan yang tumbuh bagaikan cendawan di negara ini.

3. Silap Mata.

Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.

4. Sya’wazah.

Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.



BALA TENTERA ALLAH

Allah mempunyai bala tenteraNya yang tersendiri yang terdiri daripada sekelian makhluknya samada daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang di lautan, daratan dan yang seumpama dengannya seperti angin, api dan segala carkawala di angkasa raya. Bala tentera Allah tersebut terbahagi kepada beberapa kumpulan yang akan diperintahkan oleh Allah untuk membantu manusia apabila dikehendakiNya.

Antara bala tentera Allah tersebut adalah terdiri daripada :-

A. Bala Tentera alam atas yang terdiri daripada seluruh malaikat alam tinggi.

Bala tentera ini apabila diperintahkan oleh Allah untuk menolong para nabi dan rasul-rasul, maka pertolongan yang menzahirkan perkara yang luar biasa itu akan dinamakan sebagai Mukjizat. Manakala pertolongan yang menzahirkan perkara luar biasa yang terjadi kepada nabi dan rasul semasa kecil pula, dinamakan sebagai Irsad.

Bentuk pertolongan tersebut samada melalui lidah, anggota, kasad hati atau melalui ketiga-tiga bentuk tersebut secara sekali gus. Jika mereka menjadi penolong kepada ulama-ulama dan orang-orang soleh yang arif billah ( iman, syariat dan akhlak mereka menepati sebagaimana iman, syariat rasul zahir dan batin ) maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Keramat. Perkara luar biasa yang berlaku kepada ulama-ulama dan orang-orang saleh yang apabila, mereka di timpa bala dan musibah, maka mereka melipat gandakan ubudiah dan pergantungan kepada Allah dengan penuh ikhlas diri dan amalan mereka, maka perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai Maunah.

B. Bala tentera Allah Alam rendah

Bala tentera Allah alam rendah pula adalah terdiri daripada sekelian rohani jin-jin Islam yang soleh dan jin-jin Islam yang fasik dan kafir serta semua manusia dan makhluk Allah yang lain yang menghuni alam ini, seperti haiwan, tumbuhan, angin, batu dan sebagainya.

Manakala rohani Jin Islam yang alim dan soleh daripada alam rendah yang apabila diperintahlan oleh Allah datang memberi pertolongan kepada manusia yang alim dan soleh yang wujud dalam diri mereka itu sifat-sifat mazmumah, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai Istidraj. Perkara luar biasa tersebut dinamakan sebagai istidraj kerana rohani jin Islam yang soleh tersebut akan mengenakan beberapa syarat yang menepati hukum syarak sebelum memberi pertolongan tersebut.

Jika rohani jin Islam yang fasik atau jin kafir diarah memberi pertolongan kepada manusia Islam yang fasik atau manusia yang pura-pura beriman atau yang seumpama dengannya pula dinamakan sebagai sihir atau silap mata, kerana mereka mengenakan beberapa syarat yang harus pada hukum syarak.

Jika jin -jin yang kafir atau anak keturunannya diperintahkan memberi pertolongan kepada manusia yang kafir yang terdiri daripada rahib-rahib, padri-padri, sami-sami atau yang seumpama dengannya, maka pertolongan tersebut dinamakan sebagai silap mata atau sihir peringkat tinggi, kerana mereka mengenakan syarat-syarat yang haram pada hukum syarak.


JIN

Makna Jin.

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :

Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

3. Surah Al-‘Araf ayat 12 :

Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a

Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).


Asal Kejadian Jin

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.


Cara pembiakan Jin

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.


Agama puak-puak Jin

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.



Rupa Bentuk Jin

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.


Melihat Jin

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.


Kumpulan-kumpulan Jin

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

Jenis-jenis Jin

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis - Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan - Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( pewas-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.


Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-orang Melayu

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

Antara Jin-Jin yang popular di kalangan orang-orang Melayu ialah :-

a. Hantu Raya j. Hantu Pontianak s. Hantu Polong b. Hantu Toyol k. Hantu Langsuir t. Hantu Penanggal c. Hantu Pelesit l. Hantu Air u. Hantu Bukit d. Hantu Kubur m. Hantu Pari v. Hantu Punjut e. Hantu Jerangkung n. Hantu Laut w. Hantu Bawah Tangga f. Hantu Galah o. Jin Tanah x. Hantu Kum-Kum g. Hantu Bungkus p. Hantu Pocong y. Hantu mati di bunuh h. Hantu Bidai q. Hantu pari-pari z. Hantu Kopek ( Tetek ) i. Harimau Jadian r. Jembalang Tanah zz. Hantu Tengelong.


