Pengikut

Jumaat, 19 Julai 2013

King musang.


Pada mulanya aku tidak terambil kisah sangat pun untuk membaca post tag pasal tajuk  ILMU MAKFIFAT TOK KENALI. cuma bila tercerita dengan kawan pasal Buah Durian orang kampung kami yang dapat dipaksa berbuah dalam tempoh tidak sampai dua setahun. kehebatan itu... ala  aku tidak ingat namanya. cuma yang aku macam teringat memang klon ini berasal dari GUA MUSANG .

alo... lo.. Bro durian ini RM18 sekilo harga Borong. tudu bangatlah saya pun belum dapat merasa kenikmatannya. memang hebatlah member ini tau... Rezeki dia la.

lalu aku mencuba-cubalah untuk mengintai benda ini dan mencari-cari di Alam Maya ini. bila aku Jumpa namanya . memang namanya MUSANG KING. macam cerita Naroto yang mempunyai hikmat sarigala berekor sembilan.  

 Ada juga yang pangilnya durian ini RAJA KUNYIT. lantas  idup juga idea aku yang  nak oder dari laman maya ini untuk pasaran di kampong. aku tidak ada tanah dan tidak larat untuk berkebun. lagi pun ILMU menanam dan MODAL tersangat kekurangan.

dalam mencari itu. Aku terbacalah beberapa tulisan, seperti tulisan Munculnya pembawa PANJI HITAM yang ada kaitan dengan Gua Musang. yang mana telah berleger beberapa bualan lepas.

bersamanya  sinilah juga aku terbaca bebaerapa ulasan dan penulisan Berkaitan Ilmu Makrifat Tok kenali itu. tapi...... aku tak minatlah.... bukan cita rasa aku lah bab-bab sebegini. kepeduliaan aku pada bab ini macam membuang masa. membuang tenaga dan yang bab duitlah betul-betul aku bekira-kira...

kalau ada duit baik aku laburkan jadi untuk dijadikan modal membina dan membuat Nasery pokok buah-buahan. boleh juga aku melepaskan jawatan hakiki ini supaya aku dapat terjun lebih masa dilapangan. susah kalau terbiasa hujung bulan dah ada duit.

Jumaat, 5 Julai 2013

MISTERI TANAH PARA NABI


 Kredit:  Saudara Aiz, Nusanaga blogspot. :)





Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Bagi meneruskan kesinambungan artikel saya mengenai bangsa-bangsa awal dunia, para Nabi terawal serta kaitannya dengan tanah Nusantara yang bertuah ini maka saya persembahkan satu artikel berbentuk teori untuk kita sama-sama memikirkan kebenaran disebaliknya. Dalam artikel ini kita akan mengembara di zaman yang paling jauh yang tak pernah saya pergi sebelum ini. Saya akan bawa anda ke zaman dimana manusia pertama bertapak dibumi. Ya...zaman Nabi Allah Adam a.s bersama isterinya Hawa serta anak-anak mereka setelah baginda dikeluarkan dari Taman Jannah.


Sebenarnya para pembaca sekalian, persoalan ini telah membelengu pemikiran saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun hanya sekarang baru saya mampu untuk merungkaikanya setelah membaca dan mengkaji dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut Agama. Apakah persoalan tersebut? Ia adalah mengenai teori yang menyatakan bahawa Nabi Adam itu diturunkan oleh Allah di tanah Nusantara. Saya percaya yang ramai diantara pembaca sekalian telahpun tahu samaada melalui pembacaan atau mendengarnya dari sumber kedua tentang perkara ini. Namun bagi saya jika saya tidak mengkajinya sendiri nescaya saya tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang saya terima. Sebab itulah saya telah cuba membuat sedikit penyelidikan dan rujuk silang mengenai teori tersebut.Oleh itu mari kita hayati kisah manusia pertama ini dahulu, ADAM.


Pada era penciptaan ADAM, Azazil dan kuncu-kuncunya membelot dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi disuruh untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya diburukkan wajah mereka dan dihalau keluar dari langit. Mereka inilah di namakan sebagai ‘fallen angle’oleh masyarakat barat. Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru. Di dalam ‘syurga’ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut dalam hati manusia, sebenarnya wujud calitan ‘azazil’ yang ego tadi lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu menyebabkan mereka berdua di halau keluar dari syurga.


Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab untuk ADAM dan HAWA keluar dari ‘syurga’ menuju ‘Dunia’. Sejak awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang engkar yakni golongan Fallen Angle tadi serta anak cucu mereka. Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun sebagai pemimpin pada campuran ‘fallen angle’ dan spesis lain yang diciptakan di bumi baru sebelum penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya tahu dan jika mahu lebih, anda haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.


NABI ADAM a.s tidak turun dengan tangan kosong. Baginda telahpun dipenuhkan dirinya oleh Allah swt akanILMU SEGALA NAMA. Baginda kemudiannya mewariskan ilmu ‘segala nama’ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah yang menjadi dewa-dewi atau wali-wali keramat yang dikenali pada catitan-catitan ketamadunan kuno. Tetapi, dikhabarkan juga, ada ahli yang mendapat ilmu ini untuk diaplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic seperti bangunan yang tinggi-tinggi dan teknologi pembuatan senjata yang memusnah.


Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewangga atau wali. Satu, dewa yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa atau orang keramat yang mahu membina dunia sebagai syurga hawa nafsu yang sudah pastinya disemarakkan oleh bisikan Azazil si Iblis. Maka, terjadilah ‘pertelingkahan’ sehingga kini. Inilah dinamakan sebagai ‘light and dark’ hitam atau putih, Ying atau Yang, antara yang baik dengan yang jahat. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini. Jadi para pembaca semua setakat ini sudah tentu anda faham apa yang hendak saya sampaikan. Daripada tulisan diatas kita semua tahu bahawa Nabi Adam a.s telah diturunkan Allah dari syurga ke suatu tempat di atas bumi dengan dilengkapi dengan ILMU SEGALA NAMA. Persoalannya di sini, dimanakah tempatnya Nabi Adam mendarat dari syurga tersebut? Mari kita bincangkan bersama.


Berdasarkan riwayat dari Ibnu Abi Hatim, yang diterimanya dari Abdullah bin Umar, menyatakan bahwa Adam turun ke dunia di Bukit Shafa, sedangkan Hawa turun di Bukit Marwah. Akan tetapi, riwayat dari Ibnu Abi Hatim ini terdapat versi lain, yang menyatakan bahwa tempat turunnya Nabi Adam di Bumi, berada di antara negeri Makkah dengan Thaif. Di sisi lain, menurut riwayat Ibnu Asakir yang diperoleh dari Ibnu Abbas, menyatakan bahwa Nabi Adam turun di Hindustan dan Hawa turun di Jeddah. Dimana makna Jeddah berasal dari kata Jiddah, yang berarti nenek perempuan. Syaikh Yusuf Tajul Khalwati berpendapat, Nabi Adam turun diPulau Serendib. Beliau ketika itu menduga, Pulau Serendib adalah Pulau Ceylon (Sri Langka). (sumber: Tafsir Al Azhar, Juzu’ I, tulisan Buya HAMKA) Tetapi berdasar penelitian, kata Serendib adalah bahasa Sanskrit yang ditulis dalam bahasa Arab, yang aslinya berasal dari kata Suvarna Dwipa pulau emas yakni Sumatera, yang merupakan sebahagian dari kawasan pentas Sunda. Maka melalui pendapat yang dikemukankan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, saya mula mengatur benang-benang untuk cuba mencari kebenaran yang mengatakan Nabi Adam turun di Nusantara. Sememangnya persoalan ini adalah amat membingungkan kerana tiadanya sebarang rekod sejarah mahupun nas-nas dari Al Quran yang menyatakan tempat dimana Nabi Adam turun di bumi. Namun sejak dari zaman Rasulullah lagi telah banyak cubaan dilakukan oleh ahli-ahli tafsir untuk memecahkan kebuntuan tersebut seperti yang kita dapat lihat dalam penulisan sebelum ini.




Selain daripada tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh Syeikh Yusuf Khalwati terdapat beberapa lagi tafsiran dari sumber-sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Cuma apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dan pandangan yang sedikit berbeza sahaja. Antara riwayat yang saya maksudkan adalah seperti;

·        Dari Qatadah ra, beliau berkata bahwa Allah swt meletakkan Baitullah (di bumi) bersama Nabi Adam as. Allah swt telah menurunkan Nabi Adam as di bumi dan tempat diturunkannya adalah di tanah AL HIND. Dan dalam keadaan kepalanya di langit dan kedua kakinya di bumi, lalu para malaikat sangat memuliakan Nabi Adam as, kemudian Nabi Adam as pelan-pelan berkuranglah tinggi beliau. (H.R. Musonif Abdur Razaq).

·         Dari Ibnu Abbas r.huma. telah berkata : “Sesungguhnya tempat pertama dimana Allah swt turunkan Nabi Adam as di bumi adalah di AL HIND”. (H.R.Hakim)

·         Dari Ali ra. Telah berkata: “Bumi yang paling wangi adalah tanah AL HIND, di sanalah Nabi Adam as. Diturunkan dan pohonnya tercipta dari wangi surga”. (Kanzul Ummal).

·         Dari Ibnu Abbas r.anhum. telah meriwayatkan Ali Bin Abi Thalib ra. Telah berkata: “Di bumi tanah yang paling wangi adalah tanah AL HIND (kerana) Nabi Adam as. telah diturunkan di AL HIND, maka pohon – pohon dari AL HIND telah melekat wangi-wangian dari surga.” (H.R.Hakim)

·         Dari Ibnu Abbas r.hum telah berkata bahwa Jarak antara Nabi Nuh as dengan hancurnya kaumnya adalah 300 tahun. Dari tungku api (tannur) di AL HIND telah keluar air dan kapalnya Nabi Nuh as. Berminggu-minggu mengelilingi Ka’bah. (H.R.Hakim) (riwayat ini penting kerana kita telah tahu bahawa Nabi Nuh berkemungkinan besar berasal dari Sundalan. Jadi AL HIND disini adalah Nusantara dan bukan India. Namun ini hanya teori yang masih banyak harus diperbaiki jadi seeloknya jangan kita ambil bulat-bulat kesimpulan ini.

·         Dari Abu Sa’id Al Khudri ra. mengatakan bahawa seorang raja dari AL HIND telah mengirimkan kepada Nabi saw. sebuah tembikar yang berisi halia. Lalu Nabi saw. memberi makan kepada sahabat – sahabatnya sepotong demi sepotong dan Nabi saw pun memberikan saya sepotong makanan dari     dalam tembikar itu. (H.R.Hakim)

·         Dari Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. telah menjanjikan kepada kami tentang perang yang akan terjadi di AL HIND. Jika saya menemui peperangan itu maka saya akan korbankan diri dan harta saya. Apabila saya terbunuh, maka saya akan menjadi salah satu syuhada yang paling baik dan jika saya kembali (dengan selamat) maka saya (Abu HUrairah ra.) adalah orang yang terbebas (dari neraka). (H.R. An Nasai)

·         Dari Ali Ra. berkata bahwa dua lembah yang paling baik dikalangan manusia adalah lembah yang ada di MEKKAH dan lembah yang ada di AL HIND, dimana Nabi Adam as. diturunkan. Di dalam lembah itu ada satu bau yang wangi, yang darinya bisa membuat kamu jadi wangi.

·         Dari Ibnu Abbas ra. meriyawatkan dari Nabi saw telah bersabda bahwa Sesungguhnya Nabi Adam as. telah pergi haji dari AL HIND ke Baitullah sebanyak seribu kali dengan berjalan kaki tanpa pernah naik kendaraan walau sekalipun.(H.R.Thabrani)

·         Dari Ubay bin Ka’ab ra. mengatakan: “Saya berkeinginan untuk keluar di jalan Allah ke AL HIND”. Ubay bin Ka’ab ra. bertanya kepada Hasan ra.: “Berilah saya nasihat!”. Hasan ra. berkata: “Muliakanlah perinta Allah dimanapun kamu berada maka Allah akan memuliakan kamu”. (H.R. Baihaqi fii Syu’bul iman)

·         Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu golongan yang berperang di AL HIND dan golongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu Adam yang berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang hebat. Kota di bawah laut dan di atas gunung. Tapi benua yang termaju itu terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan peristiwa perang besar. Pada era itu juga, mungkin bukan hanya ‘atlantis’ atau ‘lemuria’ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah lain yang hebat seperti ketamadunan ‘ramayana’ yang di sebut dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. Ternyata ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain .Apapun, kita tinggalkan tentang itu.Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera NUH yang besar, mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia Barat.


Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-manusia hybrid seperti Neanderthal dan homo sapien awal dihapuskan (atau mungkin di sembunyikan) sebab itu kita hanya jumpa rangka sahaja. Yang tinggal hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang di selamatkan. Bertebaranlah mereka membina kehidupan yang baru. Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air. Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah ‘Nusantara’. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh para dewa-dewi atau wali keramat pada era ADAM. Tetapi, sejak peninggalan NUH dan banjir besar, tanah ini kosong dan menunggu kepulangan penduduk asalnya. Tapi bilakah mereka itu akan pulang kepangkuan tanah ‘dewa’ ini? (peringatan kepada semua pembaca, bila saya sebut dewa bukan bermakna saya menyekutukan Allah tetapi ini merujuk kepada apa yang difahami oleh manusia zaman purba yakni manusia-manusia terpilih selain Nabi yang ada karamah atau ilmu yang tinggi sehingga disembah sebagai dewa samaada secara sengaja atau tidak sengaja). Bagi lebih memahami perihal ini kita akan lihat era-era berikut satu persatu dimulakan dengan era Adam.

ERA ADAM


“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA NAMA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Namun umatnya bukan sahaja terdiri dari keturunannya malahan termasuk golongan fallen Angel atau jin-jin, gergasi dan raksasa seperti yang ada diceritakan dalam Al Quran, serta makhluk pelik-pelik mungkin termasuk NAGA yang pada ketika itu bertebaran di muka bumi. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama seperti Nabi Syith dan anak cucunya yang lain. Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.


Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA   NAMA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Pewaris ILMU SEGALA NAMA ini di beri HAQ untuk mengurus bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI atau jika anda berasa kurang senang menggunakan konotasi tersebut boleh juga gunakan para WALI-WALI. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah, ini sudah tentu sebab itu para Malaikat sebelum Allah menjadikan Adam sudah dapat meneka bahawa anak cucunya akan membawa kerosakan. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa atau Wali-wali’ tapi tiada HAQ contohnya dalam kes Habil dan Qabel. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan mereka sendiri yang menjadi asas kepada perbezaan bangsa sekarang. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA seperti Qabel dan anak cucunya yang mendendami adik beradiknya yang lain. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, namun ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?! Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan yang pertama di bumi yaitu peperangan diantara puak Qabil dan puak anak-anak Adam yang salih yang diketuai oleh Nabi Syits, adik kepada Qabil. Qabil setelah membunuh Habil dikatakan telah melarikan diri ke Mesir atau Babil dan menetap dengan anak cucunya disitu. Keturunannya dinamakan Bani Qabil yang memulakan tamadun di lembah Nil dan seterusnya menjadi umat Nabi Idris. Diriwayatkan bahawa Allah swt menyeru Nabi Syits memerangi Qabil dan puaknya. Akhirnya Qabil berjaya ditangkap dan dihukum mati. Setelah dia mati anank-anak serta cucu Qabil menuntut mayat Qabil dan kemudiannya cuba untuk menanamnya. Namun sebelum mereka sempat menanam mayat Qabil Syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia telah menasihati mereka supaya menanam Qabil didalam batu berhablur yang dipahat sebagai keranda. Syaitan atau Iblis juga menasihati mereka supaya mayat itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik serta diawetkan dengan garam dan disertakan dengan barang-barang perhiasan dan makanan. Kemudian Iblis mengarahkan agar keranda batu itu diletak didalam sebuah binaan dan dipuja setiap setahun sekali dengan membawa makanan dan wangian. Maka bermulalah upacara menghormati si mati seperti mumia Mesir purba.( sumber Israeliat).




“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7: Surah : AL-A'RAAF


Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123.


“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” surah al-an’am ayat 165.

 
ERA  KETURUNAN ADAM


“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu 
temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94.


Pada era ADAM dan anak cucunya yang mengurus bumi, mereka di gelar DEWA-DEWI atau wali-wali. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di bumi?” Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”Allah boleh berkehendakkan apa sahaja untuk berlaku samaada ia menampakkan kelemahan mahupun kekuatan kerana Allah itu maha bijak dan maha mengetahui dari kita. Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, saya tegaskan mengenai sikap kita kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar? Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNYA DIA dalam memberi keizinan.


Berbalik perihal ILMU NAMA, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu. Dewa-dewi ini ada juga yang mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori atau cerita ceritun dari nenek moyang mereka ADAM yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.


Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia sebab mereka adalah anak cucu Adam juga, tetapi mereka ini golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka. Namun akhirnya manusia dari era selepasnya terkesan dengan karamah-karamah yang ada pada mereka ini sehinggakan patung-patung mereka dicanai dan disembah seperti tuhan. Lama kelamaan perbuatan menyembah berhala ini menjadi suatu agama yang universal dan merebak ke seluruh dunia. Maka muncul lah dewa dewi yang pelbagai nama antaranya Enki dan Enlil, Diana, Baal, Zeus, Hera,Vishnu, Rama, Brahma,Venus dan banyak lagi yang merupakan nama-nama para manusia yang mempunyai ilmu segala nama yang diwarisi dari datuk atau moyang mereka ADAM.

ERA NUH

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” surah al-an’am ayat 6.


Selepas beberapa siri peperangan dan kekejaman yang amat hebat, bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ orbitnya dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.Namun ini masih dalam konteks kontroversi sebab tiada maklumat dari sumber yang bertauliah yang boleh mengesahkannya.Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya shu meningkat pula, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.




Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini. Jika mengikut apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya. Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA NAMA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun. Maka memang benarlah NUH adalah ‘raja lautan’ dan waris NUH lah yang mewarisi ILMU SEGALA NAMA itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia barat, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.


Dari transformasi dan asimilasi di dalam kapal, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya, perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk atau mungkin terbang seperti manusia zaman Era ADAM. Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu?.Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ILMU SEGALA NAMA yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!


Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana). Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, Akkadian, Mesir dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja, bangsawan dan para pendita inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki bahtera NUH as itu tadi.




Bagaimana ini boleh terjadi? Di dalam bahtera NUH itu anak-anak NUH as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as? Wasiat Nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya Kembali Semula Ke Tanah Asal Mereka yakni Pentas Sundayang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.


Salah satu bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni Nusantara adalah Pentas Sunda tempat bermulanya pelayaran Nabi Nuh adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR. Selain itu, bukti lain adalah, kajian daripada Stephen Oppenheimer dan Prof Arysio Santos, serta Thomas suarez yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “Early Mapping of Southeast Asia: The Epic Story”. Dalam buku Eden in the East Oleh Stephen Oppenheimer ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NUH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia. PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi. Adakah ini kerja Hidden Hand?




Apakah anda dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda anda seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, Christpher Colombus menjumpai Amerika dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh Colombus itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan Para FIRAUNini.


DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepadaNUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘The Lost World’, ‘Solomon Mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini. Tapi, persoalannya, di sini tu bagaimana ? !Jika di kaji, di permukaan Tanah Nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti Sumeria, Mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh dikatakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah atau teknik rujuk silang seperti yang Cik Sri Selalu sebutkan.


“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat” ayat 33, surah ali-imran.


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke Pentas Sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya‘ahli rumah’ atau ‘ahlul bait’ ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan Arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan. Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang ‘ingat’ sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju‘THE PROMISED LAND’.

Hal ini di burukkan pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja dan wali agung pada zaman dulu kala seperti kisah raja Namrud yang merupakan Cicit Kepada Nabi Nuh sendiri yang lupa akan kekuasaan Allah dan mengatakan dia anak Allah. Beliau juga mewarisi Ilmu-ilmu para Nabi sepertiMatematik, Astronomi dan Sains malahan beliau orang pertama di dunia yang mencipta konsep jam, menit dan saat serta membahagikan 24 jam kepada satu hari. Beliau juga pakar pembina bangunan tinggi, jambatan dan saluran irigasi. Kesemua ilmu ini telah diwarisi dari nenek moyangnya yang merupakan orang soleh dan Nabi-Nabi seperti Nabi Idris dan Nuh. Namun akibat kesombongannya dia leka dan lupa akan Allah dan mengangkat dirinya sebagai tuhan.




Jelas disini bahawa wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’ atau wali. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. Kenapa harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.


Maka dapat saya simpulkan disini bahawa pencarian kita akan Tanah asal Nabi-Nabi terawal seperti Adam, Idris dan Nuh sudah semakin hampir. Walaupun saya tahu bahawa ada pihak yang kurang senang saya mengaitkan hal agama dalam penulisan saya namun hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan sumber adalah dari situ. Dari itu kita dapat memberikan rumusan bahawa Nabi Adam a.s berkemungkinan besar diturunkan di Nusantara. Hal ini adalah kerana perkataan AL HIND yang digunakan oleh orang Arab untuk memanggil benua India bukan khusus untuknya saja sebaliknya AL HIND adalah konotasi untuk melambangkan kawasan Pengaruh HinduTermasuk Asia Tenggara. Oleh sebab itulah ketika Khalifah Muawwiyah menulis surat balasan kepada Maharaja Srivijaya dia memanggil Maharaja tersebut sebagai PENGUASA AL HIND. Malah surat dari Srivijaya kepada Khalifah Umar Abdul Aziz juga dicatatkan sebagai surat dari seorang Maharaja Al Hind. Namun seperti yang kita ketahui Srivijaya bukan terletak di India bukan?


Tambahan lagi saya menemui buku sejarah tulisan pengkaji luar berbahasa Inggeris yang mengiyakan tanggapan saya bahawa Nusantara adalah Al Hind. Selain itu jika kita lihat pada panggilan orang-orang barat pada zaman penjelajahan terhadap Nusantara adalah THE EAST INDIES atau HINDIA TIMUR. Perhatikan perkataanHINDIA itu. Semua panggilan ini diperolehi daripada catatan awal pengembara Arab ke Nusantara seperti Ibnu Battutah dan Al Idrisi. Satu lagi perkara yang amat menarik bagi saya adalah mengenai Hadith dan riwayat yang telah saya paparkan di awal artikel ini tadi. Salah satu dari Hadith tersebut adalah mengenai peperangan yangbakal berlaku di Al Hind. Nabi Muhammad mengatakan bahawa sesiapa yang menyertai peperangan tersebut akan masuk syurga.



Selama beratus-ratus tahun orang Aceh berperang dengan orang-orang kafir harbi bersama konco-konco mereka di sekitar selat Melaka, bermula dengan Portugis dan berakhir dengan Belanda dan Indonesia. Sudah tentu peperangan yang sangat lama inilah yang di riwayatkan oleh Rasulullah Sallalahhualaihiwassalam.




