Pengikut

Selasa, 3 November 2015

Ilmu Senjata Terbang :Kekeliruan Antara Istidraj,Karamah dan Maunah ?





kredit http://azeman1136.blogspot

Jumaat, 30 Oktober 2015

Ilmu Senjata Terbang :Kekeliruan Antara Istidraj,Karamah dan Maunah ?

Ilmu Senjata Terbang !
Kekeliruan Orang Awam Untuk Membezakan Ilmu Istidraj,Karamah dan Maunah !
Saya telah ditanya oleh beberapa kenalan akan Penggunaan Ilmu Senjata Terbang seperti Keris,Parang,Pedang,Tombak dan sebagainya.
Namun perkara ini agak sensitif untuk dibicarakan secara terbuka,kerana ia melibatkan beberapa Amalan Ilmu Pertahanan Diri,Ilmu Kerohanian dan Ilmu Kebatinan,namun saya akan mengulas Penggunaan Senjata tersebut mengikut kefahaman saya yang saya fahami dari Ulasan Ceramah Tuan Guru yang pernah saya dengar dan dari segi sudut kesahihan atau kewujudan penggunaan Ilmu Senjata Terbang tersebut.
1. Apa Itu Ilmu Senjata Terbang ?
Ilmu Senjata Terbang adalah satu jenis Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa )yang tak mampu dilakukan individu biasa yang lain untuk melakukannya.
Jenis Ilmu ini menggunakan Senjata Tajam seperti Keris,Parang, Pedang,Tombak dan lain-lagi Senjata Tajam yang penting untuk Ilmu Pertahanan Diri.
Kebiasaannya Ilmu Senjata Terbang digunakan untuk Latihan Pertahanan Diri atau ketika Bertempur atau Bergaduh dengan Musuh dan sebagainya mengikut situasi dan keadaan.
2. Bagaimana Senjata Tersebut Terbang?
Ilmu Senjata terbang kebiasaannya digunakan dengan Melontar Senjata tersebut ke arah Musuh atau ke arah Lawan atau Sasaran yang dikehendakki mengikut Jarak atau Situasi berapa jauh jaraknya samaada beberapa Meter atau mencecah Berkilo-kilo Meter.
Dikatakan jika Senjata tersebut sampai pada Sasarannya maka terputuslah Kepala musuh tersebut.
3. Benarkah Ilmu Senjata Terbang Wujud?
Ya,ia Benar !
Kerana Ayah saya adalah Pesara Tentera dan pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera RAMD dari tahun 1964-1986 selama 22 tahun dan pernah terlibat menjaga Keselamatan Negara dalam Peristiwa Ganyang Malaysia dengan Tentera  Nasional Indonesia (TNI) ketika Pemerintahan Presiden Indonesia Sukarno dan juga pernah terlibat di zaman Komunis dan juga ketika Rusuhan 13 Mei 1969 di Kampung Baru,Kuala Lumpur.
Melalui penceritaan Ayah saya penggunaan Ilmu Senjata Terbang tersebut memang Wujud,dan bukan cerita Dongeng atau Mitos.Kerana ketika beliau bertugas semasa itu,begitu banyak Senjata Terbang terutama Parang yang melintasi di atas kepalanya.
Malah Tuan Guru saya juga selalu menceritakan penggunaan Ilmu Senjata tersebut yang digunakan segelintir Pengamal Ilmu Pertahanan Diri,Pengamal Ilmu Kebatinan dan Pengamal Ilmu Kerohanian melalui Ceramahnya.
Malah ditempat saya membesar juga Ilmu tersebut amat terkenal ketika menentang Jepun dan Komunis.
Ilmu Senjata Terbang tidak melibatkan Bangsa Melayu sahaja,malah Bangsa dan Penganut Agama lain juga, terutama Golongan Sami dan Ahli Pertapaan yang lain.
4. Apakah Jenis Ilmu Yang Digunakan ?
Jika kita mengikut semula apa jenis Ilmu Pertahanan Diri atau apa jenis pun Ilmu Latih Tubi perlulah dilihat dari Sudut Positif dan Negatifnya.
Dari Sudut Positif Ilmu Pertahanan Diri adalah harus dipelajari atau boleh dikategorikan Sunat Muakad,tidak kira apa jenis Ilmu Pertahanan Diri pun, namun ia boleh dikategorikan menjadi Hukum Wajib Syarie,ketika dalam keadaan Darurat.
Firman Allah :
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya "
(Surah Al Anfal : 60)
Hukum Belajar Ilmu Pertahanan Diri Termasuk Senjata Pertahanan Diri Perlulah Atas Tujuan :
-Memelihara Maruah Agama Islam.
-Memelihara Maruah Diri Orang Islam.
-Memelihara Maruah Keturunan Orang    Islam.