Kerajaan-kerajaan Jin

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Anak-anak Iblis juga mempunyai kerajaan yang besar antaranya :-

1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Selasa, 27 Januari 2015

teringat aku sekolah lama. awat jadi lagu ni...


Inilah bil yang menjadi viral terkini. aku pun tergerak sama mencari usul berita. aku yang biasa menerima kerja-kerja dari perkara ini terpanggil untuk mencurah rasa. 90% belanja sekolah dan makan minum masa sekolah adalah sumber begini. SALAH KAH...

Sekolah lama saya mungin terkait secara tidak sengaja oleh perkara ini. Sebab ada berapa sekolah Pondok sekitar SG. Bakap. sekolah lama saya yang paling lama dan sinonim dengan bab ini. Dan aku pada Zaman Aku inilah yang aku tunggu-tunggu. Reziki

tidak kisalah Fardu kifayah kah. ini memang memayahkan orang lain. kalau tak mampu pulun kerja buat ini sekeluarga. seperti kata jawapan jawatan kuasa di bawah ini.

pertikai, persoal apakah.. itu hal kamu orang, dah ganggu kerja buat orang pandailah fikir susahkan orang lain. bab kematian ini tanggungjawab keluarga sendiri. namanya fardu kifayah untuk orang lain bantu. terimaksilah sama orang yang sudi datang membantu pun.

 mana ada barang Free






















Jumaat, 23 Januari 2015

Khabar dukacita dari sebarang



       
Assalaamu'alaikum wbr.
Pada pagi Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan ini - 23 Januari, 2015 bersamaan dengan 2 RabiulAkhir 1436, saya Pok Nik dengan segaladukacitanya dan sedih yang teramat sangat ingin mengumumkan bahawa Waliyullah Assyahid Tuan Guru Murabbi Murshid Haji Ahmad Junaiddin bin Che Din yang amat kita cintai telah wafat kira-kira jam 5.45 pagi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Marilah kita beramai-ramai membaca Yasin, Khatam Al-Qur'an dan Fatihah ke atas Arwah.
Urusan pengkebumian Arwah yang mulia akan diadakan sebelum Solat Jumaat.
Diminta rakan-rakan Abjad Malaysia, Persatuan Warga Melayu, PAKSI dan semua rakan-rakan persilatan tidak mengganggu kaum keluarga Arwah. Sila hubungi badal ijazah, pengerusi, pesuruhjaya masing-masing untuk maklumat lanjut.
Sekian dimaklumkan
AL-FATIHAH - Semoga arwahnya diletakkan di kalangan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Aulia-Aulia, Syuhada dan orang-orang Soleh
ALLAHU-AKBAR