 Seperti yang kita ketahui sememangnya banyak peperangan yang melibatkan orang Kafir Harbi dengan orang Islam sepanjang zaman di Nusantara ini. peperangan terbesar di Nusantara dan terawal tentulah diantara Portugis dengan Melaka, kemudian disusuli Portugis Dengan Aceh yang mengorbankan lebih dari 60 ribu orang Aceh serta banyak lagi peperangan diantara portugis dengan Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Malahan peperangan ini masih berterusan hingga kini iaitu diantara Pattani Dengan Thai dan Moro Dengan Kristian Filipina dan Aceh Dengan Indonesia. Saya pasti peperangan yang disebut Nabi Saw adalah peperangan-peperangan tersebut. Bukankah kesemua riwayat ini mengukuhkan lagi teori yang menyatakan bahawa Nabi Allah Adam itu diturunkan Allah di Nusantara dan membina tamadunnya disini bersama anak cucunya Nabi Syiths Dan Nuh. Tidak perlulah rasanya saya terangkan lagi apa signifiken hadiths yang mengatakan tentang kewujudan kayu wangi-wangian di Al Hind kerana Nusantara memang terkenal dengan kayu-kayuan tersebut seperti Gaharu, Cendana, Depu, Kayu Manis, Kemenyan dan lain-lain. sekian, wallah hu a’lam.



Era Nabi Adam A.S. (Bangsa Mim 2)


Sunday, June 24, 2012

Era Nabi Adam A.S. (Bangsa Mim 2)



“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” al-baqarah ayat 30

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!” al-baqarah ayat 31

Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang di pimpin oleh ADAM dan perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan ‘secret creation’ yang mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu ‘notis di langit’ di mana notis itu memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan merusuh dan membelot. Akibat takut dari ‘notis’ di langit itu, para malaikat mendatangi AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari ‘kemusnahan total’ di bumi lama.

AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali sebagai doa yang di makbulkan. Dia mendoakan sekalian malaikat akan tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari ‘pelancaran’ ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin terdiri dari sebahagian kecil malaikat dan penduduk langit yang terselamat dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk tunduk kepada ADAM.

Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di gelar ‘FALLEN ANGLE’. ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang mana akan menerajui bumi baru. sebelum di turunkan ke bumi, ADAM hidup tenang dengan isterinya HAWA di ‘syurga’. Hendak di jadikan musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini. Pada ketika itu, bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara makhluk-makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya sehingga penurunan ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala itu, bumi sudah di penuhi dengan flora dan fauna.

Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA. Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya menerajui alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar satu bangsa.

ERA ADAM

“Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah” Al-quran 19:10

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah. ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu, ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ untuk mengurus dunia secara bersama.

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; ‘ADAM mewariskan amanahNYA kepada keturunannya’.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ. Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru. Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi. Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat yang satu berpecah-pecah. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang ingin menjadi ‘dewa-dewa’ tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH SEGALA. Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni ‘CAHAYA/LIGHT’ yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan ‘GELAP/DARK’ yang mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu” Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak dengan cepat sehinggakan langit dan bumi di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap berlaku dan bumi baru telah di ‘bersihkan’ dan kehidupan baru kini bermula

ERA ADAM – ERA LIGHT and DARK

“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya” surah al- an’am ayat 123

“Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.”
surah al-an’am ayat 165

Daripada ‘hikmat’ chanelling saya yang ada, saya cuba ‘mengintai’ apa yang ada di sana. Daripada yang saya tahu,pada ketika itu, mereka berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi sebenarnya bukan. TELEPATI adalah ‘jurus’ komunikasi mengunakan otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati semata-mata. OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan sebagai ‘catalyst’ untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang, berjalan atas air, jadi pokok atau sebagainya.

Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, yang tidak boleh ini cemburu lantas menjadikan dunia fizikal sebagai ‘keajaiban’ mereka. Maka, terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS. Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang tinggi tanahnya. Ada yang menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya. Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan ‘penduduk’ zaman itu pun tidak berkomunikasi mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA atau LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
(http://www.travelblog.org)

Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk “EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY”. Dalam buku EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.

PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian. Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan, beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.

Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu, yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang mana mereka tiba-tiba mahu mencari ‘the lost world’. Akhirnya, CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai AMERIKA dan mengelarkannya itu sebagai ‘the lost world’. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.

DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-lepas seperti contoh, di mana ‘the lost world’, ‘solomon mine’, ‘asal keturunan FIRAUN’ dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.

Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana ? !
Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria, mesir dan sebagainya. Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki ‘mesin waktu’ dan kembali ‘hidup’ di ERA ADAM sehinggalah terjadinya pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan kepada anda. Saya hanya ‘tourist guide’ di dalam mesin waktu ini, dan anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu ‘lost’, sebab itu kena ‘gali’ kembali).

DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA

“katakanlah: “Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan ?” surah yunus ayat 34

“Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.” surah yunus ayat 94

Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada anda mengatakan “apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan pengurus di langit dan di bumi?”

Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan pada dia adalah “SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA, sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA”

Saya tahu, memang ramai yang belum ‘open-mind’ dalam hal sebegini, dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada tegaskan mengenai sikap muslim kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah, mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat mereka akan katakan ‘Jangan cabar Tuhan?”. Apaka Tuhan itu tercabar?.

Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA BESARNyA DIA dalam memberi keizinan.

Perkara paling penting di sini adalah;

1- DIA itu ‘laisa kamislihi syaiun’ (tidak menyerupai mana-mana pun baik kejadian atau khayalan)

2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan pun, kekuasaanNYA tetap tidak di jangkau)

3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA

Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu? Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah zaman di mana semua kejadian berlaku atas fizikal dan berdasarkan keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya berlaku andai manusia telah lupakanNYA.

Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya, sehingglah ‘hari pembersihan’ itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang ‘syurga’ di mana tempat asalnya ADAM dan HAWA.

Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol tertentu.

Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia. Mereka inilah di sebut sebagai ‘Serpent’ atau ‘shape-shifting’. Kepakaran mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan menjadi raja di ketamadunan lain.

Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya, era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjayamenyelamatkan segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga manusia akan tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di berikan kepada mereka. Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda muhammad s.a.w

Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda muhammad akan tetapi tidak lah berakhir ilmu mereka itu, bahkan di katakan mereka ada di kalangan kita…mereka inilah ada yang memanggilnya ‘wali-wali ALLAH’ yang hidupnya cukup panjang. wallahuaklam

PETA BERLAPIS DUA

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” al-baqarah ayat 29

“…Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya;
Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
surah al maidah ayat 17

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-naik daripada kedua alam ini. Meskipun demikian, tidak semua yang dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi. Saya pernah bermimpi tentang kayangan ini.Di dalam mimpi itu, saya melihat seolah-olah refleksi daripada permukaan bumi di langit sana. Agak tergaman ketika itu. Sungguh menakjubkan. Bagaimanapun, saya abaikan perihal mimpi itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM- takkan hilang di dunia ini.

Tanah Kayangan ketika itu cukup hampir sehinggakan boleh turun-naik tapi, akhirnya, tanah itu semakin jauh dan jauh. Hal ini boleh di kaitkan dengan hukum fizik -teori big bang, di mana, alam universe semakin menjauh. Saya ada menemubual dengan seorang tua yang agak hebat juga sufinya. Dia mengatakan, bintang-bintang di langit itu adalah perhiasannya dan dia menanya saya tentang definisi ‘hiasan’ yang telah di sebut dalam QURAN.

Maka, saya menyebut hiasan itu adalah dekorasi atau sesuatu untuk mencantikkan. Kemudiannya, beliau mengatakan itulah cahaya lampu-lampu di dunia kayangan. Saya terkejut seketika dan amat sukar untuk terjemahkan kata-kata itu. Biar apapun, bentuk kayangan, saya tahu bahawa terdapat komunikasi di antara dua alam ini.

Atau, kayangan itulah langit-langit yang di ciptakan oleh ALLAH yang di huni oleh penduduk langit sebagaimana yang telah kita ketahui selama ini. Biarapapun misterinya, yang pasti, di ‘atas’ sana terdapat penduduk sebagaimana kita juga di muka bumi ini.

ERA KEHANCURAN – PELAYARAN NUH

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu” surah al-an’am ayat 6

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, di khabarkan bahawa bumi ketika itu harus di ‘bersih’kan demi kesejahteraan ADAM – manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu daripadanya telah ‘lari’ dan menyebabkan gegelang bulan yang terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya, secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir besar.

Bahtera NUH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman ini.Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya.

Di atas bahtera itu, NUH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika di selidiki, NUH lah yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin sekali pun.

Persoalannya, besar manakah BAHTERA itu?
Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia mengatakan bahawa, besarnya bahtera noh itu adalah sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-bukit tempat bernaungnya haiwan-haiwan. Saya soal lagi, ‘apakah itu tanah yang terapung?’. Orang tua itu menjawab; “tidak. Ia adalah bahtera dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu kaum hasil dari transformsi UMAT YANG SATU itu.”

Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah NOH adalah ‘raja lautan’ dan waris NOHlah yang mewarisi ilmu segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat di sekitar Asia tengah, di mana, di sinilah bermulanya era ketamadunan baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kini yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan manusia dulu? Dari pengetahuan saya,perbezaannya adalah pada limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti manusia zaman Era ADAM.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NUH harus di tunaikan. APAKAH WASIAT NUH itu? Owh ya, tadi saya katakan tentang, wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu bukan?!

Definisi untuk bangsa ialah, suatu kumpulan manusia yang mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri wajah dan ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang berdarah di raja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat NUH. Bangsa itu adalah bangsa MIM…?!

Khamis, 4 Julai 2013

Legenda Nunuk Ragang Versi Abjad Sabah & Asal Muasal Dusun Ranau

 

kridet asal ABJAD SABAH  24 0kteber 2010

4 comments:

  1. masih kurang lagi ,maksud saya kurang perhidmatan awal betul ta
    Reply
  2. gaya penulisan kurang menarik..ANTARA BERIKUT MANAKAH YANG LEBIH DAHULU DI KENALI DI RANAU? DUSUN ATAU KADAZAN ?soalan x dijwb..
    Reply
  3. saya kagum dengan kesungguhan penulis ini dalam mencari asal-usul bangsa kadazandusun di Kota Ranau ini. bukannya mudah untuk mencari bahan2 cerita yang dipaparkan...cuma gaya penceritaannya mungkin boleh diperbaiki lagi dengan bahan bukti yang boleh difikirkan lebih menyakin kepada para pembaca.Apa jua anggapan orang dan apa jua bangsa keturunan kita sama ada kadazan, Dusun, Murut dan sebagainya..., bagi saya kita sebagai manusia adalah makhluk Allah dari keturunan Adam dan Hawa....
    Reply
  4. Saya bersyukur kerana ada orang Dusun Ranau yang bersungguh-sungguh mencari bahan2 asal usul orang dusun Ranau, teruskan usaha lagi.Dan saya berterima kasih banyak2 kerana boss gunakan "Peta" daerah Ranau hasil kerjaya saya semasa saya di Unit Kawalan Malaria Pejabat Kesihatan Ranau.Kawasan ini meliputi semua kampong dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Ranau termasuk beberapa kampong yang dulunya dibawah pentadbiran Beluran tetapi "Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Malaria dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Ranau dan sekarang kampong2 tersebut telahpun dipersetujui di masukkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Ranau.
    Reply

    * saya copy  penulisan ini kesini, kerana melihatkan ramainya yang telah melayarnya. walau pada asalnya seperti kata saya. saya hanya mahu menyumbang, biarpun bernada sumbang. dah ada lebih 2 ribu pelawat semasa saya cofy dari  Abjad Sabah catatan ini telah ada  lebih 2 ribu pelawat . Jadi bermakna bukan saya berkeseorangan terfikir tercari-cari dengan Asal Muasal bangsa sendiri. Anda dengan pengatahuan Anda dan saya dengan pengatahuan Sejarah bangsa Saya. Masing-masing cuba mengetangahkan KeAkuan Pengkisahan Metos.  Dan Tulislah mudahan dapat dikongsia bersama.


     Insyah Allah mudah- mudahan saya dikurniakan dan di Anugerahkan  kemudahan dan ruang waktu untuk mengolah dan menambah baik supaya rakan-rakan tidak lagi susah memahami atau terpaksa membuang masa mengeditnya jika berminat untuk  mahu diterbitkan semula. 

    1. Info yang sangat menari terutama zon-zon dalam daerah ranau. Namun begitu istilah maksud 'Ranau' oleh penulis sama sekali tersilap jika mengikut bahasa yang betul.

      Ranau bermaksud sawah padi (kata nama) manakala Ranahon pula merujuk kepada keluasan atau kawasan penanaman sawah padi dengan penembahan imbuhan -an di belakang perkataan (ranau + an = ranahon) dan bukannya ranau itu lumpur saya padi. Dari mana penulis mendapat maksud ranau itu ialah lumpur sawah padi???? Lumpur dalam bahasa Dusun ialah burutak, rana, ludtak (juga bermaksud bubur). Jadi Istilah daerah Ranau sempena nama sawah padi itu bagus dan tidak ada cacat celahnya cuma saja kefahaman penulis terhadap maksud ranau itu yang kurang tepat.

      Berkait dengan Istilah kadazan dan dusun, Kadazan sudah wujud dengan munculnya institusi bobolian/bobohizan di Penampang. Kadazan bermaksud orang atau 'the people', boleh rujuk rinait/chant tersebut yang mengandungi perkataan kadazan. Juga kadazan sudah pun wujud dalam rekod pada tahun 1924 oleh A.L Glossen dalam buku kamus yang dibuatnya. Juga pada tahun 1929 Owen Rutter menulis istilah kadazan ini merujuk kepada Dusun papar dalam bukunya Pagan of North Borneo. Kadazan yang disandarkan kepada kakadayan (kedai-kedai) adalah satu permainan politik antara USDA dan KCA pada tahun 1963 lagi, Pemimpin2 Dusun dengan mengejek dan mempermainkan istilah Kadazan ni untuk mendapatkan sokongan dari kelompok Dusun di Ranau, Tambunan dan keningau. Maka dengan itu wujudlah Kadazan ialah kekedayan/kakadayan. Bukti melalui bahasa pun kita tahu bahawa kenyataan Kadazan ialah kekedayan sudah tidak boleh digunakan. KAKADAYAN bermaksud deretan kedai (plural) yakni merujuk kepada kedai yang banyak,. KADAI pula merujuk kepada satu kedai (singular). Bagaimana kadazan boleh diertikan dengan kakadayan pula?

      Istilah Dusun adalah istilah yang diberikan oleh bangsa Brunei kepada org Dusun itu sendiri dan bukannya asal dari bahasa Dusun atau pun kadazan.

      Antara Dusun dan kadazan, kadazan adalah istilah asal dari bahasa Kadazan atau asli ada dalam bahasa Kadazan.
      Reply
    2. Sabah sudah mencapai kemerdekaan sebelum penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963. bukan merdeka melalui pembentukan Malaysia. Sabah beserta Sarawak, Singapore dan malaya membentuk malaysia
      Reply
    3. rinukut-rukut rina't simpuro'an nepe nga ewensei kawagu iso nestolgia... saya mau kasih cantik da'ah ini tajuk nga aiso kesiwatan. LPS yang kasi kenal padi di Sawah bah kan? Ranau sudah ada tapi lagob padi belum top. Awan. saya paham juga Burutak, rana orm lutak, tapi kami jarang guna istilah itu disawah. itu Kalau saa na natad sama sana ralan, sama n lelebuhen karabau sana tengah-tengah lagob


LEGENDA NUNUK RAGANG  DAN ASAL MUASAL DUSUN RANAU VERSI ABJAD SABAH





LATAR BELAKANG SAYA

Kecemburu melanda jiwa saya bila melihat kesibukan rakan-rakan sekerja yang kegelisahan dan gelabah mahu menyiapkan kerja-kerja kursus KDC mereka. walau pada diri  saya sebenarnya dah tiada hati pada bab untuk sambung-menyambung belajar ini. Kalau dah dipaksa ini adoi... lah. mansakit ne ulu.

Saya betul-betul respek lah dengan kawan-kawan ini. kerena mereka  masih ada kesanggupan dan berminat untuk menyambung pembelajaran, dah lah  ada keluarga...., dah ada rumah...., dah ada kereta.....,dan sedang bekerja. tidak serabut kah kepala otak? Duit belanja lebih mana nak cari?

Di mana lagi masa mereka mengurus  untuk diri? mengurus keluarga?  dan yang perlu ialah masa bila  menyiapkan kerja-kerja  kursus yang di berikan? tabik springlah aku.... orang bujang pun merungut apa lagi yang sudah berkeluarga ini.

Cerita pasal KDC ini, Dulu semasa saya bertugas sebagai Guru Sandaran Agama, Saya  tidak terpilih untuk ditawarkan masuk Kursus Dalam Cuti (KDC) kerana kepujian dalam mata pelajaran SPM tidak mencukupi. 5 kredit diperlukan sebagai kelayakan utama. Pandai-pandai tau calon Guru ini..

 Dan saya juga tidak pernah cuba untuk mengambil ulangan peperiksaan SPM  sebagi memperbaiki keputusan dalam sijil  ini,  alaaaaaaa....   kembali .pokoknya memang dasar orang malas la.kan? jangan kamu orang ikut aaaaaa.... padahal  ini pasal kerja.

Bolehkah dapat sarjana tanpa masuk atau menyertai mana-mana kelas ? kalau ada kasi tau saya...tapi saya tia mau yang kena jual ma.. Begini mungkin saya sanggup.  tapi kalau mau tolong saya....  cukuplah bah da'aah Kalau cerita dalam tulisan ini melayakan  saya dapat PHD sejarah.. kan?

Setelah sekian lama, peluang untuk ke KDC datang lagi. tapi ini diplatform yang berlainan sudah dan walaupun menghampir 20  tahun  meninggalkan Kerjaya GSTT. tapi  masalah dulu kembali lagi. masih masalah yang sama.  eeee SPM penulis masih di takok lama. Kredit tak cukup.

Jabatan dah ada bagi peluang untuk merayu... dan saya masih tidak tergerak-gerak hati.., mudah-mudahan suatu hari nanti terkabulah doa rakan-rakan yang inginkan dan mengharapkan saya pun akan menyertai mereka masuk KDC. depa dah tamat pun. tinggal kami beberapa orang. husssssss tamat peluanglah ini.

Dalam kesibukan mencela kawan-kawan.  yang ingau  mencari bahan kerja kursus KDC ini, saya pula   mendapat idea lain untuk sambungan dan memindahkan beberapa draf cerita  mengenai Mandur Sarip tapi dalam bentuk begini pula. biarpun Tak syok  macam  tambah-tambahan dari artikel lama yang telah diterbitkan.

Dan  memang ada dan sudah lama tersimpan di hati Saya ada terdetik untuk menulis mengenai Asal Muasal Bangsa yang di daftarakan dan dipanggil juga sebagai KADAZAN DUSUNMURUT ini. kerana apa yang saya baca jumpa dalam penulisan di blog2 dan forum2 hampir lebih kurang sama gaya dan cerita yang lebih kurang sama sahaja, atau dengan kata lebih mudah macam copy paste kerja orang lain. 

Jadi yang saya draf ini kira-kira sebagai  tambah-tambah saja. kerana apa yang saya rangkumkan ini dalam bentuk kumpulan analisis ringkas dari hayalan saya sendiri.

Mengenai Asal-Usul Orang Dusun Khususnya yang di Ranau . persembahan penulis ini sememang tidak bergaya dan ceritanya lebih sumbang sikit , TAPI asalkan MENYUMBANG. Belum ada kan? kalau ada pun hardcopy barangkali lah.

Tajuk ini memang berat , dah lah saya tiada pengalaman menulis, tiada sikul lagi... cuma kiranya saya masih menetap di Kg. Lohan 1,Ranau  rasanya Mudah dan boleh juga saya refres bahan-bahan cerita dari rakan-rakan,dan  ambil peluang rujuk dengan orang tua-tua yang masih ada.(hidup). dan boleh minta bimbingan dari orang-orang yang berpengalaman menulis.

Banyak cerita mulut yang Saya kelupaan sudah, saya pun tidak ada bahan bacaan kajian yang suai.  hanya petik celup salin dari ingatan dan dari pelayaraan pembacaan di internit. Jadi Maksudnya dan tujuannya penulisan ini,  hanya mahu menyumbang penulisan yang lebih panjang dari tulisan-tulisan yang pernah saya tulis terdahulu. Lagipun Blog ini ABJAD SABAH asalnya memperlihatkan pengambaraan Rohani PENULIS untuk ditatap oleh peminatnya Sahaja.

Jadi apa yang saya sentuh ini. harapan saya agar akan ada  generasi lain pula meneruskan mencari dan menulis yang lebih ada berfakta dan bersusun seperti jaurnel. Kalau yang umur  macam saya ini pun sudah tidak kenal dan mengatahui sejarah bangsa sendiri. tentulah berlebihan jadinya dengan mereka yang lebih muda dari saya. Bahasa pertuturan pun rojak campur dan dah ada yang enda pandai besakap Dusun bah.. contoh. ( siapa bakai yang aksident sana gambatan? ) kah... kah... kah.. apa sudah jadi? slangnya Tatap Bunyi Dusun. Tapi orang tua-tua sudah tidak mengerti.. Apa lagi Guru Bahasa Melayu pening kepala. dua-dua bahasa dirosakannya. Inilah Bahasa Bangsa Melenium Dusun.

Ketika penulis menyemak baca penulisan ini, rupanya dah terlebih berhari-hari dari yang biasa,  kerana kebiasaan tulisan lain yang ada, saya mampu disudahkan  nya hanya cuma semalam, esoknya boleh post. tiada masa edit.

macam catatan ini, sudah lama siap, tapi masih boleh ditambah-tambah, dan macam banyak benda yang perlu saya pisahkan dari cerita Asal. dan tokok tambah itu menjadikan draf ini mampu dipisahkan dari cerita Asal. tapi akan sentiasa memerlukan Pe Murni an yang berterusan mengikut masa, mengikut waktu. dan penemuan-penemuan terkini.

CATATAN INI TIDAK PERNAH AKAN LENGKAP  

KERANA cadangan belum di tutup... sentiasa dialu-alukan...  para ulasan, cadangan.... dan apa-apa sahaja untuk menjadikan catatan ini ada faedah kepada Genearsi mendatang. Kajian dan pencarian diteruskan.

bah.... alasan lah kan? padahal tidak pandai menyusun.  saya masih kekal dalam penceritaan merapu dan tidak terikat dengan tajuk asal. kerana asal ada idea melintas dikepala hantam sajalah. tulis lagi.dan tulis lagi asal catatan ini jadi panjang.

Dan semasa cuba-cuba menelaah catatan ini dihujung minggu. maka pertama kalinya juga saya menolak ajakan kawan-kawan di hujung di minggu untuk makan minum di luar Rumah bujang, menuju ketepian- tepian pantai dihembus angin pantai, menonton anak-anak kecil berteriakan berkejar-kejaran, berlusir-lusir bermain pasiran pantai. melihat anak-anak muda berpeleseran, membuang rasa boring penat berkerja selama seminggu.

 Orang bujang kononya memang banya masa terluang. Betulkah itu?   Labuan tempat saya mencari Reziki. tidaklah besar sangat Labuan ini. dalam sehari, biasanya  dua kali saya memusinginya. pagi dan petang lah. Jadi kalau hujung minggu tak tau dah nak kemana lagi? masa inilah yang paling menyesak jiwa.

