Pengikut

Ahad, 24 Ogos 2014

KING OF THE SOUTHERN SEA


Al Semantani Jones telah menambah 2 foto baru.
2 hrs · 
RAJA SRIVIJAYA DIPUJA SEBAGAI DEWA
Om Namo Photisat Jatukam Ramadhewa Srimaharacha Chulamanee Woramadhewa Sriwichai Prasamati Dhewaracha Photisat PangpakarnSuriya Chantra Chantarapanu Nillaracha Dhewakuru Racha Puroheta Mahaprasit Chaiyalapa Swaha.
Mungkin dalam bahasa Sanskritnya atau Melayu kuno berbunyi begini: Om Nama Bodhisatva Jatukama Rama Deva Sri Maharaja Culamani Warmadeva Srivijaya Prasamati Devaraja Bodhisatva Pangkarana Surya Chandra Chandrabanu Nilaraja Devakuru Raja Mahaperita Jayalapa Svaha.
Diatas adalah mantera Thai yang mempunyai kaitan dengan Srivijaya dan seorang raja Ligor atau Sri Dharmaraja yang berketurunan Melayu Srivijaya iaitu Chandrabanu atau Jatukham Ramathep.
Jatukham Ramathep, satu nama yang sangat asing bagi kita malah bagi sesiapapun yang tidak mengetahui bahasa Thai. Malahan nama ini juga adalah tidak popular di Thailand sebelum tahun 1987. Pada tahun 1987 seorang pegawai polis bersara bernama Phantharak Rajjadej telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau menangkap penjenayah dengan mudah dan dapat menyelesaikan kes-kes berat dengan pantas. Beliau juga berkata rahsia tersebut membuatkan beliau masih kuat dan sihat walaupun sudah lanjut usianya. Beliau mendedahkan bahawa selama ini beliau mengamalkan penyembahan kepada dewa khas Wilayah Nakhon Sithammarath iaitu Jatukham Ramathep. Ada apa dengan Jatukham Ramathep? Mengapa ia begitu istimewa dan dianggap begitu hebat oleh pesara polis Buddha tersebut?
Pada tahun 1986 seorang Mejar Jeneral telah menghadiri suatu upacara keagamaan di sebuah kuil di Wilayah Nakhon Sithammarath. Dalam upacara itu seorang medium atau perantara roh telah diresapi roh seorang raja pahlawan pada zaman kegemilangan Negara Sri Dharmaraja iaitu Jatukam. Melalui medium atau perantara tersebut beliau disuruh mendirikan sebuah tiang tugu untuk kota Nakhon Sithammarath. Namun beliau juga disuruh merujuk kepada seorang tua yang tahu akan ilmu-ilmu khas bagi mendirikan tugu tersebut serta upacara membuatnya. Orang tersebut adalah pesara polis Phantharak Rajjadej.
Tugu tersebut akhirnya siap dibina pada tahun yang sama dan pada tahun 1987 dengan panduan yang diberikan oleh Phantharak Rajjadej maka sebuah azimat berbentuk bulat dibuat khas yang mempunyai ukiran Jathukam Ramathep diatasnya. Sejak dari peristiwa itu akhirnya nama tersebut menjadi buah mulut seluruh rakyat Thailand dan mereka semua inginkan kesejahteraan dan keselamatan seperti yang telah dikecapi si pesara polis tersebut. Maka berbuyung-buyunglah orang datang kekuil dimana ianya dibuat sehingga harganya melambung tinggi. Sehingga kini harga tertinggi yang pernah dibayar seseorang untuk mendapatkan azimat ini adalah melebihi 1 juta bath.
Namun persoalannya siapakah Jatukham Ramathep ini? betulkah dia seorang raja kerajaan Negara Sri Dharmaraja? Jika semua persoalan ini benar maka sudah semestinya si raja adalah seorang Javaka atau Melayu! Hal ini kerana Negara Sri Dharmaraja adalah sebuah kerajaan Melayu pada zaman dahulu sebelum ditakluki oleh Sukhotai dan Ayuthiya. Dan kita juga sudah tahu bahawa kerajaan Melayu segenting kera ini juga mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Srivijaya. Oleh itu kajian ini adalah sangat penting untuk kita. Kita juga akan tahu betapa besarnya impak Srivijaya dan kekuasaan Thalasocrasinya terhadap orang-orang Thai sehinggakan mereka sendiri sanggup menyembah seorang raja yang berlainan bangsa dengan mereka. Tetapi siapa dia? Pewaris Siwichai?