Isnin, 19 Januari 2015

Hang Tuah & Vijayanagara


Hang Tuah & Vijayanagara
Ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai laksamana dan hulubalang Kesultanan Melayu Melaka.Namun tidak ramai yang mengenali Hang Tuah sebagai seorang negarawan,duta dan pengembang silat Melayu di luar negara.
Tidak kurang yang mencemuh Hang Tuah sebagai fiksyen atau khayalan.Ini terjadi kerana orang-orang ini kurang membaca atau kurang kasih sayang di rumah sehingga minda mereka tertutup dan penuh kebencian.
Jika kita buka minda dan melihat rekod-rekod di luar negara tentang negara atau sejarah kita,kita akan mampu membuat rujuksilang (cross-reference) yang mencukupi bagi menjadikan kita lebih cerdik dan terpelajar.Bagaimana orang-orang Eropah menghargai kebudayaan dan cerita-cerita rakyat seperti orang Inggeris yang berkongsi cerita Hansel & Gretel yang merupakan cerita tradisional Jerman walaupun Jerman pernah menjadi musuh ketat mereka.
Di dalam Hikayat Hang Tuah,kononnya Hang Tuah telah berlayar ke beberapa negara dan seringkali mempamerkan seni silatnya dan menewaskan ahli beladiri negara atau kerajaan yang dilawatinya.
Menariknya,sejarah Hang Tuah melawat Vijayanagara,salah satu empayar terhebat dalam sejarah India telah dicatatkan dalam sejarah malah direkodkan dalam sebuah drama sejarah!Drama sejarah ini berdasarkan buku The Discovery of India oleh Jawaharlal Nehru,perdana menteri India yang pertama.
Hang Tuah sebenarnya datang ke India dan berkhidmat kepada Deva Raya II (1424-1446) iaitu pemerintah kepada Empayar Vijayanagara (ada pendapat lain mengatakan semasa pemerintahan Krishna Deva Raya). Ini adalah sesuai dengan catatan sejarah oleh sarjana India sendiri.Hang Tuah telah ditawarkan berkhidmat sebagai jurulatih seni bermain pedang untuk tentera Empayar Vijayanagara.Empayar pada masa ini memerintah keseluruhan selatan India seperti Andhra Pradesh,Karnataka,Tamil Nadu dan Kerala.Semua kerajaan-kerajaan klasik selatan India seperti Pandya,Hoysala apatah lagi Chola,semuanya sudah lenyap dan wilayah-wilayah mereka dijajah oleh Vijayanagara.
Dalam sejarah Hang Tuah di Vijayanagara menurut sarjana India, Hang Tuah telah menawarkan untuk mencabar mana-mana pahlawan dalam empayar itu.Emperor membawa pahlawan terbaik,Putera Virabhadra,anak raja Kalinga-Utkal dari dinasti Gajapati yang bernama Gajapati Prataprudra Deva.Hang Tuah telah berlawan menggunakan senjata dengan pahlawan ini dan akhirnya dikalahkan oleh Hang Tuah tanpa apa-apa kecederaan.Ini membuatkan Putera Virabhadra malu dan akhirnya membunuh diri.
Menarik bukan?
Perlahan-lahan kebenaran cerita di dalam Hikayat Hang Tuah semakin tersingkap.Ia seperti orang mencemuh kisah Hang Tuah mengalahkan samurai di Jepun dahulu.Kemudian didapati terdapat rekod-rekod perdagangan antara Melaka dan kerajaan Ryukyu dengan daftar barangan yang lengkap.
Orang yang mengatakan Hang Tuah adalah khayalan jelas tidak akademik dan kurang cerdik.Padahal Merlin & King Athur jelas khayalan namun dihargai oleh orang Inggeris.Hari ini,sejarah Melayu mesti dibaca bersama-sama sejarah dunia,bukan dibaca bersama-sama orang gila yang merepek dan cetek pengetahuan.
~Srikandi
My History is Immortal

Khamis, 15 Januari 2015

Tahun baru masihi 2015 Telah lama berlabuh


Kesibukan hal keluarga menyebabkan saya tidak dapat menambah penulisan dalam blog ini. banyak cerita sebenarnya nak dikongsi,

Sebulan bercuti ada beberapa perkara yang menarik,

KG. Bilit Kinabatangan juga khabarnya masih menanti, keuzuran menghalang untuk berjalan jauh. kali saya hanya menunggu Tamu di Rumah

hujung tahun ini sepanjang cuti saya hanya tertumpu dirumah, terurung kerana hujan turun sepanjang hari, seluruh laman rumah berlumpur, maklum saja baru siring rumah sedang dalam proses diratakan. walau sebenarnya saya tiada Modal untuk merealasasikan cita impian untuk membina Rumah sendiri dan saya ada hati untuk Siringbukit Homestay.. Amin.

Kalau ada rumah sendiri, dapat buat Pondok Ilmu lagi baik.  Insyah Allah Kelas pengajian Kitab kuning Bahasa Melayu dapat saya sumbangkan sendiri. Insyah Allah kawan-kawan tetanu boleh lepak di rumah setiap kali saya berada di Kampung halaman AMIN.

Juga Program Peralih Saka yang masih bersifat jamaah. walau pada malamnya hadir seorang individu dan satu keluarga. malangnya saya tidak sempat dimaklumkan lebih awal menyebabkan saya tidak dapat menyelitkan mereka didalam program pada malam tersebut. Maafkan Saya.



Untuk makluman saya mungkin akan mengambil pesanan atau temu janji Awal. Dengan syarat Peminta rawat sudi dan bersetujuh untuk menampung kos penerbangan, kos penginapan juga makan minum semasa oleh Perawat yang di jemput. kos mungkin dalam RM3000.00 tapi kalau ramai boleh kongsi-kongsikan