Duduk kat Labuan ini member aku.. dari banyak Bangsa. saya tidak ada sifat perkauman,  dan mungkin hampir lupa dengan BANGSA sendiri. lagi pun semua bangsa aku boleh masuk....tara kisah  pun sama siapa bole  bergaul. kadang-kadang bangsa sendiri akan kata Betulkah kah kamu ini bangsa Dusun? 

Saya Menguasai Bahasa Dusun dengan Agak baik juga, demikian juga pertuturan lahjah melayu Utara. masih dapat membuatnya dengan baik.


Oleh kerana saya cadang nak siapkan tulisan ini untuk post bulanan kalau tak jadi untuk mingguan jadi untuk hujung minggu depan saya tidak joinlah mereka. kena ada post juga okteber.  eeeeee aku mat motor juga.. motor aku kecil RG Suzuki sport ja. ala... buruk-buruk jaa kerana saya tak minat tambah hiasan, membuang duit aja.. membanzir baik simpan untuk belanja kawin..

Teringat saya masa Dulu-dulu Mula pinjam pakai motor  Saudara Mara motor EX5.. untuk kegunaan berulang alik kerja. sedar diri hanya pinjam-pinjam.  biasalah kan gaji lambat.. jadi tahan-tahan dulu lah hati denger Bobok. Alhamdululah bila abang siapkan Part campur-campur maka terbinalah sebiji motor lasak macam skramler Yamaha 125 cc. mungkin macam Skramler suzuki pun ada. pinjamlah ini dulu tidak lah sangat cerewet. bila ada duit Gaji. saya membelilah Motor terpakai RXZ 5 sped. Alhamdulillah dapat up gred pigi kawasaki Jazz 150 tapi bila jadi pengangur saya tukar suka sama suka dengan RG sport  5 sped limeted  yang ada sampai sekarang biarpun buruk-buruk suda.

Bila saya mula merangka penulisan ini, saya mula merasakan sesuatu yang lain dari kebiasaan, kadang-kadang terlupa makan minum, tak sedar hari telah siang dan siang sudah berganti malam. nak tidur pun masih terbayang-bayang . macam orang putus cinta la pula, tapi memang,… Mengurat dah terabai…. but I still luving you… time ini masih bujang. jadi tidak lah ingau sangat. apa-apa. lapar tu.. ada MAGGI yang sedap di makan... siap dalam 2 minit.

Saya bersekolah setakat tingkatan lima,  SPM Bahasa Melayu pun kata orang cukup-cukup makan saja. inilah bukti saya bukan Melaya. jadi Bahasa Melayu kurang  ngamlah  tulisan saya  hanya  bertaraf  kaki lima. saya Manalah pandai buat penulisan setarap  bertaraf sijil.. Yang saya tulis dan sambungkan ini pun hanya bertaraf Setakat cerita kadai kopi.

 Orang yang biasa buat kerja kursus tentu tersenyum atau mungkin tertawa melihat hasil penulisan seumpama ini. saya sendiri pun bila membaca kembali catatan ini terasa tidak  kefahaman  apa sebenarnya yang dimaksudkan dan apa sebenarnya yang perlu di sampaikan dalam  tulisan ini  sendiri menulisan sendiri tidak pandai..

Pengalaman saya mencatat menulis mengenai Mandur Sarip, yang telah mendapat komen dari Pembaca maka bertambahlah semangat saya untuk cuba meneroka cerita yang lebih mencabar. Cuma suka saya ingatkan juga, tolonglah buang rasa TAKSUB ketika membanding beza cerita yang saya akan hidangkan ini.kalau tidak suka. silakan berhenti membaca. buat apa ambil tahu.dan  membuang masa membaca di sini.

Rasanya tidak susah untuk cuba memahami apa sebenar yang ingin saya sampaikan, semuanya adalah cerita kadai kopi dan tak berjual pun, freee bah.

Bila melihat-lihat  untuk draf ini, saya merasakan catatan untuk Mandur Sharif  berpontesi untuk di Asingkan. jadi mulalah saya buangkan catatan yang sesuai untuk tajuk Catatan Mandur Sharif tersebut, untuk saya pisahkan dari catatan Asal muasal dusun ranau ini

Untuk Asal Muasal Dusun Ranau dan catatan Mandur Sharif ini walaupun mengambil masa yang berterusan untuk saya pisahkan. maklumlah belanja untuk oneline ini boleh tahan juga.  tetapi oleh kerana menyedari kedua topik ini jarang disentuh secara terperinci. Jadi saya cuba untuk mendahului supaya dapat mengoncang idea dari pihak lain dan sumber lain. Agar muda-mudahan kedua-dua catatan tersebut mendatangkan cerita yang lebih menarik.

Setalah catatan Asal Muasal Dusun Ranau ini dan kini setelah dipost tiga tahun lalu, Di Blog Abjad Sabah saya tidaklah menyangka pula masih ada pontesi untuk dipanjangkan lagi. Kebiasaannya tulisan saya hanya mahu menimbulkan persoalan dan menghidangkan apa dari ketemberangan diri  sendiri, keterangan lengkap dan adanya  sumber tidak penulis sertakan, mungkin betul dan mungkin salah. supaya mungkin nanti ada Generasi lain yang lebih berminat untuk cuba menyelasaikanya dan menghuraikanya dalam peringkat sarjana atau ke Doktor an.

Dan semestinya dalam penulisan ini bukan lah jadi iktikad dan fahaman penulis semata-mata. Jauh sekali untuk pula menyentuh senseviti,sifat atau kelakuan mana-mana suku kaum, bangsa, tempat atau individu melainkan namanya disertakan sebagai Bahan rujukan dan renungan bersama.

Di sababkan artikel ini bukan penulisan untuk peringkat sarjana, Master atau PHD. jadi cukuplah, bahan yang penulis sumbangkan kebanyakanya dalam bentuk taklid (pemerengeb-rengeb no di tangen-tangen) dari pencarian bahan-bahan yang tercatat  dari internet .

walaupun memang ada juga  di campur-campur dengan ingatan cerita dari mulut ke mulut oleh orang-orang tua, dan semestinya dari penulis talfiq pada sumber bacaan internit,dan dari hayalan diri sendiri  dan juga cerita saya sendiri berdasarkan pengalaman makna dan metos setempat.

Sebagai Genarasi Ke-4 atau Ke-5. Kolompokan SARAYO. sememangnya saya akui semakin sukar untuk menemui cerita mulut ke mulut yang Masih ASLI. Untuk satu Pengkisahan sesuatu tamadun Bangsa Asal Muasal Dusun Ranau yang telah ratusan tahun berlalu.

Sekitar 1994 Selasai saya menghadapi Sijil Tinggi Agama STA di Madrasah At-Tahzib Titi Serong Parit Buntar Perak, Saya berpeluang menyambung pengajian ke Timur Tengah. dan orang kuat yang sering memberi dorongan kepada saya ialah Ustaz Mansur. Beliau tersangat kasih dengan para pelajarnya terutama pelajar dari Sabah. walaupun Ustaz ini Berbangsa BANJAR dan mejoriti pelajar adalah orang BANJAR. tapi Ustaz Mansur kasihnya tidak berpilih.

Lima tahun lebih saya bergurukan Kebanyakannya  Terdiri Ustaz-Ustaz Banjar dan Saya juga berkesempatan bergaul dengan Rakan pelajar dari bangsa Banjar jadi tahulah saya sedikit asas sosio budidaya dan pertuturan bangsa Banjar. tapi itulah kelemahan saya tidak mampu menguasai bahasa bangsa lain. 

Saya juga bersempatan serumah dengan orang Putih,. orang Kampuciah, orang Loes, dan pernah ada kawan baik dari bangsa India Muslim. Juga pernah sesama sesekolah dengan orang Iranun, bajau,  bugis, dll. yang tidak dilupa aweks yang mengurat saya pun cantik gadis cina. tidak reti menyimpan bahasa saya ini.

Oleh kerana saya memang berasal dari keluarga yang hanya mampu untuk hidup. macam mana hendak Menyambung ke Tahap U.   ke Al- Azhar  tanpa sumber yang kukuh. Saya akhirnya memilih untuk balik kampong sahaja lah, memang pasang niat di hati  cari kerjalah dulu, bila dah sah jawatan nanti, boleh  lah sambung lagi belajar, dengar cerita akan ada kelebihan boleh dapat separuh gaji atau mohon biasiwa kerajaaan, maklumlah saya ini hanya orang kampong, tak ada belanja nak sekolah-sekolah, itu saja idea yang ada,untuk menyambung pelajaran kelak.

PENGALAMAN HIDUP MENCARI NAFKAH

Cari punya cari.....,penulis  tak dapat-dapat  pula sebarang perkerjaan. Teruslah penulis Jadi orang kampong kais pagi makan lusa. lama sangat menanan Anggur  kata orang masa itu. Rakan-rakan saya yang berjaya menyambung pelajaran ke Mesir atau ke Timur Tengah, satu demi satu sudah kembali balik ke Tanah Air, membawa segulung ijazah dan mendapat pula pekerjaan yang baik-baik.dah berkereta besar....

penulis pula masih bergelumung dengan segala macam bentuk perkerjan, hantam sahajalah labu.. apa-apa kerja semata-mata untuk melanjutkan kelangsungan kehidupan harian. jangan memilih kerja yang ada income yang 100% HALAL. apa mau malu-malu  pungut sampah kalau itulah pekerjaannya. P):

Pengalaman cari kerja dan pengalam berkerja!!!  Boleh tahan. cuma tidak tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai kemahiran.Dalam kelangsungan mencari kehidupan ini,  saya kongsikan pengalaman kepernahan keterlibatan dalam parti  politik, mulanya saya tidak minat politik-politik ini. pok mau kena janji kerja bah...

Temuduga sana sini, Yang Ada kabel orang kenamaan juga yang menang. Susah betul orang Dusun mendapat kerja di sesetangah jabatan terpilih Di Sabah ini. Salahkah saya lahir dari etnik Dusun? tiada kebel kuat orang Dusun bah. 

Mana ada YB Dusun yang  menyusun Stratgi untuk Bangsanya. Menyusun Kroni adalah..

Saya remaja pada masa kegemilangan PBS, Ayah saya suka dengan PBS sehingga pernah menjadi Pengerusi satu cawangan. walau dilemperkan dengan kata nesta masyarakat kampong Arwah Bapa saya Estadya Aja. Kata Salah seorang Rakan SePejuangnya masa itu Cikgu Pius (Kg.Perancangan).

 Semasa belajar Agama Di Malaya saya pernah terdedah dengan Semangat 46. dan sepatutnya saya lebih cenderung kepada Pejuangan  PAS. kerana kebanyakan Ustaz- Ustazah yang pernah mengajar saya ada penglibatan Dalam PAS. tapi itulah minat belum ada... dan saya memilih jalan yang lebih menyeronokan saya. Adakah diorang  ini berpolitik ketika mengajar? pi siasat sendiri laaaaaa baru puas ati jawapannya.

Fahaman politik saya mudah. saya tidak cenderung mana-mana politikal sebab pada saya politiking lah menambah ketegangan kaum dan ketegangan KeBer Agama An yang akan menjurus kepada keadaan tidak  terkawal 

Dan saya umpamakan seperti Pembaka Sabung. jika ada ayam muda yang tunjuk taring habis dirosaknya. berbakat atau tidak,  peluang tidak diberi, Bila Pembaka pencen nak mampus. calon pengganti yang ada pula  cap Kuali. 

Dalam keberusahaan mencari perkerjaan ini. maka  pernahlah juga saya  terlibat dalam berparti politik. kisah ini  ketika menolong dan tolong berkempen dalam percubaan Perebutan Jawatan Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Kinabalu antara Bekas adun Kundasang ( dari PBS) EN Karim Adam (Kalah) yang akan menentang penyandang ketua PBRS Kinabalu pada masa itu En Arimin. orang kaya langsat.

Mesti Penulis pun sekurang-kurangnya Ketua Pemuda Cawangan Kan? dan sayalah yang membaca lafaz doa dalam persidangan ini. yang berlangsung di tokong cina bersebelahan Dewan Serba Guna Ranau.

 kisah ini kononya Cerita ketika  percubaan Datok DR Jefri kintingan menentang Datok Sri Josip kurup sebagai persiden Parti Bersatu Rakyat Sabah. (akhirnya  Datok Dr Jeffery di pecat dari parti sebelum masa pertandingan ).

Keterlibatan Saya dalam hal ehwak Politikal PBRS Ranau ini adalah oleh kerana perlawan oleh seorang kerabat ahli keluarga   iaitu 1.En. Ajimin Rusidi  yang juga aan  bertanding sebagai Ahli jawatan kuasa bahagian PBRS Kinabalu ( kalah). Dalam kumpulan yang di sertai oleh Saya di Ketuai Oleh En Karim Adam yang akan menentang Penyandang Ketua Bahagian iaitu En. Arimin.

walaupun saya ada keahlian Parti UMNO yang sah. tak menjadi masalah untuk berkhidmat dengan parti lain. kan? Keseronokan saya berada dalam satu Pihak ketika perebutan Ketua Pemuda Bahagian Kinabalu Antara En. Junaidi dengan En Jalil nex ceritalah..

MengHampir hari Pemilihan PBRS ini, saya dan rakan-rakan ada kebebasan keluar masuk di rumah EN. Karim Adam di kampong Bundu Tuhan Ranau. istilah politik dikurung lah itu. kami juga sempat dibawa mendengar Amanat En Dr Jefry Kintingan di Pusat Peranginan Batu 2.

Tidak disangka pula oleh saya bahasa pengantara yang digunakan oleh En Jefry ialah Melayu. tapi penulis sempat mendengar kelancaran bahsa Dusun yang digunakan oleh En Jefry ketika menyapa hadirin di meja hidangan. ingat saya tidak pandai cakap Dusun Kah? saya Tidak menyangka Bijak Pandai ini pun Agak Rendah dan kecil Juga tubuh badannya.

Sesuatu yang saya temui  ketika berada dalam rumah EN Karim Adam ini, adalah para tetamu yang keluar masuk dalam rumah akan mengucapkan salam keagaman orang islam tanpa segan silu. salamualiakum. aikkk... Nasiblah penulis bukannya jenis ortodok.

EN. Karim Adam sebanarnya NON Muslim. namanya memang membawa keliru. dan juga pada mulanya Penulis merasakan berKemungkinan lah para tetamu yang mengucap salam ini adalah beragama islam juga, Kerana biasanya pada situasi seperti ini dan pada majlis-majlis perkhawinan keluarga bukan islam, orang yang datang menolong menyediakan masakan sajian makanan adalah dari keluarga yang beragama Islam

ps.( Cuma dari penulis macam mana pula peralatan memasak ini, disediakan oleh siapa?)

Penulis Kurang pastilah kalau para pengunjung (penyokong bekas YB) Rumah En. Karim Adam ini mengenali  atau tidak saya sebagai Ustaz. dan penulis pun sudah tidak ingat adakah saya ada makan atau minum ketika berada didalam rumah En Karim ini.

Dalam kumpulan kami ini  ada lagi 2.En. Nasirin (Kalah) yang cuba bertanding sebagai timbalan ketua Pemuda yang akan Melawan  Artis Lagu Dusun En. Jahamin Akul.

Seorang lagi rakan muslim dalam Team  ini, ialah seorang yang dahulunya memang orang kuat dan penyokong Parti USNO sebelum USNO dibubarkan, beliau juga pada asalnya pengikut dan penyokong kuat EN. Arimin ( orang kaya di Kg. Langsat) , entah kenapa tiba-tiba jadi juga En Manjid ini  penentang kuat kepada En Arimin.,

Rumah En. Manjid Ketika itu berbetulan dan berdekatan Simpang (roundabaut) berpisah antara Jalan menuju Ke Kg. Napong Ranau,dengan Jalan yang menuju Ke Kg. Namaus Bengkud Ranau. Saya pun sudah bertahun-tahun tidak melalui kawasan tersebut, last jadi GSTT di SK Perancangan  jun 1999.

Orang cerita jalan tersebut telah di naik tarap. bukit netunu juga telah dipotong  cantik sudah jalan rayanya. persimpangan simpang tersebut telah terbena satu roundabout.dan pada masa kini banyak bangunan gerai telah berdiri beroperasi di kawasan sekitarnya. malangnya siapakah pengusaha gerai-gerai ini? agak memilukan bila mendengar cerita. * untuk makluman Penulis tidak tahu di mana sudah rumah En. Manjdi sekarang.

Ketika berada di rumah En. Karim Adam ini. En Manjid sempat mengkaisahkan beberapa  cerita kepada penulis antaranya berkaitan dari hal – ehwal penubuhan parti UNKO (ogos 1961) dan UPKO (mei 1964).Menurut En. Manjid perkatan Kadazan dan Dusun didaftarkan oleh suruhanjaya pungutan suara (Lord Cobbold) sebagai bangsa dan bahasa ketika pungutan suara ke arah kemerdekaan dan Pengabungan Sabah Dengan Semananjung Tanah Malayu( Malayan Union.)

Menurut En. Manjid ,Perkataan Kadazan berasal dari kata ( kekadaian) yang bermaksud kawasan kedai-kedai, bila mana suruhanjaya itu bertanya kamu dari mana? Oleh kerana lahzah (logahat) orang dari kekedaian ini,menyebut perkatan kekedaian, kedengaran oleh suruhanjaya sebagai berbunyi kekadzan   (kadazan.)

Manakala orang yang berasal dari bukit,yang biasanya berbuat tanaman atau yang berkerja di ladang getah milik olonial British, menjawab kepada pertanyaaan suruhanjaya tersebut.  Mereka menjawab sebagai berasal dari kekebunan Maka tidak lain dan tidak bukan suruhanjaya ini pun meletakan oh kamu dari Dusun (Bukit) @ Kekebunan . Maka jadilah Dusun sebagai pengenalan mereka pula.

Maka oleh itu berdasarkan seperti di amalkan di Negara-Negara yang terdahulu ada pilihan raya. Nama PARTI untuk sebagai platfrom perjuangan bergantung pada kecenderungannya. Maka di sarankan oleh Suruhanjaya tersebut PASOKMEMEGUN (januari 1962 ( asalnya untuk tiong hua))  untuk golongan Bangsawan peniaga sebagai wakil dari kekadaian ( KADAZAN ). Dan suruhanjaya menyarankan pula UNKO sebagai pejuang golongan petani (Dusun).

Oleh kerana perkiraan tersebut, Bukan setakat Pakcik Manjid yang saya pernah dengar Pengkisahan ini. Jadi saya ini dengan Lebih Kurang  mengambil dan berpendirian KADAZAN dan DUSUN itu bukan SATU BANGSA, dan bukan  BAHASA ianya hanya tidak lebih kepada logictik dan Hanya cuma telah dinamakan oleh dan pada masa Suruhanjaya ( pungutan suara ) cabbole tersebut. terutama ketika membuat Tintikad (ID) KP KERAKYATAN NEGARA SABAH.

Atau penamaan oleh Penjajah Istilah " Dusun " telah digunakan oleh orang Eropah , yang, pada abad kesembilan belas, pakai penggunaan bahasa Melayu basahan , dusun Orang ( rakyat kebun ) sebagai istilah rujukan standard. Kesusasteraan etnologi baru-baru ini merujuk kepada penduduk ini sebagai " Dusun " atau telah dikumpulkan budaya dengan entiti yang lebih besar terutamanya , Idäan , Kadazan , Kalamantan , Kiaus , Piasau Id'an , Saghais , Sipulotes , Sundayak ,
Tambunwhas ( Tambunaus ), Tuhun Ngaavi , untuk menamakan beberapa. Hari ini, ramai Dusun melihat nama " Dusun " sebagai warisan penguasaan penjajah Eropah dan sebagai pengenalan etnik mencaci yang diskaun sejarah yang panjang budaya dan pengetahuan.
Dusun biasanya telah diiktiraf perbezaan di antara mereka melalui penggunaan jawatan geografi (contohnya, Tambunan , Penampang, Tempassuk , dan lain-lain ) dan atas dasar aktiviti sara hidup dominan.
- Owen Rutter. na.... Kan orang Putih yang bagi Gelaran sembarangan sahaja


North Borneo Native Population 1920
By Owen Rutter
"British North Borneo - An Account of its History, Resources and Native Tribes"
CHAPTER III - NATIVE POPULATION
Even with these groups it is not always easy to know where one begins and another ends. In the old books the Dusuns are usually referred to as Id'aan, but this name is never heard now, though the collective name Dusun is not usually applied by the people to themselves, and was probably originated by the Bajaus. Dusun in Malay means "orchard," so that orang Dusun would mean "men of the orchards," farmers. Save in rather exceptional cases where part of the tribe has a distinctive and collective name (such as Rungus or Tambunwha), a Dusun normally calls himself by the name of his district or even of his village. His only ideas about the origin of his race are fantastic stories, but it has often been suggested that the Dusuns are descendants of Chinese who settled in  the country long ago, are in fact of Chinese origin. This is a theory which must be accepted with great reserve. There is no question that for the past twelve centuries Chinese intercoiuse with Borneo has been fairly regular, and it only waned when the power of the pirates waxed too powerful in the seventeenth century. It is not difficult to point to Chinese traces among the west coast Dusuns, especially among those of Putatan and Bundu : their old jars, often ornamented with dragons ; their gongs, their brass-wire ornaments, and, most of all, their system of wet rice cultivation, which is purely Chinese. Some of the more remote Putatan people wear their hair in short pig-tails and occasionally a strong Chinese cast of countenance is found, especially among the Bundu Dusuns, who are fairer than their neighbours. Writing of seventy years ago, St. John mentions (Life in the forest of Far East, vol. i, p.311)







JADI APAKAH GERANGANYA BAHASA DAN BANGSA KITA YANG SEBETULNYA?

Oleh kerana berbetulan dengan cerita Arwah Tok Ayah Tasik (Cikgu Saidin) Pulau Pinang. suatu ketika dahulu, yang tidak mengiyakan penyataan Saya bahawa penulis dari bangsa Dusun,  malahahan Arwah Tok Ayah menyatakan bahawa Bangsa Dusun itu tidak ada, Arwah juga ada nyatkan  Dusun maksudnya perkebunan. (siapa Arwah Cikgu Saidin sehingga sangat berpangaruh dengan penulis? Apa macam  selindang merah?SELIMPANG MERAH  ada Versi kah? cecita 13 Mei...)


Arwah Cikgu Saidin lebih suka  jika penulis  nyatakan bahawa Bangsa Penulis sendiri  ialah BUGIS.  Jadi sini saya Nyatakan saya Bugis yang bertutur bahasa Dusun. penulis telah dilupakan dari segi mana punca Arwah menyarankan demikian. Penulis juga telah dilupakan tentang Bangsa Tok Ayah ini. hanya yang ada dalam ingatan penulis. Isteri atau orang Rumah Tok Ayah Tasik ini berasal dari dari Bangsa JAWA.

Salahkah Penulis kalau Nyatakan Bangsa Dusun  ini patut mengaku dari suku Berbangsa BUGIS. oh kawan jangan marah dulu... baca sampai abis... saya juga masih ingat isi pelajaran sejarah malaysia bab pelayaran Daeng berlima. Mereka  lanun kan? 