Banyak versi mengenai siapa sebenarnya Jatukham berlegar di seluruh Thailand. Salah satu daripadanya ialah versi dua dalam satu. Apa yang dimaksudkan dengan dua dalam satu? Yang dimaksudkan dengan dua dalam satu adalah Jatukam itu sendiri. Sebenarnya menurut lagenda orang-orang Thai Jatukham Ramathep adalah dua orang adik beradik iaitu satunya Inthara Sairen dan seorang lagi Inthara Khao Kheo. Mereka berdua dikatakan sebagai anak kepada Raja Jantharaphanu (Chandrabhanu), yang memerintah Sri Dharmasokaraja, yang dianggap orang thai sebagai pusat bagi empayar Siwichai atau Srivijaya.
Menurut lagenda tersebut lagi akibat daripada ketiadaan ayahanda mereka selama 20 tahun kerana melancarkan perang di selatan India atau Sri Lanka, kerajaan Sri Dharmaraja menjadi lemah. Oleh hal yang demikian kedua adik beradik ini telah menubuhkan sebuah pusat pemerintahan yang baru di Chang Khom Sirithammarat yang sekarang berada di kota Nakhon Sithammarath. Dua beradik tersebut juga dikatakan telah menamakan semula kerajaan mereka sebagai Siwichai Suphannabhumi.
Satu lagi versi lagenda asal usul Jatukham Ramathep mengatakan bahawa dia adalah Chandrabanu sendiri. Mengikut catatan yang terdapat di wat tertentu di Nakhon Sithammarath, Jatukham Ramathep digelar oleh masyarakat selatan Thai sebagai KING OF THE SOUTHERN SEA. Beliau digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berkulit gelap. Beliau juga digelar sebagai Raja Hitam Penguasa Laut Selatan atau Phraya Pungparn.
Kononnya beliau berjaya bermeditasi hingga mencapai tahap nirvana dan bersatu dengan Buddha. Oleh sebab itulah dia disembah oleh masyarakat Buddha selatan Thai. Tapi ini semua menurut kepercayaan mereka yang beragama Buddha. Maka betul lah kata orang cerdik pandai, dari peristiwa menjadi sejarah, dari sejarah menjadi lagenda dari lagenda menjadi mitos dan jika tidak direkod dan dikaji dengan betul oleh anak cucu cicit maka jadilah dongeng tok nenek ala merong. Jadi versi mana sebenarnya yang betul?
Namun apa yang pasti mengenai Jatukham adalah baginda seorang elit Melayu yang disembah tahap dewa oleh orang-orang Buddha Thai. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana jika dia Chandarbanu maka tokoh ini bukan lagi asing bagi kita dan kita memang tahu perkaitan tokoh ini dengan wilayah bekas jajahan Srivijaya iaitu Tambralingga atau Ligor. Jika bangsa asing boleh menghargai sejarah nenek moyang kita mengapa tidak kita?
Bukanlah saya menyuruh anda semua mendewa-dewakan atau menyembah tokoh sejarah semacam yang dilakukan kaum kafir ini. Cukup sekadar penghargaan dengan mengetahui dan menyedari betapa hebat dan pentingnya sejarah dan pendidikan sejarah kepada jati diri anak-anak Melayu Nusantara. Kita perlu tahu bahawa bangsa kita mempunyai raja-raja dan kerajaan-kerajaan hebat pada zaman kuno Hindu-Buddha dan tidak sekadar kerajaan Melaka dan para sultannya sahaja. Sejarah Melayu itu amat purba melakaui ribuan tahun dan bukan bermula pada tahun 1400-an. Sekian, wallah hu a’lam.
*Gambar adalah pesara polis terbabit. Ada keris terselit di pinggangnya.
~ASJ~
http://www.nationmultimedia.com/2007/04/17/national/national_30032023.php
•Rachelle M. Scott, Nirvana for Sale? Buddhism, Wealth, and the Dhammakaya Temple, SUNY Press, 2009.
•Stuart C. Munro-Hay, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends of a Southern Thai Town, White Lotus Press, 2001.