Khamis, 20 November 2014

Hukum menyebut Sayyidina Ketika Berselawat (Hasiah Al-bajuri) oleh



Fuqaha' Syafi'iyah berpendapat sunat menyebut sayyidina
ketika berselawat atas alasan penghormatan dan adab.
Imam Asnawi di dalam kitab Al-Muhimmaat mengemukakan
ucapan Syeikh Izzud-din bin Abdus-salam, dia berkata : “Pada
prinsipnya pembacaan selawat di dalam tasyahhud itu
hendaklah ditambah dengan lafaz “sayyidina”, demi mengikuti
adab dan menjalankan perintah. Atas yang pertama
hukumnya mustahab (sunat).
Dengan demikian di dalam membaca shalawat boleh bagi kita
mengucapkan “Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad”,
meskipun tidak ada pada lafazh-lafazh shalawat yang
diajarkan oleh Nabi (ash-Shalawat al Ma'tsurah) dengan
penambahan kata “Sayyid”. Karena menyusun dzikir tertentu
yang tidak ma'tsur boleh selama tidak bertentangan dengan
yang ma'tsur.
Sahabat ‘Umar ibn al-Khaththab dalam hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim menambah lafazh talbiyah
dari yang sudah diajarkan oleh Rasulullah. Lafazh talbiyah
yang diajarkan oleh Nabi adalah:
ﻟَﺒَّﻴْﻚَ ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﻟَﺒَّﻴْﻚَ، ﻟَﺒَّﻴْﻚَ ﻻَ ﺷَﺮِﻳْﻚَ ﻟَﻚَ ﻟَﺒَّﻴْﻚَ، ﺇِﻥَّ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪَ ﻭَﺍﻟﻨِّﻌْﻤَﺔَ ﻟَﻚَ
ﻭَﺍﻟْﻤُﻠْﻚَ، ﻻَ ﺷَﺮِﻳْﻚَ ﻟَﻚَ Namun kemudian sabahat Umar ibn al-
Khaththab menambahkannya. Dalam bacaan beliau:
ﻟَﺒَّﻴْﻚَ ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﻟَﺒَّﻴْﻚَ ﻭَﺳَﻌْﺪَﻳْﻚَ ، ﻭَﺍﻟْﺨَﻴْﺮُ ﻓِﻲْ ﻳَﺪَﻳْﻚَ، ﻭَﺍﻟﺮَّﻏْﺒَﺎﺀُ ﺇِﻟَﻴْﻚَ
ﻭَﺍﻟْﻌَﻤَﻞُDalil lainnya adalah dari sahabat ‘Abdullah ibn ‘Umar
bahwa beliau membuat kalimat tambahan pada Tasyahhud di
dalamnya shalatnya. Kalimat Tasyahhud dalam shalat yang
diajarkan Rasulullah adalah “Asyhadu An La Ilaha Illah, Wa
Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah”. Namun kemudian
‘Abdullah ibn ‘Umar menambahkan Tasyahhud pertamanya
menjadi:
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻻَ ﺷَﺮِﻳْﻚَ ﻟَﻪُ Tambahan kalimat
“Wahdahu La Syarika Lah” sengaja diucapkan oleh beliau.
Bahkan tentang ini ‘Abdullah ibn ‘Umar berkata: “Wa Ana
Zidtuha...”. Artinya: “Saya sendiri yang menambahkan kalimat
“Wahdahu La Syarika Lah”. (HR Abu Dawud)
Dalam sebuah hadits shahih, Imam al-Bukhari meriwayatkan
dari sahabat Rifa'ah ibn Rafi', bahwa ia (Rifa'ah ibn Rafi’)
berkata: “Suatu hari kami shalat berjama'ah di belakang
Rasulullah. Ketika beliau mengangkat kepala setelah ruku'
beliau membaca: “Sami’allahu Liman Hamidah”, tiba-tiba
salah seorang makmum berkata:
ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﻟَﻚَ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﺣَﻤْﺪًﺍ ﻛَﺜِﻴْﺮًﺍ ﻃَﻴِّﺒًﺎ ﻣُﺒَﺎﺭَﻛًﺎ ﻓِﻴْﻪِ
Setelah selesai shalat Rasulullah bertanya: “Siapakah tadi
yang mengatakan kalimat-kalimat itu?". Orang yang yang
dimaksud menjawab: “Saya Wahai Rasulullah...”. Lalu
Rasulullah berkata:
ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺑِﻀْﻌَﺔً ﻭَﺛَﻼَﺛِﻴْﻦَ ﻣَﻠَﻜًﺎ ﻳَﺒْﺘَﺪِﺭُﻭْﻧَﻬَﺎ ﺃَﻳُّﻬُﻢْ ﻳَﻜْﺘُﺒُﻬَﺎ ﺃَﻭَّﻝَ “Aku melihat
lebih dari tiga puluh Malaikat berlomba untuk menjadi yang
pertama mencatatnya”.
al-Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-
Bari, dalam menjelaskan hadits sahabat Rifa’ah ibn Rafi ini
menuliskan sebagai berikut: “Hadits ini adalah dalil yang
menunjukkan kepada beberapa perkara. Pertama;
Menunjukan kebolehan menyusun dzikir yang tidak ma'tsur di