Ala.. La Sulu pun apa kurangnya.. Orang Dulu-dulu kata Mat Salleh itu menghasut orang tampatan untuk membantunya menentang kompeni Orang Putih. Pasal Apa orang Tampatan Mau Bantu? Mat Salleh ini siapa? dan  orang tampatan yang membantu Mat Salleh ini ketegori Apa? ala..laa Bosss.. Jangan lupa, menurut Sejarah, Orang Dusun pula yang tau kelemahan Si Mat Salleh itu.

Pahlawan Pak Musa  Paitan itu pun orang kata Suku Sungai (sagame) tapi saya minat kata beliau pengembara pedagang dari Jawa yang sama terjejas dengan kedatangan BNCC 

Keluarga penulis Bugis lah! kan?  Jauh dalam naluri diri memang merasakan adanya kebenaranya. Kalau Bugis macam mana membuktikan? Kalau bangsa Dusun pun. lagi-lagi lah payah juga nak buktikan. adakah dengan mengaku dan dapat bertutur dalam dailek DUSUN sahaja atomitik jadi bangsa Dusun. Kalau boleh buktikan juga secara Genatik dan rangkaian DNA.

kajian DNA ini saya tidak asas langsung. menipu atau benar sama saja kalau saya. tapi saya masih tertanya-tanya DNA orang Dusun Sabah yang Paling Tua ditemui dan di mana? kalau Asal cina tentu ada kodnya macam etnik HAN atau Etnik MING bukan berteraskan Suku dialek pertuturan seperti HAKKA, KANTONIS DLL 

Saya sebenarnya tidak tertarik pada penentuan atau penjenamaan sesuatu suku bangsa. Kerana ianya akan menjadikan kita lebih bersifat ASABIAH  ( perkauman ) pada bangsa. Untuk Bab ini Saya dengan ini berlepas diri dari apa jua perjudis dan rasis atau barang yang seumpamanya. kerana kita sedari kesemua punca peperangan dan pergaduhan di seluruh muka bumi pada masa ini, adalah berhasil dari hal yang berkaitan dengan suku bangsa (Asabiah) perkauman, inilah yang telah di terapkan oleh penjajah kepada mana-mana tanah jajahanya. 

Bab Etnik ini dicipta untuk mudah memperlaga-lagakan sesama rakyat jelata, sepertuturan, sewarna dan senegara. mudah kata memudahkan startigi kerja perang saraf PECAH PERINTAH. kalau yakin semua manusia ini berasal dari Adam maka maksudnya tidak ada bezanya etnik bangsa atau negara. semuanya hanya lokaliti untuk mudah menentukan siapa dan di mana. semuanya bersaudara walau berbeza Fahaman Agama Anutan. 

Melainkan mereka-mereka yang terpangaruh dengan hasutan dan tipu daya iblis maka hilanglah rasa persaudaraan dari satu ketururanan berasal dari Adam.

Jadi penulis lebih terbuka dalam pergaulan dan penentuan bangsa atau pegangan Agama, hormat dan menghormatilah ,kasih mengasihi kasih sayang sesama manusia. Kehidupan beragama lebih diberi keutamaan. you Muslim.. you buddah... you Hindu... Roman... SIB peganglah Agama, jangan pada Bangsa kerana  Keagamaan yang mengikat kita. dan inilah  yang seharusnya akan memula dari dalam rumah sendiri. agar nanti jangan tersalah masuk rumah orang lain,apa tah lagi mencoroboh rumah orang lain.

BAHAN BACAAN YANG MEMPENGARUHI SAYA

Setakat ini penulis masih ingat isi buku ini  HIKAYAT DATUK MERPATI ( buku ini berjual,) Cuma dalam pautan ini penulis ingin pamerkan nama pengarangnya openlibrary.org/works/OL4266201W/Hikayat_Datuk_Merpati - Cached
tidak taulah cerita ini bertaraf mitos atau pengkisahan tapi rasanya sangat berguna jika ingin memahami pemikiran Penulis. dan you all tidak akan memandang Polo atau porto

Sinopsis cerita Datuk Merpati ini anak Raja Jawa yang mengembara mencari kehendak hati, belayar Singgah di sulawasi dan pernah mendarat di persisiran pantai bermula di Tawau seterusnya membina kerajaan di Labuan. membantu berperang Melawan orang kuning, akhirnya berjaya Menawan Raja kerajaan kuching iaitu Abang kandung nya sendiri, Terkedu baginda melawan saudara kandung. begitulah barangkali di rasa Datuk Merpati ingatkan mungkin sampai di Eropah sudah. padahal baru terpusing Porne. (Roti Manis/ Merajuk)


Dari pembacaan penulis pada buku-buku DR HM Tuah Iskandar, beliau pun sering mengulang-ulang isi cerita pada setiap buku-Bukunya, jadi penulis pun tidak kisahlah dengan isi penceritaan dari penulisan yang lepas-lepas masih terkandung dalam penulisan ini. dan adanya catatan yang tidak sepatutnya tercatat di sini.

 Kadang-kadang bila terbaca tulisan lama, memang akan datang pula   idea baru untuk penambahan maklumat penceritaan  untuk topic yang telah lepas itu.  tapi, memang tidak seronok sudah untuk hendak menambah dan mengedit bahan-bahan tersebut. tapi demikianlah yang berlaku sentiasa ada penambah baikan.


Penulis Sebagai Penganut Agama Islam. dalam pencarian suku bangsa...  Suku kaum, bahasa bangsa, bahasa kaum ini, Adalah lebih baiknya bagi penulis mulakan dengan Pengkisahan Dari perpesktip Agama Islam itu sendiri.

Agama Islam di turunkan Kepada Nabi Muhammad S.a.w. Sebagai Nabi terakhir yang mana juga, Ajaran Agama yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w  ini Memansukan/ menidakan  semua ajaran Agama Hanif. Agama Samawi atau mana-mana Agama yang pernah di turunkan di Muka Bumi ini, dari Nabi-nabi yang telah diturunkan sebelumnya. iaitu dari Nabi Adam as hinggalah kepada  Nabi Isa as.

Orang Islam yakin dan wajib percaya Manusia pertama di cipta dan diturunkan ke muka bumi ini sebagai Khalifah ialah Nabi Adam as, Beliau adalah  lelaki pertama  dan Bapa Pertama. Tidak berbapa dan tidak Ber Ibu, Nabi yang pertama diutuskan kepada anak keturunannya sendiri ( ada juga penceritaan yang mengisahkan Al-Basyar dan Al-Insan adalah bangsa Manusia Sebelum Adam as yang pernah berada di muka bumi ini.)

Sesungguhnya sebagai Orang Islam. kita wajib   Menolak kepercayaan Teori Barat yang beranggapan manusia ini berasal dari evolosi kaum Spesis MONYET. Ajaran Islam hanya bolah menerima kemungkinan kaum monyet ini pernah menjadi kalifah di Muka Bumi,  sebelum di turunkan jasad Nabi Adam as. ke alam Dunia ini.

Selepas semua makhluk telah habis bergilir pernah mentadbir bumi mengikut jumlah perkiraan masa tahun masing-masing, maka tiba pula giliran Manusia (Adam) yang akan menjadi kalifah di muka bumi, perkhabaran Allah swt akan menciptakan makhluk sebagai khalifah terakhir di muka bumi.  mendorong mengundang rasa tidak senang (Raja Syurga dan Raja di Bumi iaitu Azazil)  yang akhirnya melahirkan keturunan Puak iblis laknatullah. yang menganggu Manusia.

Azazil ini berusaha menganggu penciptaan Adam ini. Lalu cuba menggunakan malaikat untuk menyanggah kehendak Allah swt.  sila rujuk Al-Quran surah ke 2 ayat 30.

Ketika Allah swt hendek menzahirkan lembaga Jasad Adam ,lalu Allah swt bersabda kepada malaikat Jibrail as untuk mengambil tanah di muka bumi untuk di buat jasad lembaga Nabi Adam as. Oleh kerana sumpahan bumi , malaikat jibrail kembali tanpa membawa tanah tersebut, lalu Allah swt bersabda kepada satu demi satu para malaikat hinggalah tiba giliran Malaikat Izrail as.

Oleh kerana malaikat Izrail as yang berjaya membawa tanah tersebut dari muka bumi,maka di perintahkan juga pula akhirnya, tugas malaikat Izrail as untuk mencabut nyawa para manusia, dan dikeranakan malaikat Izrail as tidak mahu dipersalahkan oleh manusia atas pencabutan nyawa ini kelak, maka Allah swt menciptakan adat musabab kematian seseorang manusia.

Dengan Dua Jasad Adam yang tidak sempurna, Jasad yang ketigalah yang dijadikan Lebih Sempurna. selang beberapa kehidupan Adam ini di Syurga. maka sebagai sebab musabab Adam ini akan di turunkan ke Alam Dunia ini kerana terpangaruh pujukan isterinya yang lebih dahulu terpengaruh oleh hasutan Iblis, maka keduanya  memakan buah pohon larangan tersebut. Maka sebagai hukumannya diturunkan ke Dunia. Tapi memang pun Adam di jadikan untuk  Sebagai Kahlifah di Bumi. Cuma yang Kisah Isterinya ini yang perlu banyak penghuraian lanjut.

APAKAH? BENARKAH?  POHON LARANGAN INI ADALAH VERSI CERITA POHON KEHIDUPAN @ NUNUK RAGANG DALAM VERSI AGAMA NENEK MOYANG KDM?

Termakan buah pokok larangan inilah bermulanya satu Era Kehidupan bagi Khalifah di muka bumi yang dipanggil MANUSIA. KENAPA BERNAMA MANUSIA? SIAPAKAH YANG MENAMAKAN ORANG SEBAGAI MANUSIA?

Akhirnya ada yang menamakan pokok Larangan ini sebagai Pohon Kehidupan. mungkin juga Mitos Legenda NUNUK RAGANG ini ber asal dari cerita ini.

Generasi manusia  akan menjadi khalifah di muka bumi ini selama 7 tahun sahaja ( 7 tahun atas Nilai Akhirat) ,di mana ia bermula dari Nabi Adam as sendiri. Nabi Adam as di ciptakan dari campuran Tanah, Air, Angin dan Haba, manakala pasanganya iaitu siti Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam as sendiri.

Lahirlah pula dari Pasangan Adam dan hawa ini, kembar anak yang pertama berkulit putih, manakala pasangan anak kembar yang kedua ini pula mempunyai warna kulit yang agak kegelapan. HABIL DAN QABIL

Dan dari hanya perkiraan pasal warna kulit menjadi punca perselisihan anak Adam ini. yang menjadi catatan sebagi punca pertama pertikaian di antara sesama manusia bersaudara dan itulah juga factor berlakunya  pembunuhan yang pertama di muka bumi.

Ada catatan yang saya terbaca ada menyatakan Anak Adam ada 22 pasangan. kalau dalam fahaman saya kira-kira 22 lelaki dan 22 perempuan, Ramai jugalah Anak-anak Adam ini. Dan Dikatakan dari jumlah Pasangan Anak adam inilah bermulanya Bangsa dan Bahasa Pertuturan Manusia yang bertebaran di Muka Bumi. 

Azazil yang ditukar dan beranak pinak menjadi Iblis Laknatullah akan terus menjadi pendorong kepada Nafsu shawat yang memandu  kearah kejahatan, kearah kemaksiatan ,dan kearah kemusyirkan.menurut riwayat Shawat ini terhasil  dari Buah larangan. kalau Adam dan Isterinya tidak memakan buah larangan Tersebut maka tidak adalah kehidupan Manusia. cuma harus di ingat Syawat inilah yang perlu didukungi dan di kawali dengan Syariat Agama. kalau tidak.. Serupalah manusia ini dengan Haiwan.

Iblis lakntullah telah berikrar untuk mengoda manusia ini hingga ke hari kehancuran muka bumi ini. Iblis tidak akan senang dengan amalan kebaikan yang di lakukan oleh anak cucu Adam as. Iblis Laknatullah akan menghalang dan memalingkan anak cucu Nabi Adam as ini dari mendapat ilmu pengatahuan yang menyuluh kehidupan Beragama.

Dan dari kedua pasangan anak kembar yang berwarna putih dan berwarna agak gelap itu,maka bertambanya banyak makhluk manusia di muka bumi ini, dan sekian tahun sekian bertambah banyaknya makhluk di muka bumi ini, setelah beribu-ribu tahun maka meratalah makhluk manusia di muka bumi ini dan penuhlah segenap penjuru muka bumi.

Bahasa apakah yang di gunakan oleh Nabi Adam as dan Pasangannya ketika di syurga? Adakah bahasa itu berubah Ketika mereka diturunkan Oleh Allah Swt ke Muka Bumi? bahasa apakah yang di gunakan oleh pasangan anak kembar mereka yang berkulit putih dan oleh pasangan anak kembar yang berkulit agak gelap itu? Bahasa apakah yang digunakan oleh makhluk manusia yang makin bertambah dan makin merata di seluruh pelusuk muka dunia ini? jadi jangan gaduh pasal bangsa dan bahasa kerana semua bangsa dan bahasa berasala dari syurga. Bahasa Syurga Ialah Bahasa ARAB, manaala Kunci  pintu Syurga itu ialah kalimah LA ILAHA ILLALLAH لا اله الا الله 

RAS BANGSA HARI INI

Pada hari ini kita rasanya tak perlu lagi ditunjuk di ajar. Macam mana mahu tahu ras-ras di dunia? orang boleh faham dan tahu macam mana Ras orang dari Afrika, Ras dari Asia Timur, Ras dari Eropah, Ras dari asia Tengah, Ras dari Amerika utara , Ras dari Amerika Latin apa tah lagi bagi bumi sendiri kawasan Nusa Tenggara (Asia Tenggara) NUSANTARA ATAU ALAM MELAYU.

BAGAIMANA PULA DENGAN RAS SABAH ?

Menurut wikipedia 
Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba' oleh masyarakat Bajau kerana pisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah , pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun' oleh masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat perbezaan di antara 'pisang Saba' dan pisang lain yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, ianya telah dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu[7] atau sebelah utara sungai.[8] Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.[9]
Sesetengah teori juga mengatakan bahawa Sabah pernah dirujuk sebagai Seludang dalam teks 1365 Jawa yang dikenali sebagai Nagarakretagama ditulis oleh Empu Prapañca.[10]

Kononya Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian tertentu di pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85).


Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk kepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878, kawasan-kawasan tersebut telah disewakan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul Momin Brunei, Pengiran Temenggung Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu.

Istilah 'Sabah' ini secara beransur-ansur digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara rasmi sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia.(  bab SABAH MEREKA ada Versi saya dan mungkin catatan itu ada di post  Blog Abjad Sabah. tapi saya sendiri malas  mencari tagnya)

NEGARA/ Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya diseluruh Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17,594 kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometer persegi.


BNBC 1882-1942




ps. Sebelum bersetuju Menyertai Malaysia. Sabah Masih dinamakan Sebagai BORNEO UTARA (PORNE) . dan Sebelum Diserahkan pajak kepada Syarikat Borneo Utara pun. rata-rata tempat dan penempatan adalah dinamakan mengikut nama sejerah Pewujudan penempatan tersebut. dan tidak pernah berlaku penempatan-Penampatan(Kerajaan Tempatan) ini bersetujuh menyertai atau bergabung Atas satu-satu  NAMA Kerajaan.

Pada saya Pemilikan PENGIRAN BERUNAI dan SULTAN SULU kepada penempatan-penempatan tersebut masih boleh  dipertikai dan di sanggah.

1. adakah penempatan tersebut adalah wilayah Takluk kerana kerajaan wilayah penampatan ini tunduk kepada  mana-mana dua kerajaan yang Menuntut.?
2. Atau Penampatan tersebut adalah Anugerah Oleh mana-mana dua kerajaan yang menuntut kepada Rakyat bangasnya untuk dihuni dan Di Usahakan?

Land Below the Wind by Agnes Newton Keith ~ 1939. This edition: MacFadden, 1964. Paperback. 270 pages.

Agnes Newton Keith’s later accounts of an eventful life, namely Three Came Home (a description of Agnes Keith’s three years in a Japanese prison camp in Borneo with her husband and young son, 1942-45) and Bare Feet in the Palace (everyday and political doings in the Philippines, where her husband worked for the U.N. Food and Agriculture Organization, 1953-56), I have long been on the lookout for her first literary accomplishment, this worldwide bestseller, Land Below the Wind

ps. Pada dewasa ini Kebanyakan Bangsa Ras di Sabah ini. berdasarkan Daaerah Penampatan masing-masing  Telah membukukan dan Mencatat sejarah Bangsa Masing- Masing. Tinggal sahaja Sejarah Bangsa KADAZANDUSUNMURUT.  (KADUMU). terutama sekali di RANAU masih kurang jelas ASAL MUASAL NYA. Selagi kita mewar-warkan bahawa KADUMU ini berasal dari Tanah BESAR CHINA. maka berterusanlah kita tiada ber DAULAT di Negeri Sabah.

MAKA dikata oleh BANGSA lain Adakah KADAMU juga Pendatang dengan IZIN di Sabah? Tahun berapa dia mula berEvolosi?  

Tuan Puan dan saudara saudari sekalaian kita dihidang dengan sejarah lompat-lompat. 1500an 1800an 1946an 1963an. yang dimana? dan Mana satu tahun Generasi kamu mencari Asal Usul Bangsa? Usah bercerita Sejarah 1963an dengan saya. atau cuba menyanggah saya dengan cerita 1881.

Company Eropah contohnya British yang Menggalakan kehadiran Imgran dari India dan dari China, Ke TANAH MELAYU kenapa?  Dengan Lambakan Pendatang Tanpa Izin sehingga ke Hari ini,.tidak ada penghujungnya Tidakah ia menjadi Masalah yang sama.

Fikir sejenak Tuan Puan, Gugusan Kepulauan Melayu,, Tanah Melayu, Semananjung Tanah Melayu. Kenapa jadi Persekutuan Tanah Melayu?. Kenapa  Melayu menerima  AN? 

Kata Hang Tuah TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA, bukan HANG TUAH sahaja yang akan kata begitu. saya pun akan kata macam itu SEBAB? dan KERANA APA?  MELAYU itu bukan Sekadar BANGSA tetapi GUGUSAN TANAH MELAYU.

Telah saling bergantian KOTA-KOTA MELAYU, Telah saling bergantian Kerajaan-kerajaan Melayu. Telah tukar Menukar Kesultanan-Kesultanan Melayu. demikian juga Pemimpin Di Alam Melayu ini Datang dan Pergi.  Jadi Apa pun Gelombang yang akan Melanda jelas sekali MELAYU tidak mungkin akan Hilang. dan tidaklah menghairnkan jika ada puak-puak yang Cemburu dengan MELAYU.

Adakah lagi tempat bagi DUSUN jika dihambat balik ke Negara Asalnya di China? jika tidak... Ayuh.. bukitkanlah Secara Genitik DNA Bahawa KADAMU Adalah Bangsa ASLI dan Peribumi Di SABAH yang telah ada Sebalum kedatangan kerajaan Kesultanan Berunai dan Kesultanan Sulu. kalau bukan KDM ADA Kesulatanan pun kurang-kurang Ada dan pernah wujud Sebuah kerajaan Awal yang berTamadun dari KDM di Alam MELAYU.


KAMI BUKAN DARI YUNNAN.
Dengor baik-baik bagi sesiapa yang masih berpegang dengan Teori Out of Yunan mahupun Out of Taiwan....Emotikon smile
Direktor Lembaga Biologi Molekuler, Eijkman Sangkot Marzuki menjelaskan, dari pemetaan genetik yang dilakukan 99 ahli genetik di Asia, terungkap bahawa orang rumpun Melayu lebih tua dibandingkan dengan orang China. Khususnya orang china dari Yunnan yang selama ini dianggap sebagai nenek moyang umumnya orang Rumpun Melayu Nusantara. Hal ini telah menolak teori Out of Yunnan oleh ahli-ahli Arkeologi Barat.
Ras Austronesia, yang dalamnya termasuk orang Melayu, lebih dahulu wujud dibandingkan dengan ras Chinotis-Belan, iaitu ras yang berbahasa kelompok China/Mandarin. Sangkot mengungkapkan hal itu dalam pembentangan ilmiahnya pada Dialog Budaya Melayu di Pekanbaru, Riau, Selasa (4/12).
Dialog itu disertai Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan bersama dengan Lembaga Adat Melayu di Riau dan Pemerintah Provinsi Riau. Turut tampil memberikan syarahan ilmiah ialah budayawan Melayu, Tengku Nasaruddin Said (Tenas) Effendy. Dialog yang berlangsung tiga hari ini juga diisi pelbagai diskusi mengenai perkembangan budaya Melayu di Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapore, dan Brunei.
Tenas Effendy mengingatkan bahawa, sekarang kehidupan budaya Melayu semakin terpinggir kerana menghadapi intervensi budaya luar yang belum tentu serasi dan sejalan dengan nilai asas budaya Melayu. Kehidupan masa kini dan masa depan yang semakin terdedah, membuka peluang terjadinya pergeseran, perubahan, dan pengikisan nilai budaya Melayu itu sendiri.
Sangkot, yang merupakan sebahagian daripada ahli genetik di Asia Timur menyebutkan bahawa, Melayu merupakan ras perpaduan. Ras Melayu secara genetik memiliki ciri-ciri hemoglobin Malay yang tak dimiliki oleh ras-ras lain di dunia.
Sumber: National Geographic Indonesia.

Kredit to
Saya bersyukur kerana ada orang Dusun Ranau yang bersungguh-sungguh mencari bahan2 asal usul orang dusun Ranau, teruskan usaha lagi.Dan saya berterima kasih banyak2 kerana boss gunakan "Peta" daerah Ranau hasil kerjaya saya semasa saya di Unit Kawalan Malaria Pejabat Kesihatan Ranau.Kawasan ini meliputi semua kampong dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Ranau termasuk beberapa kampong yang dulunya dibawah pentadbiran Beluran tetapi "Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Malaria dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Ranau dan sekarang kampong2 tersebut telahpun dipersetujui di masukkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Ranau.