-Memelihara Maruah Harta Benda Orang Islam.
-Memelihara Maruah Negara Orang Islam.
Juga bertujuan :
- Memelihara Akidah Orang Islam.
- Memelihara Syariat Orang Islam.
-Memelihara Akhlak Orang Islam.
-Memelihara Pengorbanan Harta Benda Umat Islam.
-Memelihara Negara Umat Islam.
Kesemuanya itu perlu menepati Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak dan Qias.
Juga untuk memelihara Lidah,Anggota dan Hati untuk elak dari Syirik,Kufur,Kafir,Munafik,Murtad dan segala kerja Maksiat.
Dari Sudut Negatifnya pula :
-Haram Belajar Ilmu Yang Bersahabat Dengan Jin.
-Haram Belajar Ilmu Yang Ada Ilmu Sihir.
-Haram Mencampur Aduk Sesuatu Amalan Seperti Ayat Al Quran Bercampur Mantera Yang Ada Unsur Syirik Dan Permujaan.
5.Bagaimana Pula Ilmu Senjata Terbang?
- Ilmu Senjata Terbang yang melibatkan Keris,Parang,Pedang,Tombak dan lain-lagi Senjata Ilmu Pertahanan Diri,jika dilihat Sudut Positif seperti dalam Surah Al Anfal Ayat 60,adalah harus menggunakan pelbagai segala Jenis Senjata untuk Pertahanan Diri,namun ia boleh menjadi Haram dan Syirik, jika Ilmu Senjata Terbang tersebut melibatkan Perantaraan Makhluk Ghaib seperti Khidmat Khadam atau Jin.
- Ini kerana jika ia melibatkan Ilmu Mencarik Adat(Ilmu Luar Biasa) kebiasaannya ia boleh dikategorikan beberapa jenis Ilmu yang diredhai Allah atau  dimurkai Allah Contohnya:
Istidraj :
- Istidraj adalah satu Ilmu Mencarik Adat yang diizinkan oleh Allah tetapi dimurkai oleh Allah,kerana  ia melibatkan Ilmu Sihir Peringkat Tinggi dan Rendah.
- Golongan yang ada Istidraj sentiasa ingin menunjuk Ilmu mereka,selalu ingin menunjuk kekuatan,kehebatan,kemegahan supaya dapat dipuja serta untuk mendapat pengaruh,pangkat,serta gelaran.
- Terutama untuk mengerunkan pihak Musuh atau pihak Lawan
- Golongan ini Ilmu dan Amal tiada Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah hingga sampai Rasulullah Saw.
- Ilmu dan Amal mereka bercampur aduk antara yang Halal dan Haram dan sentiasa melibatkan Perkara Syirik dan Khurafat.
Contohnya :
- Penggunaan Senjata Tradisional dalam Masyarakat Melayu seperti Keris,Parang,Pedang,Tombak,dan lain-lain.
- Senjata tersebut,kebiasaannya mereka mempunyai Amalan dan Kepercayaan tertentu,seperti Keris,Parang,Pedang itu mesti diasap dengan Kemenyan beserta diperah Limau Nipis sambil dibaca
Ayat Al Quran bersama Mantera yang difahami atau tidak difahami pada setiap Malam Jumaat,dan jika tidak diikuti  Syarat tersebut,maka dipercayai Senjata tersebut akan Makan Tuannya sendiri atau dalam Bahasa Melayu Makan Darah atau Pengamal tersebut akan Jatuh Sakit seperti Demam Panas dan sebagainya ,kemudian Senjata tersebut perlu di balut dengan Kain Kuning,Kain Merah,Kain Putih atau Kain Hijau mengikut kaedah yang dipelajari dan juga mempunyai beberapa Pantang Larang dan Syaratnya.
Nota :
- Mengasap Keris atau Senjata yang lain tidaklah salah.Kerana ia satu kaedah untuk menjaga Ketahanan Besi itu untuk mengelak ia menjadi Karat dan Tumpul.Namun ia menjadi Salah apabila ia membuat Perjanjian dengan Makhluk Ghaib seperti Jin dan sebagainya dan menjadi satu kemestiannya baginya untuk patuh pada arahan Jin atau Khadam tersebut dan Hukumnya adalah Syirik kerana berpegang pada Benda atau Toghut.
Karamah :
- Golongan ini hanya diberi kepada Waliyulah atau Kekasih Allah sahaja,yang Ilmu dan Amal mereka ada hubungan Rabitah Wasilah sampai Rasulullah Saw.
- Melakukan apa yang disuruh oleh Allah serta tak disentuh Dosa Besar dan Dosa Kecil serta sentiasa mendapat perlindungan dari Allah.
- Karamah yang terjadi pada mereka adalah atas keizinan dan kehendak Allah
- Golongan ini amat  dilarang sekali menunjuk Karamah mereka.
