Pengikut

Selasa, 28 Februari 2017



Trend, Local Genius & Archeology

Dalam Baiduri Segala Permaisuri mukasurat 70, "Trend, Social Class & Intermarriage", saya telah jelaskan walaupun Asia Tenggara dilanda trend Hindu-Buddha yang mencapai kemuncaknya bermula abad ke-4 Masehi dan mula merosot menjelang abad ke-15 Masehi, orang Melayu tetap Melayu sampai ke hari ini. Cikgu saya kata, tetap hidup penyek, makan belacan, punggung itam. Takpayah nak wannabe sangat.

Bangsa tidak boleh bertukar malah bahasa pun dalam kelompok linguistik yang sama, yakni sebelum dan selepas trend itu, bahasa Melayu kekal dalam kelompok Malayo-Polinesia/Austronesia. Sebab itu Bahasa Jiwa Bangsa. Kata-kata pinjaman, saduran atau seumpamanya majoriti bahasa di dunia ada malah Bahasa Inggeris itu sendiri amat pekat dengan perkataan-perkataan Latin, Jerman malah yang bestnye satu kelompok pulak dengan Sanskrit secara linguistik.

Tulisan-tulisan saya tu adalah hasil pemerhatian saya sejak beberapa tahun lepas di kala masyarakat Melayu masih bertekateki tentang sejarah sendiri. Di kala semua provokasi diangguk-angguk tanpa sikit pun melawan. Orang kencing dia kata ada tulang Hang Tuah berDNA India, budak Melayu pun tersengih-sengih juga. Hang Tuah adalah Hang Too Ah, budak Melayu pun tersengih jugak. Habis tu, bagaimana nama Cina tapi DNA India? Merepek. Nah sekarang dalam buku terbaru, saya sertakan kajian Oxford dan lain-lain universiti yang ditaja oleh Kesatuan Eropah yang mana menjelaskan majoriti orang Melayu berasal dari Asia Tenggara, tepatnya di sekitar Pentas Sunda. Siap ada paperwork berjela-jela lagi. Boleh baca paperwork tu sebelum tido untuk hapuskan imsomnia.

Penemuan demi penemuan di Tapak Arkeologi Sungai Batu telah banyak mengubah persepsi masyarakat malah para pengkaji sendiri tentang sejarah lampau orang Melayu. Ini bukan main-main, sejarah tamadun 500 tahun Sebelum Masehi. Sekarang, para sarjana kita sudah mampu memberi kritikan terhadap Teori Indianisasi dengan memakai bukti-bukti arkeologi.

Saya sememangnya tidak jemu-jemu nak memahamkan masyarakat Melayu tentang akar Malayo-Polinesia mereka, yang kehidupannya very simple and relax as well as Orang Laut, Maori, Tonga dan sebagainya. Selang masa antara abad ke-4 hingga abad ke-15 (trend Hindu-Buddha) sudah banyak memesongkan tanggapan orang Melayu pascamerdeka tentang sejarahnya dengan sangkaan-sangkaan budaya, bahasa dan asal-usul yang tidak akademik.

Sepertimana pandangan Prof Dato Dr. Mokhtar Saidin yang menyatakan dengan jelas bahawa senibina Monumen Sungai Batu bercirikan tempatan, maka percayalah, kita sedikit demi sedikit akan dapat menjejak kembali cerita lampau kita yang hilang dalam 'blackhole' sejarah.

link: http://www.hmetro.com.my/node/209446

~Srikandi
My History is Immortal