DAERAH RANAU SABAH MASA KINI


MUKIM DALAM DAERAH RANAU

1-Liwagu
Pekan Ranau, Kimolohing, Muhibbah, Paka II, Longut Baru, Kiaburi, Rapak/Takurik, Lingkudau, Tiang Baru, Kasiladan/Giman/Kawog, Kandawayon, Mininsalu Baru

2-Tanah Rata/Kituntul
Lukapon, Tagudon Baru, Sinarut, Lasing, Marakau, Kilimu, Tanah Merah, Bahab, Libang, Kokob Baru, Tudangan, Matan, Silou, Badukan, Kituntul Lama, Kituntul Baru,Togoyog/Lipoi, Kinapulidan, Mindahuon Baru, Rugading, Kigiok

3-Tambiau/Mohimboyon
Kibbas, Purakagis, Koporingan,Tambiau, Sarapong, Paka I, Toboh Baru, Lipasu Baru, Lipasu Lama, Wa'ang, Kiwawoi, Mohimboyon Suminimpod/Kopongian Gana-Gana, Kopongian, Giring-Giring, Nampasan Lama, Gaur, Suminimpod, Mininsalu Lama/Narambai, Niasan, Bayag, Kita'ie, Longut, Tiang Lama

4-Kundasang/Bundu Tuhan
Pinausuk,Tambalang, Ruhukon, Sinisian, Samuroh, Naradau, Desa Aman, Lembah Permai, Dumpiring Bawah, Kinaundusan, JKDB Pekan Kundasang, Dumpiring Atas, Kinasaraban, Kundasang Lama, Cinta Mata, Kalangaan, Kauluan, Mesilou, Sokid Bundu Tuhan, Siba Bundu Tuhan, Gondohon

5-Lohan/Bongkud
Lohan Ulu, Karanaan Baru, Kinasaraban Baru, Lohan Scheme I, Minihas/Maukab Baru, Randagong Baru, Kinorotuan, Silad, Lohan Scheme II, Simpangan Poring, Nampasan Baru, Poring, Nopung II, Nopung I, Narawang, Namaus Bongkud, Bongkud, Lutut, Waluhu

6-Randagong
Mumpait, Kinirisan, Poropot, Randagong, Lagkau, Kosisingan,Tungou, Sumalang, Maukab

7-Perancangan
Singgaron Baru,Togis, Perancangan, Debut Langsat, Takutan, Langsat, Nalumad, Kilanas Baru, Kirokot

8-Nalapak
Sodul I, Sodul II, Muruk, Luanti Baru, Nalapak, Kobuh Baru, Nabutan, Sungangon, Sagindai Baru, Sagindai Lama

9-Timbua
Tarawas, Pinawantai, Pahu Pinawantai, Debut Timbua, Kimboroi Timbua,Timbua, Lobou Baru, Togop Laut, Tinutuan, Togop Darat, MerunginI, Lobou Timbua, Merungin II, Pinampadan,Tibabar,Turuntungan, Monggis,Tumbalang, Lobou Lama, Daramakon, Keiyep, Nawanon, Kantas Baru, Pugi

10-Karanaan/Tagudon
Karanaan, Sosondoton, Komburongoh/Mogoho/Soyod, Piasau,Tagudon Lama/Pulutan, Himbaan, Pahu, Ratau, Terolobou, Tinatasan, Toboh Pahu,Toboh Lama,Tudan II,Tudan I

11-Paginatan
Matupang, Tarikon/Tadsom, Minihas, Paginatan, Bunakon, Lungkidau, Soborong Paginatan, Maringkan, Balisok, Tabah, Nunuk Ragang, Toupus, Miruru, Mangkadait, Mindahuon Lama, Toporoh, Mentapok

12-Malinsou
Mokodou, Kopuakan,Tanid, Linapasan, Malinsou Darat / Nasakot, Sumbilangon, Wayan, Tinindoi, Sinurai, Mangkapoh I,Tinanum/Mangkapoh II, Mampakot/Malinsou

13-Kaingaran
Paka Sugut, Meningkulau, Kawiyan, Kilanas Sugut, Giring, Pinutudaan/Minintob, Kaingaran, Kotog, Meridi, Betong, Tinongian, Namaus, Ulu Sugut, Kiwakau, Karagasan, Pamaitan, Patau,Tundangon Ulu Mansalu, Gan, Gusi.

ASAL MUASAL PENAMAAN RANAU

Dusun People early 20th century from Ranau!

Tahun mungkin dalam 1910 - 1915, kerana gambar ini diambil oleh Mr.Edward Owen Rutter yang berada di Borneo (formally know as Sabah today), dari tahun 1910-1915. Sioksiokmalam.blogspot

stamp


Mengenai Metos Penjanamaan RANAU ( Nama Kota Ranau)

VERSI POPULER DARI KATA PENANAMAN SAWAH PADI

 Penulis TIDAK TERTARIK dengan asal- muasal nama Ranau dari kata perkataan karana an atau Rana hen ( lumpur untuk sawah padi ) berat lidah penulis untuk menyebut bagi memadankan nya.Lagi pun pada penulis nama RANAU lebih lebih awal digunakan  berbanding dengan aktiviti penamaan  dari pembukaan tanah sawah padi di mukim Tanah Rata itu sendiri.

# Saya tidak menggunakan ISTILAH Burutak, lutak atau Rana, kerana jarang disebut dalam masyarakat kami.  kerana itu kata SIFAT bentuk keadaan tanah pada skala yang KECIL, Bukan Ganti Nama bagi perkataaan LUMPUR. contohnya  keadaan jalan tanah yang sering dilalui pada masa hujan baru lah kedanganran disebut elutak atau eburutak.

Perkataan kerana an pun bukan Istilah kata sifat SAIZ Besar walau puan ada imbuhan (an) melainkan keadaan tanah yang memang kawasan berLumpur dan mungkin ada yang pandai kering kalau magadau lah bersalahan  Bagi sebutan Buyut. yang mana kawasan tanah berlumpur yang enda pandai kering walaupun kemarau panjang. Dua nama ini pun bukan ganti nama bagi Tanah atau lumpur. melainkan sifat dan keadaan tanah tersebut. 

MEMANGLAH  Rana hen adalah kawsan aktiviti penanaman Padi SAWAH. kerana sebesar mana atau seluas mana pun lumpur kalau tiada aktiviti menanam padi, tidaklah dipanggil Rana hen. Begitu juga luas mana dan sebesar mana pun Tanaman PADI BUKIT (TIDENG)  tidak pernah saya dengar orang panggil RANA HEN . demikian Juga sebesar mana pun kawasan penanaman padi di Tanah Rata kalau tidak dilumpurkan tanahnya saya percaya Orang Tidak panggilnya itu Rana hen.  dan kalau kawasan Rana yang dibuat sawah saya dengar disebut Rana heh ku di le Rana. Jadi pada saya  tidak cacat celanya dipadankan dipanggil Rana hen.( TANAH Rata yang Di lumpurkan untuk kegunaan menanam padi) Bukan lah imbuhan Hen itu melambangkan Luasnya Penanaman Sawah. Hen ini adalah kata perbuatan bukan imbuhan.   Sebab Perlu berlumpur itu aktiviti Menanam pokok sawah Padi.dan perlu di Hen juga itu Rana kalau untuk menanam padi sawah 


Sebagai contoh  SKIM penanaman Percubaan Syetsen Sawah Padi Lahan 1 (LOHAN)  hanya wujud pada dipenghujung 60an Setibanya Dato sikidol sebagai Penguasa Pertanian Ranau pada tahun 1958. yang sebelumnya menjadi Penguasa Pertanian Kota Belud bermula 1941. Agak-agak Siapa Jaga Kementerian Pertanian BORNEO UTARA PADA MASA ITU? Kenal dengan Tuan Herry ?

Saya tidak taulah kalau SKIM penanaman Padi Lohan (LAHAN) terkemudian dari penanaman Sawah Padi di Mukim Tanah Rata (dari kilimu  ke kituntul - PAKA ) . Cuma dalam cerita Mat Salleh tahun 1800an itu Ranau telah di sebut. Jadi saya mau tau juga Sebalah mana ada sawah padi (RANA HEN) pada masa itu? 

Dan Agak-agak dimana itu Timpahen yang boleh mengimpa itu Rana hen Sawah Padi? Kalau Tapak Kadai Lama enda saya percaya ada itu tempat. Kalau yang umur-umur macam saya ini mungkin ada yang sampat dan masih ingat segala pokok Nunuk-Nunuk yang memberi bermacam-macam nestolgia di kadai lama, juga Atuk-atuk cina yang datang meniaga dan bole-bole buka kedai Runcit, Terutamanya Apek tukang Gunting Kerusi mudah alih. Sapa nama itu Lau Kan kah? 



KEDAI LAMA RANAU
Tiba-tiba saya ingat Tamu ranau yang sehingga kini masih berlangsung ada. Masih di Tapak lama. sudah terlalu lama betul suda ini Tamu,  sebelum siap itu Jambatan. cuma saya ingin benar buktikan jika jalan sungai pernah ada di sungai Liwagu pada zaman kolonial inggerish. pasti ada jeti pendaratan yang mana juga pernah digunakan Oleh Paduka Mat Salleh semasa Singgah berihat di KG. Sinarut Lama. ( Batu Peringatan Mat Salleh ada di kawasan Geraja SIB KG. RAPAK)




Pada saya peNamaan Panggilan Ranau mungkin telah Berlaku lebih Awal dari 1800an lagi mungkin 1300an mungkin 0001an . atau mungkin SM. Sebab Makanan Ruji masyarakat pada masa itu. seperti kasau, gue'el, bengelen.dan gundek  mana kala tawaran dan beras bukit adalah makanan orang Bangsawan. UBI Kayu apa kalau Dusun ahh? Garam adalah benda baru bagi mereka. Saya pun membesar dengan Kasou dan bengolon bah. makanan paling sedap pun makan bengelon dengan Sayur Bengolon juga... kamu ada?

Kenduri kandara baru rukut-rukut masak Nasi. dari Padi Huma.Merasa lah lutak atau tinamba berlauk Ayam . wahhhhhh Ayam lah yang paling mahal pada masa itu, Kambing, Lembu, Kerbau mana wujud di Rana hen. binatang ini Rata-rata import dari Kota Belud. Kononya harga Kerbau pada masa itu pada nilai gaji Gomen sebulan  RM7 manakala Ayam pula berharga RM50 dan boleh menceca RM500. Ayam apa ini? peminat ayam sahaja yang tau.

sumber hasil utama masyarakat RANAU Terutama disebalah  SARAYOH pada masa itu adalah Sigup. Ranau di kenali sebagai  penanam dan penjual Sigup.mereka membawa barangan jualan ini secara berjalan kaki. Orang Sarayoh pada masa itu akan membawa balik, seperti Garam. ikan masin. ikan bilis, yang mampu pula akan membeli Kambing, Kerbau, sapi atau Ayam Sabung.

Orang Sarayo yang sumendet menjual Sigup ini sudah ketemu dengan Pedagang Islam sama ada yang di Jeselton, temperuli atau yang di Kota Belud. Tidak taulah saya kalau enda ada orang Saroyo yang masuk Islam sebelum Kepulangan bapa Ali dari Merantau berkerja di Kebun.

Rata- rata  Orang Sarayo  pandai cakap SAMA' sebagai bahasa kedua. yang pernah sekolah orang Putih boleh lah juga cakap British. yang pernah jadi mata-mata jepun pandai jugalah sedikit-sedikit kata sapaan orang kumpitai.

Bila berlaku Migran orang sarayoh Ke LOHAN sekitar 50an mereka masih menanam SIGUP dan padi huma. dan  sehinggalah Pembukaan Rasmi SKIM Penanaman Padi LAHAN (LOHAN)  SIKIM 1, SKIM 2, SKIM 3 sekitar 60an penghuni Penampatan ini  masih menanam Sigup sebagai aktiviti sampingan untuk menunggu musim menanam padi seterusnya.

Gambar Asal Hamka Ahmad 
Contoh Asli Perumahan Penanam Padi Skim 1, Lohan. Fasa Pertama 1963
Di bantu oleh Lembaga Padi Sabah
saya tidak ingat siapa yang awal muat naik gambar ini


TAPI sekarang Macam ADA sudah sawah Padi dibukit di jalan ke Kampong Keranaan Ranau  kampung sekitarnya sana Saroyo. saya dengar kena panggil  RINANAU ( minaan nu di RANA'e ke?  bermaksud ko kasi Lumpur untuk menanam padi?)

lokasi Kg. Kemburengeh ranau


kredit iddinmcomer.blogspot

DAN VERSI KEDUA 

 Yang pernah di gambarkan oleh pengkaji Gempa selapas beberapa gegaran gempa yang pernah menimpa kawasan Ranau beberapa tahun dulu, kata mereka Ranau mungkin asalnya sebuah danau ( bahasa Indonosia) tasik atau kelihatan seperti ( danau) tasik atau akan ada suatu masa ketikanya berpontesi kambali menjadi sebuah danau (Tasik). Oleh kerana kelihatan seperti danau (Tasik) maka ternamalah Danau Ranau.
discoverindonesia.net/.../lake-ranau-the-mysterious-beauty/ - United States – id.wikipedia.org/wiki/Danau_Ranau

DAN VERSI KHAS PENULIS

Penulis ingin menarik perhatian pembaca. berkenaan Penamaan Kota Ranau berdasarkan dua cerita ini, cerita pertama ijtihad penulis,dalam bahasa arab, (RA NUR) RA= bemaksud melihat dan NUR = ( cahaya), maknanya satu kawasan yang kelihatan bercahaya.( luas mata memandang ) *mudah-mudahan penulis atau siapa-siapa akan dapat menyatakan periwayatan versi ini dalam penulisan Akan datang. kerana Pada saya pengambara dan Pedagang  Arab dan Cina telah tiba dan sampai di Ranau lebih Awal SeAwal Kegemilangan WALI SONGO lagi.(Pengambara / Peniaga JAWA(SUMATRA) seperti PAK MAUSA)

Walau ramai yang bersangka Mandur Sarif lah yang mengIslamkan Orang Dusun Ranau. Seperti yang telah saya ceritakan dalam catatan lain. Tapi Saya pula mengambil jalan lain dengan menyatakan Kemasukan Islam di Ranau lebih awal dari cerita itu. Bagi saya sedikit sebanyak cerita yang meriwayatakan kepernahan Mat Salleh Singgah di Ranau Dalam perjalanannya mengumpul pengikut untuk menantang Kolonial Inggeris 1880. boleh menyokong ilmiah saya ini.



Dengan Bunyi Ra a  anur, iaitu maksud bagi (cahaya memancar) atau terlihat Cahaya. biasanya lidah orang tampatan biasa akan tergeliat menyebut perkataan baharu hingga merubah bunyi dari sepatutnya. Orang Ranau Beruntung bah kerana wajah-wajah mereka ini Bercahaya. di tambah lagi dengan kePeramahan dan kelembutan bahasa mereka. inilah yang dinamakan Ra annur. cuba translit dalam beberapa bahasa. ( Elumisss kepioh..)

 Macam juga  KHURASAN tapi orang Dusun dipanggil Kundasang.walaupun ilmiah saya tidak lengkap. tetapi jika dibandingkan dengan Asal Ranau dari panggilan Aktiviti Lapangan penanaman sawah padi tersebut (Rana hen @ lageb-lageb ) yang hanya baru di populerkan oleh Lambaga Padi Sabah.  Macam PeNamaan ini sedikit tertinggal. dan ini sangat Mencactkan Penamaan dari perkataan RANA HEN. pada Saya lah


PENEMPATAN DAN PEMBUKAAN PERKAMPUNGAN DI RANAU

SARAYO KG RATAU RANAU SABAH


Gambar ini ada di Pamirkan di LOHAN RESTHOUSE dan Rumah EN EBIN BIN SABIN KG. LOHAN 1 


Saya dari keturunan Kolompuk SARAYOH yang Berasal Dari KG. Ratau, KG. Terelebou, KG. Sosondotan, KG. Karanaan. Perkampungan ini pun terdiri dari beberapa nama Kawasan dan nama Tempat.  Saya juga BerAnggapan  ini antara perkampungan yang Ter Awal yang mana belum pun Nama RANAU diguna pakai.

Penempatan baru antara yang ter awal (di Ranau). akhirnya di beri nama mengikut sejarah pembukaan  penampatan perkampungan  tersebut, sama ada Nama Peneroka TerAwal, Nama Sungai, Nama Pokok atau Nama situasi setempat. penenpatan tersebut juga masing-masing  mempunya sejerah dan pahlawan legenda masing-masing, siapa yang kuat itulah kudrat.

Cuma jangan kita mengikut sahaja penceritaan Pernamaan tersebut Tanpa  kita kaji dan bahas  adakah sumber penamaan itu boleh diterima pakai atau Tidak


Kredit  Cikgu Yahya Siman Kg. Ratau 1 Syawal Generasi Akhir berhijrah ke Kg. Sook Keningau BAPA SAYA ADA? Konon ARWAH abang bapa saya ada dalam gambar ini


Kredit Wasif Jeffry Kg. Karanaan 1958


Tidak dapat di pastikan dengan nyata akan keterawalanya pembukaan penempatan kolompokan SARAYO seperti Kg.karanaan, Kg. Tegudon Lama, Kg. Ratau, Kg. Sesondoton, Kg. Tudan. Kg. Toboh. Kg. Kemburengah, Kg. Randagong Lama Kg. Laiwan, Kg. Bundu Tuhan, Kg. Kinasaraban Lama DLL.

Tapi mungkin lama-kelamaan apabila penduduk setempat semakin ramai dan bertambah sesak, serta sumber makanan pun semakin berkurangan, sekali lagi migrasi penghijrahaan dan pembukaan penampatan baharu berlaku.

Semakin banyaklah Penampatan baru di buka (zon utara,zon tengah dan zon selatan ) (contoh) Kundasang , Pinausuk, Lohan, Teguden Baru, Tanah rata, Marakau, Nalapak ,Bengkud.,Perancangan, Segindai.Metupang. kepengian, Tiang Lama, Tentelob. dan banyak lagi.

Di Sub Zon Utara seperti di Kampong Narawang, dan Monitriti lohan ulu,dan lohan schema satu, pekan nabalu dan mejoriti penghuni Kg. Singgaron Baru Ranau pula Mereka berasal dari pesisiran Kadamaian Kota Belud. contoh dari kg. Lobong-lobong  Kg. Piasau  atau mungkin Kg. Singgaron  kota Belud.

Dan terdapat penampatan Di Ranau, yang penulis sendiri tidak faham bahasa yang di guna pakai seperti (Zon Timur) di Nunuk Ragang, Kg. Tempies, Kg. Kigiwit, kg. Paus dan dari Kg. Pinawantai hingga ke Kg. Naradau (zon Garas ) dan di penempatan bermula di Kg. Merungin satu hinggalah Ke Kg.Gusi.(zon Kaingaran)

Kg. Gusi (skgusi.blogspot.com/ - Cached - Similar) Berada di sampadan Ranau ,Kota Merudu dan Beluran, semasa aktiviti pembalakan masih berleluasa, kawasan ini hanya boleh di hubungi dan di lalui oleh pacuan Empat roda. Manakala pada masa sekarang terdapatnya jalan raya bertar yang menghubungkan Kota merudu dan Beluran, rasanya sedikit masa lagi akan adanya juga jalan raya dari Kg.Gusi atau Kg. Naradan atau Kg. Tegep darat Menuju Jalan Raya Kota Merudu- Beluran.

Penulis pernah bertugas sebagai Guru Sandaran Agama di SK. Karagasan Sugut Ranau,yang mana segala Pengurusan sekolah di uruskan oleh Daerah Ranau, Manakala untuk segala urusan Tanah dan Klinik kesihatan terpaksa Berurusan dengan Daerah Beluran ( Sandakan ).Dan pernah pada satu hari penulis melihat Bot Kesihatan Pekan Beluran Memantau Klinik Kesihatan di Kg. Kaingaran,ini bermakna ada jalan Sungai menyusuri Sg. Sugud yang membolehkan untuk sampai Ke Pekan Beluran. albertadika.blogspot.com/2009/.../kampung-puralai-ranau.html - Cached - Similar

Ketika bertugas di Sk. Karagasan penulis pernah dan sempat mengenal dan mendengar Legenda politik zaman Moden Versi En.Norobon @ Vitalis @ Nordin, yang menjadi pembuka peneroka dan ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Tempat Ibadat Keagamaan, pada bebarapa nama Kampung pada satu masa yang sama,Contohnya Kg. Kepuakan (Sg. Kepuakan) (ika ketua kampung ?, ika pengerusi JKKK?, ika pengerusi Surau?, Ika Pengerusi Geraja?. Jawab En. Norobon Tekum teku ... )

Penulis tidak lama bertugas di Sk. Karasgasan Ranau, kerana beberapa bulan kemudian penulis diurus bertukar suka-sama suka ke SK. Perancangan.Ranau, semasa di SK Karagasan Penulis sempat mendengar penuturan Bahasa Sungai dan Bahasa Dusun yang penulis tidak mengerti. penulis juga sempat berjumpa dengan seorang yang penuh corak tatu di badan. seorang yang agak keriting Rambutnya dengan kulit badan yang sangat kehitaman. Ini kompom Bukan Sungai atau Dusun.

semasa dan ketika penulis bertugas di SK. Perancangan penulis ada mendengar cerita lisan dari penduduk Kg. Perancangan sendiri dan Kg.Nalumad (SK. Segiban) ( kerana ada pertukaran guru ketika ujian Penilaian UPSR (Zon)) bahawa kebanyakan pendudukanya berasal dari Kg. Bundu Tuhan Ranau walau  ada juga dari Kg.Togop Darat (keturunan Iban)

menurut cerita orang KG. Nalumad kononya perkampung SEGIBAN  ini di teroka dan di buka lebih awal oleh orang Iban, mungkin nama Peneroka awal ini bernama SEGIBAN. Demikin jugalah konon ceritanya  dengan Kg.kirokot (Sk. Kirokot Ranau) Jalan Timbua juga di buka oleh orang Iban. (Dayak).

PENGALAMAN YANG MERINTIS PENCARIAN SUKU BANGSA 

Bagi diri penulis sebagai catatan keluarga sendiri , Orang Tua kami membesar dan berkhawin seterusnya tinggal dalam rumah penjang di Kg. Sosondoton (Kubong) , 


Menurut cerita Sondoton ini terdiri dari beberapa kolompokan penampatan. 
1.mosogit
2.kota
3.rantai
4.kitongong
5.kubong
6.sunsuron
7.bahab
8.toud
9.tintasan
10.hamad
11. Ranggoh ada KK sendiri
12. kipunti  masuk kawasan KK Ratau
13. Dugadding Tamu mingguan

kononnya moyang dari sebalah ibu penulis berasal dari Kg. Ratau Ranau, manakala ,Atuk saya Telah berkhawin di Kg. Keranaan Ranau. jadi saya masih ikut keluarga keranaan laa.

Atuk Bapa Saya pula berkawin dan tinggal di Kg.Kinasaraban Lama Ranau. KURIPAN + KUDIRAI  ada darah bundu juga mengalir dalam Tubuh saya ini (penemuan dan pencarian oleh saudara tua Azimin Rusidi 2016)


Penulis tidak bertanya pula, sebab dan kenapa orang Sarayo ini mulai merata mencari penampatan Baru. tahu-tahu Penulis pula dilahir pada musim menuai padi setelah berpindah dan Menetap di Kg. Lohan Schema 1 Ranau. Siapa tidak Kenal LOHAN? Lohan Schem 1.  

Keluarga saya bukan Peneroka dan Penerima Scheme penanaman Padi LAHAN . entah macam mana aruah bapa tidak menyenaraikan dirinya untuk kolompok Scheme penenaman padi ini. 

Oleh kerana saya banyak merayau ke tampat lain tidak (menetap di RANAU), bila disebut nama Ranau terkenanglah Saya Kampung halaman sendiri ini. Bila membaca makalah dari bangsa lain saya teringin membaca pengkisahan bangsa Sendiri. kurang dan mungkin sukar di temui. Jadi Saya menunggu siapa memulakannya?

