ساي بوكنله سأورڠ يڠ اد باكت كڤميمڤينن، دان ساي جوڬ تيدق داتڠ دري كلوارڬ يڠ اد ڤڠاروه . ساي ڤون بوكن دري كتورونن يڠ اد سجره اونتوق د چانڠكن. ساي جوڬ بوكن دري كالڠن ڤرسونيليتي يڠ اد برجاوتن تيڠڬي. جوڬ تيدق ممڤوڽاءي ڤرسكولهن يڠ بوليه د بڠڬكن. تاڤي ساي مڠهارڤ بهاوا كادأن اين تيدق دأمبيل فاختور اونتوق منيلاي علميه يڠ ساي چتوسكن
Pengikut
Khamis, 6 September 2012
tahun ini ke penghujunga sudah
Minggu depan budak tahun enam akan menghadapi peperiksaan UPSR, bermakna tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. selamat menghadapi Peperiksaan. minum air banyak-banyak tau.
Sekolah Petang atau sekolah aliran Agama pula sedang Mengadakan PCHI dan Amali Solat untuk UPKK, tahun ini saya guru darjah tahun lima yang akan menduduki peperiksaan bertulisnya pada 01hb september ini.
oleh kerana saya guru kelas tahun lima tahun ini.jadi guru kelas bagi kelas yang akan menghadapi peperiksaan ini, memeng menerima tekanan lebih. murid-murid yang tidak merasakan apa-apa jika gagal atau lulus pun adalah satu hal, yang datang hadir kesekolah dikeranakan ada kawan untuk bermain, tambahan pula ibubapa penjaga hanya tahu memaksa anak-anakanya untuk kesekolah supaya tidak banyak ganguan dirumah. adeh de.. de..
saya ada dua orang murid yang kehadiranya sangat membimbangkan dari awal kehadiran saya. biasalah barangkali. inilah akibat bila sekolah dianggapnya seperti milik emak bapanya. secara hatinya sebenarnya saya lebih selesa dan bersemangat dalam p&p kalau budak berdua ini tidak ada.
secara logiknya biarlah kalah dua dari kalah semua. disebabkan dua orang ini akan menyebabkan yang lain terganggu penerimaanpembelajarannya secara kata sebaiknya sebagai pendidik mintalah lebih baik murid ini tidak hadir dari kamu hadir semata-mata menghuru-harakan murid yang ada keinginan untuk belajar.
cam mana kan? anak-anak ini akan maju bila ibubapa hanya berfikiran dan berniat sebegitu rupa sahaja... di sekolah menimbulkan huru-hara, bila di nasihati.. mengadu pula dengan ibu bapa kononya gurunya dendanya padahal orang lain yang buat hal..
kesian juga lah saya dengan ibubapa cam ini... anaknya sahaja yang di anggapnya betul.. guru-guru yang mendidik dan membimbing anaknya dianggapnya buat salah... Nauzubillah.. jangan jadi ibubapa penjaga yang tidak sedar anaknya dapat memperbodohkan ibubapa penjaganya..
lagi-lagilah kesihan jika jenis ibu bapa penjaganya, mesyuarat PIBG pun tidak pernah hadir, mengambil rekod keputusan anaknya pun tidak berani ambil tahu. anak dah tumbuh tanduk besar pun masih dianggapnya anaknya makin jadi malaikat.
inilah yang dihadapi sekolah agama, bila ibubapa penjaga menganggap sebagai sekolah kedua. di sekolah kebangsaan manalah sanggup berperangai demikian. kerana pihak pentadbiran akan segera mengambil tindakan yang sepatutnya. sekolah petang ini pula memang hati iblis yang mendahului.
umur-umur begini terasa saya pula yang malu bila jumpa ibubapa penjaga bergaya begini. jauh-jauhkan simpang malaikat 40 ada mewarisi perangai demikian. SERAHKAN PADA YANG MAHA KUASA YANG SEPATUTNYA YANG AKAN BERLAKU.
Langgan:
Catatan (Atom)