dalam shalat selama tidak menyalahi yang ma'tsur. Dua;
Boleh mengeraskan suara dzikir selama tidak mengganggu
orang lain di dekatnya. Tiga; Bahwa orang yang bersin di
dalam shalat diperbolehkan baginya mengucapkan “al-
Hamdulillah” tanpa adanya hukum makruh” (Fath al-Bari, j. 2,
h. 287).
Dengan demikian boleh hukumnya dan tidak ada masalah
sama sekali di dalam bacaan shalawat menambahkan kata
“Sayyidina”, baik dibaca di luar shalat maupun di dalam
shalat. Karena tambahan kata “Sayyidina” ini adalah
tambahan yang sesuai dengan dasar syari’at, dan sama
sekali tidak bertentangan dengannya.
Asy-Syaikh al’Allamah Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab al-
Minhaj al-Qawim, halaman 160, menuliskan sebagai berikut:
ﻭَﻻَ ﺑَﺄْﺱَ ﺑِﺰِﻳَﺎﺩَﺓِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻗَﺒْﻞَ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ، ﻭَﺧَﺒَﺮُ " ﻻَ ﺗُﺴَﻴِّﺪُﻭْﻧِﻲ ﻓِﻲْ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ "
ﺿَﻌِﻴْﻒٌ ﺑَﻞْ ﻻَ ﺃَﺻْﻞَ ﻟَﻪُ “Dan tidak mengapa menambahkan kata
“Sayyidina” sebelum Muhammad. Sedangkan hadits yang
berbunyi “La Tusyyiduni Fi ash-Shalat” adalah hadits dha'if
bahkan tidak memiliki dasar (hadits maudlu/palsu)”.
Di antara hal yang menunjukan bahwa hadits “La Tusayyiduni
Fi ash-Shalat” sebagai hadits palsu (Maudlu’) adalah karena
di dalam hadits ini terdapat kaedah kebahasaan yang salah
(al-Lahn). Artinya, terdapat kalimat yang ditinjau dari
gramatika bahasa Arab adalah sesuatu yang aneh dan asing.
Yaitu pada kata “Tusayyiduni”. Di dalam bahasa Arab, dasar
kata “Sayyid” adalah berasal dari kata “Saada, Yasuudu”,
bukan “Saada, Yasiidu”. Dengan demikian bentuk fi’il
Muta'addi (kata kerja yang membutuhkan kepada objek) dari
“Saada, Yasuudu” ini adalah “Sawwada, Yusawwidu”, dan
bukan “Sayyada, Yusayyidu”. Dengan demikian, -seandainya
hadits di atas benar adanya-, maka bukan dengan kata “La
Tasayyiduni”, tapi harus dengan kata “La Tusawwiduni”.
Inilah yang dimaksud dengan al-Lahn. Sudah barang tentu
Rasulullah tidak akan pernah mengucapkan al-Lahn semacam
ini, karena beliau adalah seorang Arab yang sangat fasih
(Afshah al-‘Arab).
Bahkan dalam pendapat sebagian ulama, mengucapkan kata
“Sayyidina” di depan nama Rasulullah, baik di dalam shalat
maupun di luar shalat lebih utama dari pada tidak
memakainya. Karena tambahan kata tersebut termasuk
penghormatan dan adab terhadap Rasulullah. Dan pendapat
ini dinilai sebagai pendapat mu’tamad.
Asy-Syaikh al-‘Allamah al-Bajuri dalam kitab Hasyiah al-Bajuri,
menuliskan sebagai berikut:
ﺍﻷﻭْﻟَﻰ ﺫِﻛْﺮُ ﺍﻟﺴِّﻴَﺎﺩَﺓِ ﻷَﻥّ ﺍﻷﻓْﻀَﻞَ ﺳُﻠُﻮْﻙُ ﺍﻷﺩَﺏِ، ﺧِﻼَﻓًﺎ ﻟِﻤَﻦْ ﻗَﺎﻝَ ﺍﻷﻭْﻟَﻰ
ﺗَﺮْﻙُ ﺍﻟﺴّﻴَﺎﺩَﺓِ ﺇﻗْﺘِﺼَﺎﺭًﺍ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﻮَﺍﺭِﺩِ، ﻭَﺍﻟﻤُﻌْﺘَﻤَﺪُ ﺍﻷﻭَّﻝُ، ﻭَﺣَﺪِﻳْﺚُ ﻻَ
ﺗُﺴَﻮِّﺩُﻭْﻧِﻲ ﻓِﻲ ﺻَﻼﺗِﻜُﻢْ ﺑِﺎﻟﻮَﺍﻭِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻴَﺎﺀِ ﺑَﺎﻃِﻞٌ “Yang lebih utama
adalah mengucapkan kata “Sayyid”, karena yang lebih afdlal
adalah menjalankan adab. Hal ini berbeda dengan pendapat
orang yang mengatakan bahwa lebih utama meninggalkan
kata “Sayyid” dengan alasan mencukupkan di atas yang warid
saja. Dan pendapat mu’tamad adalah pendapat yang
pertama. Adapun hadits “La Tusawwiduni Fi Shalatikum”,
yang seharusnya dengan “waw” (Tusawwiduni) bukan dengan
“ya” (Tusayyiduni) adalah hadits yang batil” (Hasyiah al-
Bajuri, j. 1, h. 156).
Wallahu 'alam.
SukaSuka ·  · 