Jadi Saya Cuba-cubalah melihat bangsa sendiri. Saya hanya menceritakan dari pendengaran bersumberkan dari secara mulut ke mulut dan ingatan lampau sahaja,sedangkan  lokasi dan logikstik kawasan tersebut penulis sendiri tidak pasti. dimana?

Sebelum berpindah ke Kg. lohan Satu Ranau, Sebenarnya Arwah bapa penulis dan Arwah abangnya (pakcik ini meninggal di sebuah kampung di sook tapi saya lupa nama kampongnya) telah pun mengikuti ekspedisi mencari penampatan baru di Daerah Sook Keningau.

Penempatan tersebut awalnya diteroka oleh kaum Murut, oleh kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir, selain banjir kawasan tersebut juga mengandungi Ular dalam jumlah yang banyak. Kaum Murut pula tidak berkira sangat dengan Penghijrah Dusun Ranau ini. Dan bila Penghijrah Dusun ini menduduki kawasan ini tidak ada lagi berlaku banjir dan tidak ada sudah Ular. Boleh tahan juga Dusun Sarayoh ini tau...

Bersama peneroka lain, mereka telah membuka dan memilih penempatan baru di sana, tapi Arwah ayah penulis tidak menetap terus di sana, dengar cerita Arwah Bapa penulis mendapat kerja tukang sukat di Labuan. mungkin Arwah Bapa Penulis lebih memilih untuk makan Gaji. 

Kisah Arwah ayah penulis pernah mencari penampatan baru di Sook ini, hanya penulis dengar sendiri dari penceritaan Arwah Bapa Sikaipur ( samad saya tidak ingat sudah nama sebenarnya) semasa menghantar Arwah Ayah untuk berubat cara aliran Mandur Sharif.

Malahan Arwah Bapa Sikaipur ada juga menyarankan penulis agar menyambung mengusahakan tanah yang dibuka dan diteroka oleh Arwah Ayah Penulis, Arwah Bapa Sikaipur ini adalah anak murid Tua Mandur Sarip yang setaraf atau lebih senior lagi dari Arwah Bapa Ali.(Mohamad Ali@ yundal)

Dengar cerita Arwah Bapa Si Kaipur ini pun berasal  dari penempatan awal Kg. Ratau Ranau. orang Saryoh juga lah.

Menurut cerita Arwah Bapa Sikaipur (si Kaipur ini nama anaknya,) (kaedah bahasa arab),Kononnya Mandur Sarif telah berpesan jika hendak berpindah atau membuka satu penampatan baru, jangan mundik ke hilir (kada sumawa atau PENANSAWA) tapi hendaklah menuju ke Hulu (sumarayeh /SARAYOH).Tapi Bapa Ali dan beberapa yang lain Telah memungkiri juga arahan tersebut,(suminawa juga) Membuka juga penempatan Kg.Lohan (ulu dan Schem 1&2) dan akibatnya kononya ada yang menerima musibahnya.

Dari Kaedah dan petua pantang larang cara penghijrahaan ini penulis memilih semua Asal muasal penghijrah adalah dari sebelah hilir (Penansawa) yang menghulu ke hulu (sumarayeh) Ini hanya dapat di praktikan di persekitaran penempatan yang berhampiran dengan sungai.(di sabah orang di penansawa(Hilir) tidak suka kalau orang di sarayeh (ulu) mereka akan kata kamu penansawa bah!!

(ps ,di semananjung pula orang ulu tidak suka kalau orang hilir kata mereka orang ulu)

Dari Arwah Bapa Sikaipur, ini juga saya sedikit sebanyak telah dikhabarkan tentang beberapa kesalahan kaedah, bacaan dan niat oleh penerus dan pewaris Ajaran Mandur Sarip khasnya di Kg. Lohan,

contohnya ketika penyembelihan binatang ternakan, oleh pewaris Ajaran Mandur Sarip yang ada di Kg. Lohan . kata Arwah Bapa Sikaipur adakah mereka menghantar segala jenis hantu ke Gunung Kinabalu?. Penuhlah Gunung Kinabalu dengan Hantu.
.
contoh pautan.
Bah, udah lo nyembah RORO KIDUL dan bikin sesajen ke Gunung Kemukus? ah, ga ada bedalah ANIMISME Jawa sama HINDUISME. Sama2 nyembah JIN dan RUH GENTAYANGAN. Yang penting mistis

POKOK PERSOALANNYA, Buddha meninggalkan hinduisme karena dari kacamata buddha, hinduisme itu ada yg gak beres, kacau dan sinkretismenya keterlaluan sampe GAJAH 7 tangan dan SAPI aja bisa dianggap Tuhan.

Persis macam jawa, kejawean, Islam KTP dan abangan. Segala JIN RORO KIDUL dan GUNUNG KEMUKUS lah disembah atas alasan MISTIS. www.topix.com/forum/world/malaysia/T23NRPFNT5JK3ILFS/p12 - Cached


Arwah Bapa Sikaipur Menyatakan dan mensyorkan penulis hanya ada dua orang sahaja di kampong Lohan yang masih boleh di harap dan kebetulan mereka ini masih dalam lingkungan keluarga yang terdekat bagi penulis.akhirnya penulis juga dapati kedua-duanya itupun mempraktikan seperti kaedah,bacaan dan niatnya seperti yang di sanggah oleh Arwah Bapa Sikaipur.

contoh pautan
pasal mantra pintu gua tu.. walaupun aku bukan org Jawa, aku ada jugak la blaja sket2 dgn member2 Jawa aku.. memang P.Ramlee pakai bahasa Jawa yg maksud dia memang mengarut.. hahaha..

Buka pintu gua:
Niat enson matakaji semar ngiseng- Niat seorang insan yang sangat bertekad hingga semar terberak

Tutup pintu gua:
Rampo ngiseng semar tilem- Lepas berak semar tidur

Kassim Baba merapu:
Niat ngiseng semar ngiseng eson ngiseng- Niat nak berak, semar berak, boleh ke berak

Eson ngiseng semar ngiseng kabeh wong poto ngiseng- boleh ke berak, semar berak, semua orang berak

Aku ada tanya member jawa aku berkenaan maksud 'semar' tapi dia tak nak jawab.. taboo sangat ke? Ada member2 jawa yg bole kasitau?

Then apa maksud "marang prapu kepunden parang skeper".. famous gile dalam filem P.Ramlee kan?Heheh...aku tanya nenek ngan arwah bapak aku...semua tak bagitau apa maksud "marang perapu...." dengan "semar" tu.. mforum.cari.com.my/archiver/?tid-437549-page-8.html - Cached


Penulis sering dan juga ada menasihatkan lingkungan keluarga terdekat ini,supaya sapa-sapa yang di tawarkan menjadi pewaris mana-mana Ajaran ini,agar berfikir semasak-masaknya agar jangan cuba-cuba mengizinkan diri untuk menjadi perwaris antara dua Warisan Ajaran yang memang populer berlegar-legar di lingkungan keluarga ( dan ada juga kehadiran warisan Generasi baru tapi dari namanya sahaja ).

Seperti maksudnya Penulis lebih mengagungkan Ajaran Warisan yang di bawakan dari Semananjung Malaysia ini (Abjad Malaysia)? Memang pun penulis lebih Mengagungkan Abjad Malaysia, dengan tanpa rasa tak’sub pun..

Semasa berlaku pertemuan antara Penulis dengan Ayahnya Si Kaipur ini, penulis sudah Mengistiharkan diri telah Berabi’ah dengan tali murabbi Syekh Muhiyddin. Dan penulis selama ini berdiam dengan segala apa jua jenis serangan mereka-mereka yang dengki,sama ada yang bersifat nyata atau bersifat halus dari kedua-dua warisan.

Ajaran warisan berkaitan tersebut pernah dan sering bergabung untuk cuba menidakan keupayaan penulis,sejak bertahun-tahun dulu. Khabarnya terbaru adanya yang lebih hebat, Alhamdulillah Syukran lillah atas rahmatnya dan kurnianya. Biarkanlah mereka sendiri menemui penghujungnya. Atas makna ini sepatutnya penulis berhak untuk tak’sub dan dibolehkan menyerang balik!!!! Tapi itulah.......... Saya bukan anda, dan anda bukan saya. Bukan senang menyertai seperti saya.

Arwah bapa penulis sebenarnya mempunyai adik perempuan (dalam ingatan penulis barang kali bunyi nama itu seperti Kumpetai Bt Basat) yang telah berkhawin dan berhijrah menetap di Tambunan, kami telah terputus hubung lebih 28 tahun,entah hidup entahkan telah mati,entah mana sudah anak-anaknya,Dulu pernah kami sekali sahaja,berkumpul ketika zaman kanak-kanak (bapa mereka baru meninggal dunia), hubungan kami memang tidak arkab.(beberapa waktu lalu akhirnya mereka menemui keluarga penulis atas sumbangan alam maya  ini IT dan terima kasih juga Facebook)

Hubungan kami tidak Arkab Mungkin di sebabkan pertama. Masalah komonikasi Mereka menggunakan loghat lain(Kadazan pekat) dan lebih suka berbahasa Inggerish, pernah juga mereka menyanyikan lagu-lagu rohani bahasa inggerish sebelum makan, agak pelik bagi keluarga penulis

Kedua, meraka berlainan Pegangan agama dengan penulis. Keluarga penulis telah memeluk muslim manakala mereka memilih romen katolik, kemungkinan mereka ada perasaan takut di muslimkan, Maafkan kami kiranya masih ada dendam di hati, Sebenarnya kita masih satu keluarga Cuma sekarang penulis tidak tahu macam mana untuk menjejak kasih.jauh di sudut hati penulis masih berazam agar kita dapat menghimpun dan berkumpul sekali sekala.

SEDIKIT TENTANG KISAH DI KG SOSONDOTAN

Berkaitan Penampatan awal di Kg. Sosondoton itu, Saya sering mendengar tangen-tangen dari orang yang lebih tua dari Penulis bahawa kononnya KOTA SOSONDOTON ITU terdiri dari beberapa bahagian dan berdiri beberapa buah RUMAH PANJANG( WALAI TAGAYOH sumber ck nin), cuma yang penulis masih ingat dari penceritaan itu satu tempat yang dinamakan sebagai. KOTA KUBENG. dan sebenarnya masih ada beberapa (KOTA) lokasi lagi tempat lain lagi tetapi penulis sudah tidak ingat namanya,

Di KOTA KUBENG ini pun ada beberapa buah rumah Panjang.  penulis pernah mendengar beberapa nama-nama keluarga yang disebut pernah tinggal bersama dalam sebuah RUMAH PANJANG TERSEBUT.

Padahal bila sudah mendiami penempatan KG. Lohan 1 ini. macamlah mereka tiada ada kaitan langsung atau sejerah Tinggal Bersama dalam Rumah Panjang terus dilupakan.... ha ha.. haaa Sebenarnya Mereka Pada Masa Itu pun masih Kecil-kecil Belaka. mengurat pun tidak pandai. yang togel-togel belaka lah itu.

Pada tradisi ini penduduknya masih belum lagi menerima keberagamaan, Ritual lama (kinerehingan dalam semua rinaait (jampian mentera)oleh bebelian (pengantara), patod sebagai tempat penyempaian upacara) dengulu-gulu (pagan & hindu).

Dalam tradisi mengayau menenggerib (Pengait) dan sumasanged (serang-menyerang),Kota Sosondoton bersatu dan bersekutu dengan Kota Ratau, Kota Teguden Lama dan Kota Keranaan menghadapi permusuhan dan sumanged (perang) yang agak lama dengan penempatan jiran iaitu Kota Toboh Lama Ranau,( ps entah pasal apa diorang boleh berperang ).

Di Asal penempatan Kg. Ratau Ranau ini juga ada di ceritakan masih adanya rumah untuk (kinadau) penyimpanan KEPALA dari mangsa  dari tradisi mangayau. (mengenggerib) pengait kepala, sewaktu zaman dulu-dulu lagi dan Masih di jaga sehingga ke hari ini (penulis tidak pernah melihat objek ini kerana belum berkesempatan melawat ke sana ).

ISLAM MULA DI KG. RATAU

Islam mula berkembang di RANAU berasal dari Kampong Ratau ini, Apabila Mohamad Ali dan Samad kembali dari pekerjaan di Kebun Getah  inggerish di Manggatal. KOTA KINABALU (keduanya berguru dengan Mandur sarip)

Semasa penulis ziarah berhari raya di  salah satu kampong di sarayo (sawal kedua 2010) saya terdengar pebualan Antara Cikgu Jamri Julian@ Sariman dengan Ibunya tuan Rumah, dalam perbualan tersebut.  penulis ingingan maklumat selanjutnya dari  Cikgu Jamry. Jadi Menurut Beliau  sebenarnya Katanya dah ada sudah beberapa pertemuan beberapa acara aktiviti. contohnya mesyuarat kekeluargaan dan telah ada di buat catatatan salasilah keluaraga yang berasal dari Kg. Ratau berdasarkan  dari keturunan besar mengikut yang terAwal (lupa lagi nama-nama besar itu) tapi kononya telah dicatat Oleh En. Muhinin Midin.

(Allahu Akbar penulis saja yang sentiasa ketinggalan berita. Kalau dapat tu memang penulis sertakan dalam penulisan ini.).( penulis telah edit peranggan ini dari isi asal kerana telah timbul sedikit pertikaian penulis dengan rendah diri mohon ampun dan maaf )

ANTARA BERIKUT MANAKAH YANG LEBIH DAHULU DI KENALI DI RANAU? DUSUN ATAU KADAZAN ?

Malas betul saya mengikut penceritaan orang lain, maka penulis ambil cerita dalam keluaraga sendiri, (penulis suka mengambil cerita diri kerana itulah sumber yang paling mudah & angkat bakul sendiri ?) abang penulis dan adik-adiknya tertulis dusun sebagai bangsanya dalam sijil lahir, manakala penulis dan adik-adik , tertulis pula Kadazan sebagai bangsanya. adakah pekerja pendaftaran itu suka hati saja tulis bangsa orang? penulis tiga kali buat IC biru, barulah dapat yang betul segala ejaanya.

(ps jadinya DUSUN ajalah  yang ada di Ranau. KADAZAN itu dalam surat beranak sahaja) dan ada juga bah rakan-rakan yang lebih offf.....  bangsa  KADAZAN tiada bah.....  konon hanya diada-adakan sahaja. jangan marah ki.... piss u.

#Pembaca mungkin beranggapan saya tidak banyak membaca artikel pasal Kadazan Dusun Murut yang telah dicatat oleh para pengambara dahulu kala.  kalau 1900an apa barang? cerita mat salleh dan pak Musa pun1800an bah.

Aktiviti Perdagangan Arab Cina berlaku sebelum Tahun Masihi (SM) Untuk Jelasnya SM ini sebelum Nabi Isa as di Putrakan. manakala PERTUGIS, SPANYOL,BELANDA DAN INGGERIS datang selapas tahun Masihi, KDM dah ada atau belum ketika era Perdagangan Arab dan cina?

Tradisi Pohon kehidupan NUNUK RAGAN telah menceritakan keberadaan Suku bangsa KDM dalam bentuk keadaan kominiti masing-masing. Jadi siapa dulu?  Nabi Adam lah yang Dahulu. 

Saya bukanlah mendakwa yang Adam itu di turunakan Dari Syurga di Nunuk Ragang, tapi macam begitulah untuk cuba menghampiri mesej yang ingin saya sampaikan.

 Menurut Catatan,  tamadun dan bahasa  jarang bertahan Melebihi 2000 tahun. ia akan musnah dan hilang dengan sendirinya. Melainkan bahasa Arab yang baru kira-kira berusia 2000 tahun umurnya,  Oleh kerana bahasa Arab ini dianggap sebagai Mukjizat dan ada Kelebihan dan ada Keagungannya. maka ia akan bertahan Kembali sehingga Hari Qiamat. 

Tuan- tuan puan-puan ketahuilah saya tidak BERMINAT dengan SEMUA  itu. Kerana pada saya Sejarah Bangsa adalah disimpan dan dituturkan oleh Bangsa SENDIRI dan hanya saya wariskan penceritaannya kepada anak keturunan bangsa sendiri. supaya ia pandai merendah diri. menjaga diri dan bermaruah. Seperti Kata FALSAFAH warisan Biarlah kena pijak-pijak macam ini Tanah, tapi bila membalas macam Ayam kena sembelih.... wuuu patutlah  bisa oooooooo.

 BANGSA biar dijaga macam mana  SEkALI PUN Tetap akan PUPUS. seperti PUPUSNYA beberapa tamadun maju yang lampau. Dari bangsa yang Maju seperti Madyan, babylon. DLL.BANGSA yang kena telan Bumi pun ada. NAK bangga apa dengan Sejarah BANGSA. Jadi kalau pada saya. cerita bangsa ini saya jadikan Iktibar dan Padoman. Tiada keperluan untuk  saya p mengetahui dan bercakap pasal Asal Usul Keturunan semata-mata Cuba mengAgunkan bangsa. tau sejarah cukuplah.

Kenyataaan KDM dah ada pada zaman Legenda Nunuk RAGANG tahun berapa ini? takanlah baru 1300M? kalau kamu tidak tau juga?  adakah saya juga tidak tahu? Saya memang minat penceritaan yang menghikayatkan Alam Melayu telah ada sejak Nabi Nuh as. Saya juga melihat kebarangkalian Nabi Ibrahim dengan Bramah (hindu). 

Macam Luculah  kan kalau saya kata Pernah ada Nabi di utuskan kepada Bangsa KDM!!! apa macam?

Bila buat surat beranak untuk anak. saya masih memilih KADAZAN untuk suku bangasanya. walau pegawai pendaftaran itu menawarkan boleh menamakan bangsa berdasarkan nasab isteri. saya tetap dan menjawab biarlah..... kerana saya ada cerita sendiri untuknya. wuiiiiiii adakah Kadazan yang nama ANNUR HUDA tanpa menggunakan @?

Selalunya bila Di sebut Kadazan kita boleh terpandang dan terfikir beberapa Pemimpin ada nama. contohnya YB Josep Pairin Kintingan. barang kali YB welfred Bumburing itu dari suku kimaragang. Datok Jusip Kurup dari suku Murut. macam mana pula dengan Suku Dusun siapa yah.... yang sesuai jadi idola?......  Kenapa BUKAN SAYA?

DIRI SENDIRI SEBAGAI PENENTU RAS SUKU BANGSA RANAU 

Dalam perkampungan penulis, keluarga penulis ini memang orginel bertutur dalam bahasa yang dikatakan Dusun ini, tapi keluarga penulis mempunyai KULIT YANG LEBIH GELAP dan ciri-ciri bentuk badan kami ( RAS) yang lebih kepada arah Orang Melayu INDONOSIA, FILIPINA atau SEMANANJUNG MALAYSIA.

Satu kisah benar yang Berlaku pada Penulis. Sekitar tahun 80an Masa itu Pasar Ikan Lama di Pekan Ranau masih Beroparasi. Dan di tingkat Atasnya ada minum-minum yang menghilangkan Akal yang Waras. Suatu ketika saya di tahan ditangganya oleh Seorang  yang mabuk Tak lah saya tuduh mencari Pasal. Cuma dituduhnya Saya ini Pendatang. walaupun Bahasa yang digunakannya Melayu tapi saya Fahamlah Lokal Dusunlah yang berani Menuduh Begini Kan?

Memang Agak ributlah Sedikit.. kalau Satu kadai Minum itu turun mungkin ceritanya lain Berlaku. Tapi dua-dua Pemilik Gerai Makan Muslim Tingkat Atas itu kenal dengan Saya. jadi saya Cool sikitlah walau Time ini zaman Kegemilangan Saya Point Berabis 10- 0.5 saya muda belia belasan tahun,  Tapi Saya Masih waras  orang diri jangan diberi malu bangsa sendiri. Lantas saya ucsap belakangnya dengan lembut. ingatkan sempatlah saya sepatah kata bagi nasihat dengan Abang @ Pakcik ini,  baru sentuh Muntah berabis sikawan. Naaa kan..... . Tarada dan tempiling belum naik lagi. silap-silap Boleh Game Over ooooh ko awan.

Bah... yang Gemar ampai-ampai itu kasi kurang-kuranglah Bah Meginum itu. Kalau Berhenti lagi bagus. Pekamalu nepe bangsa.(Ps Gaman Kalau ko Masih idup em eseritaan sama anak cucu ini serita meki ampun eku ne Kio.. eken pekamalu nga tetuduk tekau di suked wagu danganak) kalau ko masih tidak puas hati carilah saya ) 

Yang menjadikan kami bukan sekadar mampu bertutur dalam Bahasa Dusun,kami memang mempunyai WARNA MATA yang lebih kearah COKLAT, dan lelaki boleh menyimpan MISAI DAN JANGUT yang agak menarik. Rambut yang macam PERPUSAR-PUSAR seperti hero dan heroin pelakon Hindustan. Dan penulis sendiri lebih mirip kepada osama bin laden .. ini memudahkan saya bergaul dengan sebarang bangsa.

Pun begitu, ramai juga dalam masyarakat kami (RAS)yang sebenarnya warna KULITNYA LEBIH PUTIH macam mayat tapi matanya masih BERWARNA COKLAT. Orang Dusun yang lebih realistic kononnya adalah yang berkulit agak PUTIH MELEPAK dan bermata HITAM KELABU dan BERAMBUT TERPACAK lurus, BADAN RENDAH dan MATA SEPET seperti Korea, Jepun dan Taiwan. jadi kena cari DNA yang ori ASLI.

BAHASA DAN LAHJAH ORANG RANAU ASLI.

Dalam daerah Ranau pada hari ini, secara individu penulis meletakan keunikan lahjah (Loghat) bahasa yang teramat indah ini bermula dengan irama lembut indah Kg. Bundu Tuhan (RAS BUNDU entah dari mana dorang ini. tolong kamu cari  .. mana tahu ada kaitan sama kg. bundu kuala Penyu),

lohgat indah bundu itu berubah sedikit di KG.Himbaan (masih ada bunyi BUNDU +++ SARAYOH), Kg. Teguden Lama,Kg. karanaaan,Kg. Tungau. berubah lagi di Kg. Kinasaraban, berubah lagi di Kg. kundasang, berubah di Kg. pinausuk.( kesemuanya mempunya bunyi irama yang lembut)

Dari segi pertuturan lahjah ini di kawasan Mukim Tanah Rata Amnya dan khasnya di Mukim Lohan bahasanya lebih moden, mula lurus tanpa ada rima dan tempo, agak kasar sedikit dan laju pengucapanya. tetapi mereka juga mampu berkebolehan meniru dengan mudah semua irama lahjah pertuturan perkampong lain, dan pada adatnya perkampong asal boleh dikenali dengan gaya lahjah pertuturan bahasanya. tidak dengan warna kulitnya.

Nah.... Kamu Saya juga menguasai dengan baik lahjah Sarayoh , irama Bundu, kinasaraban kundasang dan Dusun diorang si Osau  yang sana Peneng Sawa' ( Sebalah Sawa') sebalah hilir.  

