Asal-usul Melayu Dari Kajian Mitochondrial DNA
Pernah tak anda membaca tulisan mereka yang cemburu dengan orang Melayu,dengan merepek mengatakan bahawa sekumpulan pengkaji dari Eropah,Jepun,Amerika bla..bla... datang menyiasat tulang Hang Tuah bla...bla...tup-tup...kata result dia..orang Melayu pendatang pulak.
Tapi senarai nama pengkaji,saintis dan ahli arkeologi tu tidak dinyatakan pulak.Jurnal dia pun takde sepatah haram pun.Melayu apologedik terus percaya bulat-bulat macam kambing;terus percaya keturunan dia dari entah mana-mana entah.
Sekarang saya nak educate kamu semua,lepas raya ni patut lebih cerdik sebab dah kena training dalam bulan puasa untuk jadi lebih baik,better than yesterday,supaya tak jadi orang Islam yang bodoh piang,selalu kena kencing.Orang Islam ni sepatutnya tak jatuh dalam satu lubang dua kali.
Orang Melayu yang mengaku Islam kena lebih akademik dan berpandangan jauh,cerdik,pintar,berwawasan dan maju ke hadapan.Jadi,baca sini:
Pada tahun 2008 yang lalu,sekumpulan penyelidik antarabangsa yang terdiri dari Pedro Soares,Jean Alain Trejaut,Jun-Hun Loo,Catherine Hill,Maru Mormina,Chien-Liang Lee,Yao-Ming Chen,Georgi Hudjashov dan lain-lain telah mengemukakan hasil kajian mereka yang mendapati bahawa terdapat migrasi berlaku dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke tempat-tempat lain,yang lebih tua dari mana-mana migrasi manusia di China mahupun Taiwan.Ini disokong oleh pemerhatian kepada perubahan dalam mitochondrial DNA,kajian perubahan iklim dan mitos Banjir Besar (flood myths) yang tersebar lebih banyak di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara berbanding wilayah lain di dunia.
Semua penyelidik ini datang dari pelbagai institusi tersohor dunia seperti,University of Leeds,University of Cambridge,University of Glasgow,The Australian National University dan University of Oxford.Kajian ini ditaja oleh The Bradshaw Foundation and Kesatuan Eropah.
Apa yang menariknya,dalam kajian yang 'real' ini,misteri kepada kewujudan orang Melayu di Asia Tenggara telah mampu dipetakan dengan kukuh dengan bukti DNA;bahawa mereka sebenarnya adalah pribumi tertua di Asia Tenggara.
Kajian mendapati bahawa pergerakan populasi orang China adalah lebih muda,yakni berlaku pada 2000 hingga ke 3000 tahun yang lalu manakala pergerakan manusia di kawasan Pentas Sunda berlaku lebih 10000 tahun yang lalu.
Adakah sebelum Banjir Besar,nenek moyang orang Melayu atau Proto-Austronesia telah sedia ada di Pentas Sunda?
Adakah saya mereka-reka cerita?Bertuahnya tidak.Ini real research bukan kata-kata nak menyedapkan hati atau riak banggakan diri.Sila muat turun kertas laporan mereka di akhir artikel di pautan tersebut.
~Srikandi
"Luhur Sejarahku Abadi"
"Luhur Sejarahku Abadi"