Sabtu, 23 Ogos 2014

perkataan asli bahasa Melayu, dengan sejumlah 115 perkataan


Dengan penuh keyakinan, saya akan berikan senarai perkataan asli bahasa Melayu, dengan sejumlah 115 perkataan sebagai contoh. Memang sengaja dihadkan kepada 115. Mana larat nak taip semua.
Ini bukan senarai teka main-main, tetapi berdasarkan pembacaan saya selama ini terhadap kajian-kajian oleh Robert Blust, Asmah Haji Omar (pensyarah saya), Otto Dahl, C.A. Mees, Graham Thurgood, dan penyelidik-penyelidik lain dalam bentuk buku dan makalah di sana sini, tentang bahasa-bahasa rumpun Melayu/Austronesia; seperti bahasa-bahasa peribumi Taiwan (bukan Cina), Iban, Batak, Hawaii, Tagalog, Malagasy, Cham, dan banyak lagi, selain bahasa Melayu tentunya. 115 perkataan itu:
~~air, akar, aku, alu (pasangan kepada lesung), alur, anak, api, balai, **barat, bara, baru, bau, bayang, benua, beras, beri, besi, betina, bibir, bintang, buah, bukit, bulan, bulu, bunuh, cucuk, dahi, danau,
dapur, darah, darat, daun, dekat, dendam, dengar, duri, ekor, gatal, habuk, hampar, hanyut, hantar, hantu, hari, hati, hidung, hirup, hujan, hulu, huma, ikan, induk, ini, itu, jahit, jarum, kail, kanan,
kayu, kerbau, ketawa, kiri, kita, kuku, kulit, kutu, labah-labah, labuh, langit, laut, layar, leher, lelap, lesung, lintah, liput, luar, ludah, makan, malam, mati, mentah, mimpi, minum, nanah, nasi, nyiur,
orang, padi, pahit, paku, palu, panah, peha, penuh, puluh, putih, ratus, rumah, tahi, tampi, tanah, tanak, tanam, tangis, telinga, telur, timur, tiup, tua, tuli, ubi, udang, urat, yu (ikan).~~
[Nota: **Jangan memandai-mandai nak mengaitkan dengan “Bharat”, nama negara India dalam bahasa Hindi]
Semuanya ialah perkataan asli Melayu atau rumpun Melayu; tidak ada dalam bahasa Sanskrit, atau Tamil, atau Hindi, atau Arab, atau Parsi atau apa-apa lagi (dan kalau ada sekalipun, maka bahasa-bahasa itulah yang mengambilnya daripada bahasa rumpun Melayu). Setiap orang Melayu wajib tahu perkataan-perkataan asli bahasa Melayu, kalau boleh HAFAL.
Jika ada siapa-siapa, tak kira berbangsa apa sekalipun menuduh “Malay language is derived from Sanskrit”, tak payah fikir-fikir lagi, kita dah boleh terus balas dia on the spot begini: “Do you honestly think that words which sound like hidung, kulit, leher, bibir, and, for the love of Lord, ALU and LESUNG, came from Sanskrit? Did you even study, let alone understand Sanskrit, to make such a baseless claim?”
Pengajaran: Daripada kita tak habis-habis pergi heboh canang satu dunia dengan mengulang ayat “Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan bahasa Sanskrit seperti negara, putera, raja, syurga, neraka, agama, bahasa, sastera blablabla”, lebih baiklah kita, umat Austronesia, bawa-bawa bertaubat. Hayati senarai 115 perkataan asli di atas. Bertaubatlah sebelum langit runtuh dan bumi terbelah.
Jangan tau nak makan nasi lemak jerr

Khamis, 14 Ogos 2014

Sajak untuk HERO Dusun


Sajak dusun
Bagus ni SAJAK.....
Think positives kio
Sajak utk 'HERO' Dusun.
Hai Dusun, sudah2la moginum.
Rumah ko kna bikin Pelipin.
Kabun ko kna jaga Om.
Hutang ko kna pungut pakistan.
Tu cina yg overrated ko pg kawin trus trip-trip sakap sina...
Hai Dusun, ko suka cakap "sini bah betumbuk...!"
Tapi time moginum saja ko barani.
Hai dusun, ko dusun sy pun dusun.
Lapas ko mabuk, ko pigi bagaduh, kalau enda bagaduh ko komplen bini dulu bebeh sikarang gumuk.
Hai dusun, ko ingat ko staring,
Sibuk mo jadi staring, kerja sikit moginum banyak,
Kana tegur ko mangancang,
Duduk di The Bed minum taiger makan kacang.
Hai dusun,
Sabab mo bagaya ko trip banyak duit belanja 18 krek
tapi pakai duit harga gatah,
Bila abis tu harga gatah ko jadi puaka,
Pigi marah2 minta duit sama mama,
Ini tandanya ko sudah derhaka,
Hai dusun, banyak lagi mau komplen ni, tapi apa-apa pun dari kita saja baitu

Isnin, 11 Ogos 2014

Hukum Mengangkat Tangan Ketika Khatib Membaca Doa




( Copy paste )
Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:
قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)
Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.
Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:
رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت
"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)
Kesimpulannya pandangan yang benar adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.
Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:
عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."
Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.
Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.
Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].
Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'. Wallahu a'lam, wassalaam..