PS/ dalam mencari erti makna Gayong, untuk penulisan Tajuk GAYONG saya terjumpa penerangan yang sangat mengembirakan saya. perenggan tersebut berada ms 16 di artikel Khas di Abjad Johor 

Sebelum dihuraikan  perkataan „silat‟, terlebih dahulu dihuraikan perkataan
"gayung‟. Perkataan "gayung‟   asalnya daripada perkataan Melayu Kuno.  Asal
perkataannya terbit daripada perkataan "gawang‟.   Sebagai  contoh gawang tangan,
gawang siku, gawang kepala, gawang badan, gawang lutut, gawang kaki, menolak,
menyepak, menepis sesuatu kejahatan yang datang pada diri. 

Perkataan "gawang‟ ertinya satu sifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada 
semua jenis bernyawa yang  terdiri daripada manusia dan binatang bagi menolak jahat
dan menerima baik sama ada secara tiba-tiba  ataupun melalui susunan latihan.
Daripada perkataan „gawang‟ inilah terbitnya perkataan „gayung‟. 

Perkataan  „gayung‟ pula  kalau   diterjemahkan   ke  dalam  bahasa kita 
sekarang ertinya susunan langkahan pertahanan diri iaitu setiap satu susunan
langkahan yang disertakan dengan tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak, terajang, 
tepis- menepis, lompat-melompat, elak-mengelak dan sebagainya, kaedah ini memang
ada pada setiap bangsa di dunia.

 untuk makluman dan pengatahuan Tuan-tuan dan puan-puan sekelian yang kalimah ini "Gawang" lebih secocok dan sangat dengan dekat dengan bahasa Tempatan kita. dan sampai sekarang saya tidak tergeliat atau tersasul lidah menyebutnya. Bahasa Melayu Kuno rupanya. wuuhhh... Tak sangka Zahir lagi satu alimah bahasa kami yang pernah dituturkan  pada Zaman Melayu Kuno.Siap lah kamu orang yang bersangka Kadazan Dusun Murut ini tidak pernah ada Kesultanan (Kerajaan). 

Ada kamu kenal siapa si Dorin Jones?  atau pernah terbaca yang selalu mengomen penulisan si al- Semantani

Orang Ranau panggil silat ini Kuntau bah kan?. Kalau perkataan GAWANG ini maksudnya macam luas kawasan diantara-antara contohnya macam bukaan sesuatu.  ngam juga kuntau pun buka tutup- buka tutup. iwangan em buangan.



PERDEBATAN MENGENAI ASAL-USUL BANGSA DI NUSANTARA



Mengenai asal-usul rumpuan bangsa Austronasia yang menjadi bangsa-bangsa di Asia Tenggara dan pasifik menjadi perdebatan, apakah berasal dari Taiwan, Dataran Sunda, Hong Kong. Yunan, Filipina Atau Jepun.

Bangsa Melayu dibezakan menjadi 2 suku bangsa iaitu;

1-Melayu tua proto melayu yang mewarisi kebudayaan paleolitikum. Suku bangsa Indonosia yang anak keturunan ini adalah Dayak dan Torja.

2- Melayu muda deuteron melayu yang mewarisi kebudayaan perunggu. Suku bangsa indonosia yang termasuk keturunan ini adalah suku jawa , melayu dan bugis.
Pada masa itu, teknologi pelayaaran semakin canggih. Ada yang bermigrasi kearah timur menuju mikronesia, ada yang menuju kea rah selatan melalui Filipina Selatan Ke Kalimantan, Sulawesi , Jawa Dan Sumatera Serta Semananjung Tanah Melayu. Jadi bangsa di nusantara merupakan keturunan ras Mongolia selatan dan bercampur dengan rumpun Aria Dari India Bangsa Arab Dan Bangsa Eropah.

KITA TELAH MELIWATI WAKTU DAN ZAMAN INI

1. Zaman Prasejarah (Nabi Adam. Nabi Idris Nabi Nuh Nabi Sallah)
2. Zaman Pengaruh India Agama Hindu ( Nabi Ibrahim Hingga Nabi Isa iaitu 124.000 Nabi 24 Rasul)
3. Zaman Pengaruh Singhasari Dan Majapahit (Nabi Muhammad saw hingga hari kiamat)
4. Zaman Pengaruh Sriwijaya Dan Awal Kedatangan Islam 
5. Zaman Hindia Belanda/ Inggerish
6.Zaman Jepun
7.Federalisme
8.Zaman Modern


CERITA-CERITA LEGENDA RANAU (SABAH)
www.sabahforum.com/forum/kadazandusun-murut/topic6648.html - Cached
earthdarkangel.blogspot.com/2009/11/nunuk-ragang.html - Cached - Similar
www.scribd.com/.../Sejarah-Asal-Usul-Masyarakat-Dusun - Cached - Similar
www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm - Cached - Similar
atak6.tripod.com/nad99.pdf - Similar
www.facebook.com/pages/TANGON.../138373329528135 - Cached
eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=498922 - Cached


Sumber: http://www.mysabah.com/wordpress/?p=264
LAGENDA KERAJAAN NUNUK RAGANG














Genarasi kita kini sudah mula bercalaru, tidak diketahui siapa sebenarnya nenek moyang Dusun Ranau, dari mana asal-usulnya, dan sejak bila mereka mulai menempati Bumi Ranau ini dan beranak-pinak ?
pertanyaan seperti ini. HANYA akan terjawab dengan mempelajari peninggalan arkeolagi serta bantuan dispilin ilmu lainya seperti ilmu linguistic, antropologi budaya. Paleoantropoloi atau ilmu genetika..

Mungkin Legenda Nunuk Ragang Di Teroka pada antara masa berikut.

2. Zaman Pengaruh India (Agama Hindu)(berdasarkan Pokok Nunuk Ragang(pokok Hindu)
3. Zaman Pengaruh Singhasari Dan Majapahit
4. Zaman Sebelum Banjir Besar( Nabi Nuh- Nabi Ibrahim)



Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut;

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Agak menarik juga Teori yang diberikan oleh kalangadan.blogdrive.com/archive/162.htm Selongkar Misteri dan Asal Usul KDM! Bersama En.Gindapka - Seorang Forumer. Mengenai Dusun Tatana Kuala Penyu (pemilik bloge Tak izinkan Copy).

(Dari pengalaman penulis sendiri Di antara keunikan Dusun Tatana Kuala Penyu dan Dusun Bisaya, mereka ini memahami dan mampu mencuri pertuturan yang di gunakan oleh Orang Dusun dari mana-mana Daerah di Sabah, manakala penulis hanya memahami perkataan yang hampir sama atau sama sebutan dan maknanya dalam bahasa Dusun Ranau dengan Dusun Tatana dan Dusun Bisaya.)














APA SEBENARNYA NUNUK RAGANG INI?

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori dan cerita mulut ke mulut.. Hampir menjadi cerita Pengipulara.

 Cerita Legenda Nunuk Ragang merupakan satu kaitan yang rapat dalam membuka lembaran sejarah yang dikaitkan dengan Asal Muasal  Masyarakat KadazanDusunMurut.(KDM)

 Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, telah berjaya membongkar asal usul masyarakat Kadazan Dusun Murut). contoh.

Masyarakat Kadazan Dusun mempercayai bahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang bermakna “Pohon Berbunga warna merah”. Tempat tersebut terletak di satu KAWASAN DANAU di hulu Sg. Labuk  dari Telupid, dan  SG. LIWAGU Kalau Dari Ranau.

 Pada masa sekarang Nunuk Ragang ini terletak lebih kurang 45KM di Daerah Ranau.(lebih kurang 1 jam perjalanan jalan raya dari arah pekan Ranau dan satu Jam juga dari arah pekan Telupid) Telah dibina Riplika Unik Sebagai Memenum Nunuk.



Penulis merasakan penafsiran Nunuk sebagi Pokok Ara adalah Kurang Tepat. Kerana Pokok Ara yang biasa ditemui dan dikenali adalah tumbuhan berasal dari perasit (penumpang) dan tidak pula akan ada bermusim berbunganya.  Nunuk pun tidak  pernah akan berbunga cuma ia akan membesar dan akan Terus membesar sebagai Nunuk  yang berpenunggu.

 ASAL  sahaja Pokok itu Besar dan Rimbun  itulah NUNUK. dan berpenunggu pula tu. Inilah yang saya ingat diterap dalam Masyarakat Saya.

Walaupun kita diwariskan dengan penceritaan bahawa asal sahaja NUNUK maka mungkin  berpenunggu dan kadang-kadang perlu di SUBAK atau kadang-kadang dijadikan orang sebagai PATOD


TAPI KALAU SEKADAR POKOK, APAKAH NAMA SEBENAR POKOK YANG BOLEH BERBUNGA MERAH ??

Dalam bahasa ibunda  penulis, pokok yang berubah rimbunanya daun dan boleh berbunga menjadi kemerah-merahan hanya lah  pokok bernama (Marang Parang). ingat lagu pembuka pintu Gua Versi Seniman S.Samsudin "Marang Parpu marang kepunden......."

Manakala digelar Ragang (merah) kerana pada musim bunganya akan mengeluarkan bunga yang menjadikan sepohon pokok tersebut. Semuanya akan berwarna merah. termasuk daunannya pun akan kelihatan berwarna merah.

kalau  masih ada kita terjumpa spesis pokok ini.(mungkin Pokok yang di bawa dari India atau orang terdahulu dari sini membawa ke INDIA)


Simbol
Simbol wilayah
Simbol wilayah Chiang Mai terdiri daripada seekor gajah putih di atas pentas gelas yang berbumbung. Gajah putih adalah lambang diraja Thailand, dan dipaparkan dalam simbol ini intuk mengingati peristiwa di mana Raja Rama II mempersembahkan seekor gajah putih kepada raja Chiang Mai. Pentas gelas yang berbumbung pula memberi makna bahawa agama Buddha mekar di Chiang Mai terutama sekali pada tahun 1477 di mana ajaran Buddha, Tripitaka dikaji semula.
Bunga dan pohon rasmi wilayah ini ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma). ms.wikipedia.org/wiki/Chiang_Mai_(wilayah) - Cached - Similar
ta.winelib.com/wiki/செம்மயிற்கொன்றை - Cached


# Mungkin tidak salah untuk saya  war-warkan dapatan yang lebih hampir dan selari dengan Sumber Semua Agama. yang mana NUNUK RAGANG ini sebenarnya diumpamakan atau selari dengan POKOK KEHIDUPAN atau POHON KEHIDUPAN.  Pohon larangan yang telah dimakan Buahnya oleh Adam dan Isterinya. Atas Sabab musabab inilah inilah bermulanya Sebuah Pokok Kehidupan Manusia Di MUKA BUMI.  ba... trai  kamu Google apa Pohon Kehidupan dalam Agama Masing-masing.

KG. NUNUK RAGANG PADA MASA INI


KG. Nunuk Ragang (Jambatan Liwagu) letaknya (Pielungan) di pertemuan antara dua buah sungai iaitu Sungai Liwagu (kewananan) kanan yang mengalir dari pekan Ranau terus ke Sg. Labuk Telupid (penulis pun tidak pasti sama ada Sg. Liwagu ini bertemu dengan Sg. Labuk dahulu atau bertemu dengan Sg. Tongod dahulu) dan Sungai kiri (kegibangan) Sungai ini mengalir dari pergunungan timur Nunuk Ragang (dari sungai Kenipir dan sungai Melewut),


SEKIRANYA NUNUK RAGANG HANYA SEBAGAI PERHENTIAN SEMANTARA.

Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai laluan utama perpindahan beramai-ramai masyarakat KadazanDusun ke seluruh pelosok tempat di Negeri Sabah. eforum6.cari.com.my/mobile/?tid-189348-page-2.html - Cached

Suku Dusun Ranau percaya NENEK MOYANG mereka telah mendarat di persisiran pantai Sandakan sebelum sebahagian dari suku Dusun ini berpecah dan seterusnya sebahagian suku yang lain telah sampai ke NUNUK RAGANG melalui sungai Liwagu baharulah beranak pinak dan seterusnya berkembang ke seluruh Ranau,

Dan sebahagian suku yang lain telah sampai ke Tambunan contohnya Kg. Madsangeh,( ilovesabah.forumotion.net/.../siapa-pernah-pigi-toboh-baru-t577-45.htm - Cached) di susuri melalui Sungai kegibangan yang bersambung sungai melewut dan sungai Kenipir.

Kini suku Dusun Ranau telah pun berada hampir minoroti terseber diseluruh kawasan di Sabah. Dan mereka menamakan penampatan baru mereka ini dengan nama kampung asal. Contoh Kg. Karanaan Keningau yang dikatakan pendudukunya Berasal Dari Kg. Karanaan Ranau.

SAIZ POHON NUNUK RAGANG

Menurut sumber cerita lisan yang diperolehi daripada masyarakat KadazanDusun Murut itu sendiri, pokok (marang Parang) tersebut adalah sebesar enam depa lingkungan tangan yang memeluknya, daun- daun yang merimbun pula dapat melindungi di bawahnya sebanyak tujuh buah pondok kecil masyarakat KadazanDusun dahulu kala yang bersaiz 240 kaki persegi.

Menurut cerita lisan orang tua penulis Konon nya Nunuk Ragang ini mulanya di diami oleh orang (sungai) Sagame /AKI RUNGUS, oleh kerana kalah (atau di usir kerana tidak bayar sewa) dalam sarangan orang darat maka mereka pun meneruskan pengambaraan untuk mencari penempatan baru, Momogun Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Laut. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kumpulan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Kota Marudu,Pitas dan Paitan( Asal usul pejuang Rakyat Pak Mausa & Abang mausa pedagang yang berasal dari Sumetra)

Orang Darat (dari bukit) DAYAK bukit yang berjaya menawan (mengusir) dan mendiami penempatan NUNUK RAGANG pula akhirnya di landa wabak Misteri Ragang Busul (Alat kemaluan Jadi Merah)atau di sebut juga( AKI MARAGANG)penulis sendiri tidak dapat menentukan sama ada Aki Maragang ini adalah asal usul suku Dusun Kimaragang, Cuma penulis ingin dinyatakan, AKI MARAGANG ini sebenarnya bertanggungjawab untuk menyelasaikan wabak penyakit yang melanda ini.

(Perkataan Aki atau Ki, dalam bahasa Melayu malaysia boleh di artikan sebagai Tuan). sejarahhangtuah.wordpress.com/.../sebutan-hang-pada-nama-hang-tuah/ - Cached

MASYARAKAT NUNUK RAGANG DI LANDA WABAK PENYAKIT

Berbetulan pula ketika itu atau di sebebakan oleh (Marang Parang) sedang berbunga merah menyababkan  penyakit Kolerah atau penyakit Taun, yang di panggil penduduk temptan sebagai penyakit Ragang busul (dinamakan Ragang Busul kerana kerapnya membuang Air Besar sehingga mengakibatkan Alat kemaluan itu pun berwarna merah) atau sehingga pengidapnya membuang Air Besar kerap sehingga keluar najis bersama darah maka dinamakan ragang tai.. atau diajuk dari kata orang putih Red banyan tree.

RAGANG juga dalam bahasa Dusun boleh diTafsirkan bermaksud Anak kecil yang baharu lahir. Alaaa Jadi NUNUK itu Saiz Kecil lah kalau macam ini. ataupun NUNUK ini nama seseorang yang Melahirkan Seseorang atau Si NUNUK ini memang berkulit Merah. wah... hebat juga keturunan kita kan? kita dengan RED INDIAN US adalah adik beradik keturunan.

Wabak penyakit ini mengakibatkan ramai penghuni rumah persinggahan ini meninggal dunia.(ada juga pengkaisahan yang mengkaitkan ini adalah angkara sumpahan (sindaat) dari orang sungai yang kalah berperang dan telah diusir dari penempatan ini

Akhirnya orang Darat yang dilanda wabak RAGANG BUSUL (ragang tai..) ini pun,mengambil keputusan mengambara lagi untuk mencari kawasan penempatan baru yang lebih sesuai (selamat) terutama di bukit-bukit dan mempunyai sumber Air dan makanan yang lebih banyak.

 NUNUK RAGANG HARI INI TINGGAL HANYA SEBAGAI METOS

Legenda Nunuk Ragang ini tidak meninggalakan apa-apa untuk di buat kajian. Lantaran itu biarpun bersifat mitos tetapi sebenarnya ada kebenaranya dalam bidang Geografi dan sejarah. kerana Legenda Nunuk Ragang adalah sangat sesuai sebagai Penempatan persinggahan RESTHOUSE  kata orang sekarang. sebelum bertaburan Ke seluruh Ranau. dan (Borneo Utara ) Porneo Amnya.

Jalan darat melalui sungai adalah sistem perhubungan utama sejak dari dahulu lagi. Sistem perhubungan tersebut lebih popular Dalam sejarah perjuangan Paduka Mat Salleh Menentang British.

1.Rangkaian jalan darat dan sungai menghubungkan beberapa tempat, seperti dari Laha Datu atau Tawau mengikut jalan darat dan Tenom ( sungai padas) ke Baufort atau Labuan.

2.Sandakan menyusuri sungai Kinabatangan dan sungai Tongod Untuk sampai ke Keningau.

3. Sandakan menyusuri Sungai Kinabatangan , sungai sugut sungai keragasan untuk sampai ke kota merudu

3.Atau dari Sandakan menyusuri sungai labuk dan sungai liwgu untuk sampai ke Nunuk Ragang dan menyambung sama ada menyusuri Sungai Kegibangan dan Sungai Kenipir untuk sampai ke Tambunan kemudian seterusnya mengikut sungai menghilir menuju Pekan Tempeluri. (Jambatan Tanpa Lori) yang mundik ke Pekan Tuaran  dan menymbung ke pekan Kota Belud.

4. Atau dari Sandakan ke Nunuk Ragang menyusuri Sungai liwagu untuk sampai ke Tekurik Ranau dan menyambung ke Sungai Bambangan atau Sungai Kadamaian untuk sampai ke kota Belud.

METOS DALAM METOS

Konon pada masa dahulu, ketika orang Tagahas tiba di NUNUG RAGANG ini telah ada yang menghuninya.Jadi siapakah Orang Asal ini?

Orang dulu-dulu cakap mereka namakan MURUT, kerana sempena dari caranya yang asyik perpindah (Murut-urut)

Orang dulu-dulu cakap mereka namakan TANGGARA, kerana sifatnya yang sangat penakut maka sentiasalah duduklah ia di Tengah-tengah.

Orang dulu-dulu cakap mereka menamakan DUSUN, Sebab kuat keraja mengumeh... ahhh... aha.... aha... BETULKAH ini?

METOS YANG LEBIH MENARIK DARI METOS-METOS

Satu lagi metos yang jarang di perkatakan tetapi lebih menarik di buat kajian kerana terdapat peninggalan sejarah yang masih kelihatan, tidak jauh dari penampatan persinggahan Nunuk Ragang ini ada satu kawasan (tolong siapa-siapa yang tahu berikan namanya....  barangkali sekitar nukakatanschool.blogspot.com/ - Cached - Similar )

Tanda-tanda adanya pernah satu ketika dulu wujud satu kerajaan yang besar dan bertamadun.Dan menurut cerita setiap bulan purnama akan ada burung Angkasa (tubau) turun bermain-main sambil menari-nari kawasan lapang pergunungan Tersebut.(burung angkasa atau bidadari? ).


Pada kawasan ini kononya masih wujud khazanah peninggalan sejarah. peninggalan arkeolagi Seperti gong,Tembikar,Tampaian dan lain-lain lagi. Pernah sekali para pemburu dan para pencari rotan,okid, Gaharu, peneroka pencari penenpatan baru cuba untuk mencuri khazanah ini, malangnya selain dari sesat jalan para penceroboh itu akan jatuh sakit.atau mati sehinggalah barangan yang diambil itu dikembalikan.

Sayangnya Saya pun sebenarnya beberapa kali meminta kawan-kawan yang pernah sampai ke sana sudilah membawa saya kesana untuk dapat menyaksikan kebenaran cerita dongeng ini. namun hingga ke hari ini saya belum di permudahkan lagi.Selain untuk cuba membuktikan manalah tahu penulis adalah pewaris kerajaan Legenda lampau,dan dapat membawa sekalian peninggalan tersebut tanpa kesan apa-apa.(Jangan Lupakan saya dalam pembahagian tanah) dengar kata kawasan ini telah dan sedang diteroka untuk pembalakan.dan sedang rancak  ditanam dengan sawit

saja nak bagi tau sama kamu orang  bah.. cilaka betul itu orang... Patutnya arwah Bapa saya yang Dapat applay ini kawasan kayu balak bah. tapi inilah orang kita. ada yang jadi orang harapan bapa saya yang  pindik sangat akalnya. terlalu makan duit kalau tidak.. ada juga da'ah belanja saya Sambung Pengajian Ke Mesir.

Baru- baru ini semasa dalam majlis Doa selamat untuk  aki dan edu Mentua . saya mendengar beberapa peristiwa dan kejadian semasa mereka TERSESAT  ketika  melawat ke keTana'an di Kg. Pinulangan ( sungai Pinulangan ) time  mereka masih gila memburu. 90an barang kali.

CERITA TENTANG LEGENDA BUAYA PUTIH DAN BUAYA (KONTOT) TIDAK BEREKOR  DI SUNGAI KG. NUNUK RAGANG

Di ceritakan dari mulut ke mulut juga kononya adanya beberapa kali pernah kelihatan oleh penduduk yang melalui Jambatan lama Kg. Tempies, atau dari Jambatan Liwagu Nunuk Ragang akan seekor buaya berwarna putih, yang mana buaya tersebut sedeng berjemur di tepian Sungai Liwagu (Kawananan). Dan ada pada   ketikanya kelihatan pula Buaya Putih ini akan berenang menghulu atau menghilir dari Nunuk Ragang (Sg. Kegibangan) ke sungai Labuk.

Dan kononya terdapatnya satu lubang besar di dalam sungai LIWAGU ini yang menjadi laluan Buaya putih itu menuju ke Sungai Kinabatangan dan kadang-kadang Buaya Putih tersebut itu akan kembeli ke Tampat asalnya di Indonosia,

Dan Menurut satu cerita lagi juga dipercayai buaya putih ini adalah kembar kelahiran bagi pemilik penempatan Nunuk Ragang pada satu masa dahulu.

Manakala BUAYA tidak berekor itu pula ,kononya terlepas dari peliharan orang. Dan oleh kerana rindunya pada tuanya (Kisang ?), buaya tersebut akan datang berjemur atau menayangkan kehadiranya ke pertemuan (Pi'elungan) sungai kegibangan dan sungai kewanan ,kadang-kadang buaya tersebut kelihatan sedang  menghulu menyusuri Sungai Kegibangan dan kadang-kadang kelihatan menghilir di Sungai Kewanan menuju Sungai Labuk.








Sebagai catatan pengkongsian pengalaman dari Penulis, pernah suatu ketika dulu ketika masih lagi Jambatan Lama ke Kg.Tempies berfungsi, penulis pernah cuba memaksa rakan-rakan untuk menahan pukat sekitar(pielungan)pertemuan Sungai Kegibangan dan Sungai Kewananan. Kelihatan macam banyak betul ikan,tidak ada pula rakan yang berani turun untuk memasang pukat,rasa air sungai sungguh berlainan kata mereka.(petua tempatan).


Penulis tidak puas hati dan memang tak puas hati, selalu jadi falsafah penulis kita datang dari jauh,tak kan balik dengan tangan kosong, rugi masa dan minyak!!!!!!

