Pengikut

Rabu, 18 Jun 2014

Rancangan Kembara ke KG. Bilit Kinabatangan tidak menjadi kenyataan.


Sebenarnya saya sempat bercuti lebih awal dari Tarikh rancangan Kembara ke Kg. Bilit. Kinabatangan. macam tidak masalah bagi saya memenuhi tarikh yang ditentukan itu.Tapi disebabkan oleh kerana ada masalah taknikal , Di saat-saat akhir Saudara Md. Ridwan gagal mendapat persetujuan dari beberapa pihak yang berkepentingan. malahan menghadapi beberapa Kesulitan. sedangkan dah ada kata pemula. dari mereka yang berkenaan.

Satu Pengalaman yang tidak mudah dilupakan oleh Saudara Md. Ridwan. Begitu juga saya. yang selama ini jarang saya tersasar dari cadangan Asal. Tawau dan Kinabatangan tempat yang saya gagal membuat perjalanan.

walaupun Kemudiannya Satu tarikh baru telah dipanjangakan kepada saya oleh Saudara Md. Ridwan, dari mereka yang berkenaan di Kg Bilit. Malangnya buat sekian kalinya saya menolak atas sebab-sebab kesihatan, tidak lah lari dari jiwa seseorang ada perasaan terkilan disebabkan perancangan Awal terbatal disaat akhir. cuma saya cuba bersikap lebih dewasa dan saya memandang perkara ini sebagai Amalan kebajikan  kerja-kerja Agama.

Di usia begini tahap kesihatan makin menurun, saya mudah mengalami  alahan perubahan cuaca sejuk. Selama 3 minggu bercuti di kampung. saya hanya dalam waktu seminggu  berkemampuan melakukan kerja-kerja peribadi, walaupun merasa dan mampu bersungguh-sungguh mahu menyiapkan beberapa perkara yang asyik terganggu. maka masih lagi tertangguh.. nampak gayanya mungkin saya tidak mampu untuk meneruskannya tanpa bantuan orang lain.

Dua minggu berikutnya  saya mula mengalami masalah kesihatan, makin kurang sihat, ditambah lagi Anak dan Isteri juga mengalami situasi yang sama. masa makin berlalu dan mula tidak mengizinkan beberapa perkara untuk terlaksana tanpa ujian.

Di penghujung Minggu terakhir bercuti di kampong halaman, sempat jugalah rakan-rakan Ajk Cawangan mengadakan kenduri hajat dengan menyembelih seekor Lembu. dan juga kemasukan beberapa Orang Sahabat baru. saudara Setiausaha cawangan sempat memanjangkan Surat Peringatan dari Bendahari Pusat Abjad malaysia Ustaz Syharil yang menyatakan Cawangan Abjad Sabah perlu menjelaskan Yuran dan beberapa perkara berkaitan Cawangan.

Beberapa Persediaan ilmiah yang saya cadangakan untuk di kongsi bersama di Kg. Bilit, saya kongsikan sepintas lalu pada malam Tersebut. cuma saya lupa untuk menyentuh Dakwaan Sesetangah Pengamal hikmah yang mendakwa sebenarnya Al-Quran itu ada 40 Juz. Dan inilah antara persoalan yang ditanyakan oleh seseorang di Kg. bilit kepada Saudara Md. Ridwan.

Dua Malam terakhir sebelum kembali untuk bertugas secara  kebetulan saya terikut rakan yang diminta untuk merestui wakil Peserta Pertandingan Muay Thai Terbuka Bertempat di Dewan Masyarakat Ranau dari GYM Akinabalu Dhinar Gruop (Amatur). kalau tidak silap 17 orang semuanya dengan hanya ada 8 orang Muslim. tapi oleh kerana Jurulatih yang didatangkan Khas dari Thai ini beragama Islam. maka upacara pada malam itu sedikit diterapkan dengan ritual Islam.

Ust Julilian Memimpin bacaan Doa


Gang Abjad Sabah Bergambar Dengan KRU Oad Ramin Silver 40 (10 in Thai)