Rabu, 12 November 2014

IKLAN seminar SAKA SG. Biru 5/12/2014 jom kita kenali SAKA BAKA, PUSAKA dan PUAKA


Kalau penyakit yang disebabkan saka baka, nak ubatnya sangatlah susah, lagi kalau tak tau atau separuh tau. Perawat yang buat-buat tau pun ramai, kisah Yang ada Cuma tangkap masuk dalam botol kemudian buang ke laut. picit ibu jari kaki suruh keluar Atau Libas dengan Keris PU SAKA. silap-silap itu kerja PUAKA.

 Ingat Cerita TANAH KUBUR or wayang hot masa ini NASI TANGASss Menyeremkan. 

Kalau saka tu sekor boleh le Geratak... tapi kalau dah banyak macam semut or Anai tu kenalah hapuskan macam kita kena bunuh Ratu atau Puterinya nun jauh dalam sarangnya, tak leh tangkap satu-satu, kena sekaligus dan semua sekali terutama dirumah ibubapa dan adik beradik. Sepupu sepapat pun kena clearkan juga rumahnya Jadi sebab tu saka tak habis-habih!
 Macam penagih or ketagihan benda hayal tu, mereka sukar atau tak akan pulih sepenuhnya sekiranya tak dihapuskan sakanya, sebab orang kata  tahap dah jumpa Puteri, ini berat la kerjanya. jadi kalau nak pulihkan mereka, kena cari tukang ubat anti dadah (PUSAT PEMULIHAN) yang boleh buang saka sekali, baru jadi! sebab yang ganggu fikiran mereka supaya sentiasa runsing dan dapat pula komonikasi dengan benda tu.  saka lah yang dah mastautin dihatinya dan akal fikirannya. 

Bila ibubapa ada penyakit kronik kenser sakit jantung, darah tinggi dll. Doktor kata penyakit ini boleh mewaris kepada anak-anaknya.. ini pun akibat Saka.
Cuba kita bayangkan punyalah kita sorok berabis barang berharga, tersembunyi atau mangga kunci nala Besar tapi masih dijumpa dan Hilang. ini pun atas (kebinsuhu) bisikan SAKA. mudah saja buat jahat.

 Pencemaran Zuriat Keturunan Oleh Saka ini tidak kurang hebatnya mengakibatkan banyak Sintom yang menganggu Institusi kekeluargaan, anak tak dengar cakap, ditimpa penyakit pelbagai sakit ini, sakit itu. pun kemungkinan Faktor Saka baka.

lagi-lagi mereka yang dok amal ayat tertentu untuk isteri  atau suami, benda tu ikut sama time yang....  yang ...........  tu laaaaa. karang perangai kejin-jin tak pula... dah minum susuh lembu jadi kelembu-lembuan.

Laa gitu agaknya ceritanya….Abis, sapa boleh buang saka? Pakai apa? Jom ke Seminar Saka 5-7/12/2014  Di Sungai Biru Ranau Sabah Berminat Hubungi Cikgu Mazlan Atin 017 8147764 MD Ridzwan 014 6542858  (DAN no saya  0135444012 tapi hanya pada 30/11- 5/12/2014 )
SukaSuka ·  ·