Maasyahallah, Allahu Akbar,( dengan petua ) Tempat itu memang ada buaya dan semua rakan-rakan melihat dengan jelas tentang keberadanya Adanya Buaya di situ,penulis tidak dapat pastikan sama ada buaya itu yang berwarna putih atau yang tidak berekor kerana penulis tidak berpengalaman menghadapi situasi begitu. Buaya ini sempat menunjukan keramahanya dengan cuba berenang ke arah penulis. EEErrrrrrrrr

Dan daripada penemuan penulis dalam penulisan dan pembacaan tajuk ini, secara individu penulis amat berharap Agar Legenda kerajaan lampau pemilik dan penguasa penempatan persinggahan Legenda Nunuk Ragang, sebenarnya ada dan iaitu adalah sebuah kerajaan awal (atas bukit) di Kalimantan utara (Sabah) iaitu bernama Kerajaan Kutai (kini balu), kutai (india) diterjemahkan dalam bahasa melayu bererti Gua.(sekitar pergunungan hulu sungai kegibangan)

METOS AKINABALU

Di percayai juga (Aki Nabalu) adalah hanya wakil penguasa penampatan persinggahan Legenda Nunuk Ragang. (Buat apa Aki Nabalu ke Gunung Kinabalu yang tiada ada sumber makanan?,) siapa sebenarnya Raja Negara Legenda kerajaan lampau pemilik penempatan persinggahan Nunuk Ragang? Bangsa apakah Penghuni Negara Legenda lampau tersebut? Soalan ini terjawab kiranya kita dapat cari tapak istana kerajaan Pemilik Persinggahan Penampatan Nunuk Ragang.

KALAU lah Benar, kita ini dari Bangsa  Peninggalan yang Terselamat ketika Banjir Besar melanda kaum NABI NUH A.S. bermakna KeTamadunan sebenarnya telah Bermula Dari NUSANTARA ini.

PERLUKAH POLITIKAL DALAM MEMAJUKAN BANGSA?

CUMA Jangan kerana nilai politik kebangsaan maka di cuba menggunakan Ritual cara lama untuk menghidup atau menjejaki kerajaan Lampau. Hanya kerana Semata-mata mahu mencipta pengaruh, Biarlah ia menjadi Legenda dan Sejarah pada kita Masyarakat Sabah yang di namakan orang KadazanDusunMurut.

ini kerana Beberapa lama dulu Penulis juga ada di khabarkan tentang adanya Aktiviti Ritual (cara lama) denggulu-gulu (Kaharingan, Bobolian, Memerinaait,)untuk cubaan menghidupkan kuasa Gagasan Memenum Peringatan Nunuk Ragang, Penulis tidak tahu sama ada perkara ini,dengan izin Khas atau cubaan gagasan pihak Individu tertentu sahaja. Melihat kepada upacaranya memang dibuat secara besar-besaran.Akidah Islam memandangnya Syirik lagi Mensyirikan (Dosa Besar).

Masyarakat yang telah menerima Keberadaan Agama, Apa Lagi yang sudah Beragama Islam sudah tidak menerima aktiviti ritual cara lama ini dalam apa jua dalam kehidupan,Cuma bila berada dalam keadaan penghidapan dan penyembuhan penyakit akan terjerumus,leka,lalai dan kurang ambil peduli Nasihat dari Agama ,Tentangnya Nauzubillah… Belajar dan tuntulah Ilmu

ADAKAH DUSUN RANAU BERASAL DARI GOLONGAN SUKU DAYAK DI KALIMANTAN ?


 copy dari Facebook Amir Wijaya

berdasarkan pada adanya persamaan pada beberapa perkara penulis rasakan mungkin ada kebenarannya

Pada intinya, suku Dayak di Kalimantan (Borneo)sebutan inggeris untuk Negara Berunai seluruhnya terdiri dari tujuh suku besar, 18 anak suku yang sedatuk dan 405 suku keluarga dari sekian banyak diantaranya adalah suku Murut,Idaan(Dusun) dan Tidung yang daerah pemukimannya menyebar dari perbatasan pemukiman suku Kenyah di daerah Apau Daa (perbatasan Malaysia, Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur) “long pasia,” yakni daerah Tana Tidung, Sabah Timur, Sabah Barat ke utara Kalimantan

Sebenarnya dari pertuturan kuno, istilah suku Daya atau Dayak tidak pernah dijumpai.Kata Dayak termasuk istilah baru, yang baru berkembang pada masa penjajahan Belanda.Yang ada hanya istilah kata logistik yang menyebutkan Ulun Sedaya yang artinya orang yang bertempat tinggal di darat atau di atas.Oleh karena itu,suku asli yang menetap turun-temurun yang beranak pinak di kawasan daerah pantai tidak disebut sebagai Daya atau Dayak.

Sebelum datangnya Islam, Borneo berada di bawah pengaruh Hindu-Budha. daerah Kutai (Kalimantan Timur) merupakan tempat mula-mula kedatangan agama Hindu. Pengaruh Hindu tersebut merembes ke utara memasuki daerah Kiliwon (yang kemudian dikenal sebagai Kinibalu dan Brunai), keduanya terletak di Kalimantan sebelah utara. Selanjutnya dari Kalimantan Timur, pengaruh Hindu memasuki Kalimantan Selatan. Dari Kalimantan Selatan lazimnya masuk ke Kalimantan Tengah dan Barat.

Selanjutnya dari Kalimantan Timur, pengaruh Hindu memasuki Kalimantan Selatan. Dari Kalimantan Selatan lazimnya masuk ke Kalimantan Tengah dan Barat.

Secara umum ada empat besar suku yang mendiami pulau ini : Suku Banjar (Kalimantan Selatan, Tengah dan Timur); suku Melayu (Kalimantan Barat, Borneo Bagian Malaysia dan Brunai); suku Bugis (Kalimantan Timur, Selatan dan Barat); suku Dayak yang tersebar hampir di seluruh pulau Borneo).

Seiring dengan sebagian penduduk yang mendiami Borneo adalah Dayak, umumnya mereka menganut kepercayaan Animisme Dan Dinamisme yang sering disebut (Kaharingan)yang tersebar di wilayah Kalimantan Selatan, Tengah, Timur, Barat, pedalaman Serawak, Sabah maupun Brunai, Dayak di Kalimantan dapat dibagi menjadi empat suku yang terbesar: Oloh Ngaju, Kayaan Kejin, Iban Heban dan Punan.

Khusus di Kalimantan Selatan, Dayak dapat dibezakan kepada kelompok Bukit, Manyan, Ngaju (Biaju) dan Lawangan. Sistem kepercayaan Dayak, terutama kelompok Bukit yang mendiami wilayah pegunungan. Bagi orang Bukit ada TIGA CERITA SUCI yang diyakini kebenarannya dan ditransmisikan secara turun temurun sampai sekarang. Ketiga mitos tersebut berkisar tentang asal muasal kejadian alam semesta (kosmologi), asal muasal kejadian manusia pertama dan keturunannya (kosmogini), dan mitos tentang asal muasal padi.

Dari mitos itulah berkembang mitos lain yang terkait dengan dewa atau roh yang memelihara bagian-bagian tertentu alam,pemelihara diri manusia,dan perlengkapan atau peralatan hidupnya.Dewa-dewa utama yang dikenal orang Bukit ialah suwara yang merupakan dewa pencipta alam semesta dan manusia pertama,dewa nining bahatara yang mengatur rezeki dan nasib manusia,dan sangkawanang yang memberi padi.

Masuknya Islam membuat corak baru yang membedakan antara (Kaharingan).Dayak yang masuk Islam mengidentifikasi diri mereka sebagai orang Banjar(gersang /pengambara)dan menggunakan bahasa Banjar.

Sementara Dayak yang masih menganut( Kaharingan) tetap menyebut diri mereka sebagai Dayak dan menggunakan bahasa asli mereka .

(Berdasarkan pergaulan dan penelitian Bahasa Kadayan Berunai di Bongawan dan Berunai kadayan di Labuan memulakan penulis mengiyakan adanya persamaan bahasa tersebut dengan bangsa Banjar yang penulis temui semasa belajar Pulau Pinang dan di Perak)



Suku Dayak Meratus
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Suku Dayak Meratus
Jumlah populasi
kurang lebih 50.000 jiwa.
Kawasan dengan jumlah penduduk yang signifikan
Kalimantan Selatan: 35.838 (2000).
Bahasa
Agama
Kelompok etnis terdekat
Urang Bukit/Suku Bukit[1]atau Suku Dayak Bukit[2] adalah suku asli yang mendiami pegunungan Meratus di Kalimantan Selatan, karena itu suku ini belakangan lebih senang disebut Suku Dayak Meratus, daripada "Dayak Bukit" sudah terlanjur dimaknai sebagai "orang gunung". Padahal menurut Hairus Salim dari kosa kata lokal di daerah tersebut istilah 'bukit' berarti bagian bawah dari suatu pohon' yang juga bermakna 'orang atau sekelompok orang atau rumpun keluarga yang pertama yang merupakan cikal bakal masyarakat lainnya'. Adapula yang menamakan sebagai Dayak Banjar, artinya Dayak yang berasal dari daerah Banjar yaitu Kalimantan Selatan.
Populasi suku Dayak Bukit di Kalimantan Selatan pada sensus penduduk tahun 2000 berjumlah 35.838 jiwa, sebagian besar daripadanya terdapat di kabupaten Kota Baru yang berjumlah 14.508 jiwa.
Suku Bukit juga dinamakan Ukit, Buket, Bukat atau Bukut. Suku Bukit atau suku Dayak Bukit terdapat di beberapa kecamatan yang terletak di pegunungan Meratus pada kabupaten Banjar, kabupaten Balangan, Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Selatan, kabupaten Tapin, Tanah Laut, Tanah Bumbu, dan Kota Baru.
Beberapa golongan Dayak Bukit yaitu

Rumpun Ot Danum

Menurut Cilik Riwut, Suku Dayak Bukit merupakan suku kekeluargaan yang termasuk golongan suku (kecil) Dayak Ngaju. Suku Dayak Ngaju merupakan salah satu dari 4 suku kecil bagian dari suku besar (rumpun) yang juga dinamakan Dayak Ngaju.
Mungkin adapula yang menamakan rumpun suku ini dengan nama rumpun Dayak Ot Danum. Penamaan ini juga dapat dipakai, sebab menurut Tjilik Riwut, suku Dayak Ngaju merupakan keturunan dari Dayak Ot Danum yang tinggal atau berasal dari hulu sungai-sungai yang terdapat di kawasan ini, tetapi sudah mengalami perubahan bahasa. Jadi suku Ot Danum merupakan induk suku, tetapi suku Dayak Ngaju merupakan suku yang dominan di kawasan ini.
Silsilah suku Bukit;
Suku Dayak (suku asal), terbagi 5 suku besar / rumpun:
  • Dayak Laut (Iban)
  • Dayak Darat
  • Dayak Apo Kayan / Kenyah-Bahau
  • Dayak Murut
  • Dayak Ngaju / Ot Danum, terbagi 4 suku kecil:
    • Dayak Maanyan
    • Dayak Lawangan
    • Dayak Dusun
    • Dayak Ngaju, terbagi beberapa suku kekeluargaan (sedatuk) :
      • Dayak Bukit
      • Dayak Bakumpai
      • Dayak Berangas
      • Dayak Mendawai
      • dan lain-lain
Menurut Alfani Daud, suku Dayak Bukit sebagaimana suku Banjar, nenek moyangnya juga berasal dari Sumatera dan sekitarnya ( daerah Melayu). Karena itu bahasa Bukit dinamakan sebagai "Bahasa Melayu Bukit" (Bukit Malay).

Budaya Bukit
Suku ini dapat digolongkan sebagai suku Dayak, karena mereka teguh memegang kepercayaan atau religi suku mereka. Akan tetapi religi suku ini, agak berbeda dengan suku Dayak di Kalimantan Tengah (Suku Dayak Ngaju), yang banyak menekankan ritual upacara kematian. Suku Dayak Bukit lebih menekankan upacara dalam kehidupan, seperti upacara pada proses penanaman padi atau panen, sebagaimana halnya dengan suku Kanayatn di Kalimantan Barat. Suku Dayak Bukit juga tidak mengenal tradisi ngayau yang ada zaman dahulu pada kebanyakan suku Dayak.
Upacara ritual suku Dayak Bukit, misalnya "Aruh Bawanang" yang disebut juga Aruh Ganal. Tarian ritual misalnya tari Babangsai untuk wanita dan tari Kanjar untuk pria. Suku Bukit tinggal dalam dalam rumah besar yang dinamakan balai.
Balai merupakan rumah adat untuk melaksanakan ritual pada religi suku mereka. Bentuk balai, "memusat" karena di tengah-tengah merupakan tempat altar atau panggung tempat meletakkan sesajen. Tiap balai dihuni oleh beberapa kepala keluarga, dengan posisi hunian mengelilingi altar upacara. Tiap keluarga memiliki dapur sendiri yang dinamakan umbun. Jadi bentuk balai ini, berbeda dengan rumah adat suku Dayak umumnya yang berbentuk panjang (Rumah Panjang).
Suku Dayak Bukit menganal tiga kelompok roh pemelihara kawasan pemukiman dan tempat tinggal yaitu :
  1. Siasia Banua
  2. Bubuhan Aing
  3. Kariau
Siasia Banua contohnya :
  1. Siasia Banua Kambat
  2. Siasia Banua Pantai Batung
  3. Siasia Banua Kambat
  4. dan sebagainya
Bubuhan Aing (= komunitas air) contohnya :
  1. Bubuhan Aing Muhara Indan
  2. Bubuhan Aing Danau Bacaramin
  3. Bubuhan Aing Maantas
  4. dan sebagainya
Kariau contohnya :
  1. Kariau Labuhan
  2. Kariau Padang Batung
  3. Kariau Mantuil
  4. dan sebagainya
Bahasa Melayu Bukit
Bahasa Dayak Bukit, menurut penelitian banyak kemiripan dengan dialek Bahasa Banjar Hulu. Ada pula yang menamakan bahasa Bukit sebagai "bahasa Banjar archais". Bahasa Bukit termasuk Bahasa Melayu Lokal yang disebut Bahasa Melayu Bukit (bvu).
Perbandingan hubungan suku Bukit dengan suku Banjar, seperti hubungan suku Baduy dengan suku Banten. Suku Banjar dan suku Banten merupakan suku yang hampir seluruhnya memeluk Islam, sedangkan suku Bukit dan suku Baduy merupakan suku yang teguh mempertahankan religi sukunya.
Populasi Suku Bangsa Dayak Bukit
Populasi suku Dayak Bukit di Propinsi Kalimantan Selatan : 35.838 (BPS - sensus th. 2000)
Berdasarkan sensus penduduk tahun 2000 oleh Badan Pusat Statistik (BPS), populasi suku Dayak Bukit di Kalimantan Selatan berjumlah 35.838 jiwa, yang terdistribusi pada beberapa kabupaten dan kota, yaitu :
  • Referensi
  1. ^ Istilah bukit sudah terdapat Hikayat Banjar (1663) merujuk kepada lokasi/penduduk pegunungan Meratus yang hidup terpisah dengan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai. Hikayat Banjar: "Kemudian daripada itu raja itu menyuruh Aria Magatsari menundukkan batang Tabalung dan batang Balangan dan batang Petak serta bukitnya............Sudah kemudian daripada itu maka maharja Negara-Dipa menitahkan Tumanggung Tatah Jiwa menundukkan batang Alai dan batang Hamandit serta bukitnya."
  2. ^ Dayak adalah istilah baru, yang dipakai oleh Inggris/Belanda untuk penduduk pedalaman Kalimantan, diduga berasal dari bahasa Jawa "ndayak", yang berarti urakan/tidak berbudaya


dalam kegairahan penulis cuba menjejaki asal aliran ajaran warisan mandur sarip. biarpun beliau dikatakan berasal dari sampadan antara serawak dan kalimantan tetapi seakan sepertinya aliran ajaran itu masih bersadur ajaran hindu yang berasal dari Jawa. ?

secara peribadi penulis terkejut mengenai keterangan ajaran Keharingan dan asal usul suku jawa. sengaja penulis tidak meletakan pautan ajaran keharingan, penulis menyarankan agar jangan cuba-cuba baca artikel ini. manakala untuk metos asal usul kaum jawa ini adalah metos kita amat masih memerlukan penerangan dari mereka yang lebih berpengalaman dan berpengatahuan tentang sejarah mengenai Nabi ibrahim as dari persektif agama islam (al-quran).

(metos Brahma adalah Nabi Ibrahim)
Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.
Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro).
Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa ‘Ibriyah ( penulis tidak akan katakan ini Iban), kata ‘Ibriyah berasal dari ‘ain, ba, ra atau ‘abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).
kanzunqalam.wordpress.com/2010/03/.../misteri-leluhur-bangsa-jawa/ - Cached
www.topix.com/forum/world/.../T8E4CSFKA7MLANPDN - Cached - Similar
www.topix.com/forum/.../TPTG9GSGNVTR9KN45 - Cached - Similar


Teks Tusut kaum Iban Merom Pangai yang mengikut kepercayaan orang Iban yang berasal dari bahagian barat Sarawak. Bermula daripada Merom Panggai dalam Tusut, digalurkan keturunannya sehingga 27 generasi. Keturunan generasi ketiga Merom Panggai bernama Abang Musa yang telah bermastatutin di Sumatera dan menjalankan kegiatan perdagangan sehingga ke Brunei[x]. Hal ini telah membuktikan bahawa Abang Musa hidup di sekitar 1380 Masihi

Teori kedatangan Islam ke Sarawak diperkukuhkan lagi terdapat bukti daripada tradisi penduduk Kalimantan serta kitab-kitab Jawa bahawa penduduk Jawa adalah pendatang yang paling awal menetap di kawasan selatan dan barat Pulau Kalimantan sehingga sampai ke sebelah utara iaitu Sarawak.

Pada ketika itu, Jawa dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Setelah kejatuhan kerajaan majapahit pada penghujung abad ke-15, Islam telah muncul sebagai agama yang dominan di Pulau Jawa. Justeru, beliau telah menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya sebahagian daripada penduduk Jawa yang datang ke Kalimantan bermula pada abad ke-16

Berdasarkan teori yang dijelaskan, orang Melayu beragama islam yang paling awal datang ke Sarawak terdiri daripada penduduk dari Sumatera dan Semenanjung. Hal yang demikian mungkin disebabkan tradisi Sarawak yang merujuk kepada kerajaan Johor sebagai punca kedatangan Islam di samping, kewibawaan kedudukan Datu Merpati.

Dalam perihal ini, perlu diperhatikan bahawa keturunan penghijrahan yang awal datang adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemerhati Barat pada abad ke-19, biasa dikenali sebagai ‘orang Melayu’ yang sememangnya mereka adalah beragama Islam.

Berbeza dengan catatan masuknya Islam di Brunai,Islam dipercayai dibawa oleh musafir,pedagang dan mubaligh-mubaligh Islam sehingga agama Islam itu berpengaruh dan mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan dan keluarga kerajaan Brunei. Dakwah Islam dikatakan tersebar ke negara itu sekitar kurun ketujuh menerusi pedagang dan pendakwah Arab. Kedatangan Islam membolehkan rakyat Brunei menikmati sistem kehidupan lebih tersusun dan terhindar daripada adat bertentangan dengan akidah tauhid.

Pendapat lain Islam datang ke Kalimantan jauh lebih belakangan daripada Sumatera Utara dan Aceh.Diperkirakan telah ada sejumlah muslim di wilayah itu sekitar pertengahan abad ke 15.

Keberagamaan masyarakat Kalimantan meningkat tajam setelah kembalinya Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (1710-1812) dari Haramaian tempat belaiau mengaji di sana selama 30 tahun. Ada dua kitab beliau yang menjadi pegangan masyarakat Kalimantan yakni Sabilal Muhtadin dan Kitab Perukunan yang berisi masing-masing fikih yang sangat lengkap dan pelajaran Islam dasar (tauhid dan fikih). Hampir semua orang Kalimantan mengenal kedua kitab ini bahkan terkenal pula di berbagai wilayah nusantara serta berbagai wilayah Asia Tenggara, Brunai Pattani (Thailand), Mindanao (Filifina Selatan), Singapura dan Kamboja.

Dalam konteks ini,sebelum Islam masuk ke Borneo,penduduknya telah memeluk agama Hindu-Budha atau memeluk kepercayaan(Kaharingan )Adakah Keharingan dalam bahasa dayak adalah (kinerehingan ) dalam bahasa Dusun Ranau?yang tentu saja sangat berbeza dengan ajaran Islam.

Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu mulai berkembang Sekitar Tahun 1400. Saya amat berharaf ada generasi selapas saya menemui  bahan untuk dikaji bahawa Kerajaan Legend Nunuk Ragang Adalah Asli dan Telah  berkembang biak kembali selapas banjir Besar yang melanda Behtara Nabi Nuh a.s.Sifat lembut mereka, endah tak endah, TETAP cool walau banyak dicaci kerana Rasa dari pengalaman Nenek moyang yang selamat dalam banjir Besar tersebut

Walaupun proses ISLAMISASI masyarakat Borneo hingga kini terus berjalan melalui dakwah dan pendidikan, akan tetapi bekas-bekas kepercayaan dan budaya agama sebelumnya (PAGAN, HINDU),tidak sepenuhnya boleh dikikis sehingga sebagian masih terpengaruh terhadap keberagamaan dan budayaan  Nenek Moyang dahulu hingga sekarang ini.

Firman ALLAH swt aku menjadikan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa kerana memudahkan bagi seluruh manusia itu berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Tidak kira apa pun bangsa,apa pun suku kaum kita adalah penduduk  BERNEO UTARA di bawah Bayu kata Gelar oleh AGNES NEWTON

Penulis hidangkan Gagasan Baru Dari Cerita Lama.

Dewasa ini banyak manuskrip didedahkan di Facebook atau Blog-Blog yang mana memapaparkan salasilah Keturunan Masyarakat Nusantara ini adalah dari keturunan Bani Israil iaitu dari Nabi Ibrahim a.s dengan Isterinaya Siti Khatura.

KDM juga dicatatkan satu jalur DNA dengan Melayu Di Beberapa Negeri di Semananjung dan Melayu di beberapa tempat di Negara Indonosia. Tapi KDM dengan Sifatnya tidak Mungkin akan Menerima Untuk Di Melayukan. Terutamanaya yang Non Muslim. saya tidak kisah dan saya tidak hairan kerana saya pun ada perasaan tersebut di Masa lampau. tambah-tambah lagi KDM pun ada DNA Yahudi.

Masa suda berlalu, ini Bermakna akan ada lagi bahasa dan etnik yang akan lenyap hilang begitu sahaja. walau sehabis mana pun diperjuangkan untuk Bangsa ia  tetap akan pupus binasa. sejarah pun mulai ditambah dan dimoderatkankan mengikut perkembangan semasa.

SAYA BANGSA MANUSIA,SAYA KAUM ADAM, SAYA WARGA SABAH WARIS KERAJAAN LEGENDA NUNUK RAGANG, SAYA WARGA MELAYU SABAH.