- Jika berlaku Karamah atau perkara Mencarik Adat pun bukan atas kehendak mereka tapi atas kehendak Allah.
Maunah :
- Golongan ini tak terlepas dari Dosa Besar dan Dosa Kecil.
- Namun sentiasa bertaubat kepada Allah setiap masa.Jika mereka membuat Dosa,mereka segera bertaubat.
- Ilmu dan Amal mereka mempunyai Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah sampai Rasulullah Saw.
- Ilmu dan Amal mereka tidak bercampur aduk perkara Syirik dan Khurafat.
- Jika berlaku perkara Mencarik Adat atau Luar Biasa ia dipanggil Maunah atau Pertolongan Allah.
- Kebiasaannya Imam mereka berada dalam keadaan Taabud serta Ubudiyah dan Mintak Tolong kepada Allah.
6.Bagaimana Di Zaman Rasulullah Saw Dan Sahabat? Adakah Mereka Mempunyai Ilmu Senjata Terbang ?
- Jika dilihat Sejarah Rasulullah Saw adalah orang yang Hebat dalam Bergusti dan pernah menumpaskan Ahli Gusti bernama Rukanah Bin Abu Yazid Bin Hashim sehingga Ahli Gusti itu akur dan mengalah serta Lembut Hatinya untuk menerima Islam.
- Rasulullah Saw cukup handal dalam Ilmu Perang dan selalu menang setiap kali berperang namun pernah Tewas dalam Perang Uhud sehingga patah Giginya.
- Begitu juga Sahabat yang lain ada yang Mati Syahid.
- Jika ada keajaiban pun hanya atas izin Allah ke atas mereka yang Allah kurniakan atas Darjah Iman dan Taat mereka.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Ilmu Senjata Terbang Yang Ada Pada Pengamal Tersebut Itu Sesat atau Tidak?
- Selidik dari mana Ilmu dan Amal yang dia perolehi dari mana Ilmu dan Amal itu diambil dan Ilmu itu hendak dituju ke arah mana.
-Adakah ia mempunyai Sanad Perguruan yang mana Ilmu dan Amal tersebut perlu ada Salasilah.
-Adakah ia mempunyai Rabitah dan Wasilah,kerana setiap Ilmu Pertahanan Diri,Ilmu Kerohanian dan Ilmu Kebatinan perlulah ada Rabitah dan Wasilah sampai Rasulullah Saw.
-Adakah Ilmu tersebut perlu ada Sumpah Muba'aih atau Syarat serta Pantang dan Larang sebagai Contoh perlu ada Pengeras seperti Pulut Kuning,Sembelih Ayam Hitam dan sebagainya,serta Pantang Larang perlu rajin Solat,Puasa,dan tidak boleh membuat Maksiat dan jika dilanggar akan jadi Gila Isim dan sebagainya.
-Adakah Ilmu tersebut mempunyai Pantang Larang seperti tidak boleh lalu bawah Kain Jemuran atau tidak boleh terkena Kain Basahan jika tidak Ilmu mereka akan Tawar atau ia akan Makan Dalam.
Kesimpulan :
Allah Taala melarang keras diri kita dari mempelajari Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa) yang ada unsur Syirik,Khurafat,Permujaan serta Perjanjian dengan Jin.Walaupun untuk tujuan Ilmu Pertahan Diri sekalipun.
Kerana jika Ilmu tersebut diperolehi secara Istidraj ia boleh mendatangkan Kemurkaan Allah Taala.
Ilmu Mencarik Adat (Ilmu Luar Biasa) yang Haq (Benar) hanya Allah Zahirkan dan Allah hanya memberikan Pertolongan kepada mereka atas hubungan Daerah  Iman dan Taat mereka sebagai Hamba Allah atas nama Karamah dan Maunah sahaja.
Firman Allah :
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6) 
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Al-Hasy-r 59:7) 
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah Wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
(Al-Maaidah 5:35)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133) 
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(Surah Az Zumar 39:54)
Kata Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin :,
"Simbol Besi Dan Keris Itu Sekeliannya Sekuat-Kuatnya  Akan Dibinasakan Oleh Allah Jua"
Walahualam,
Hamba Fakir,
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"Rabitah dan Wasilah"
Azeman_Jrt

Senjata Pertahanan Diri Harus Digunakan Untuk Latihan Pertahanan Diri Jika Menepati Akidah,Syariat,Akhlak,Pengorbanan Harta dan Nyawa Dan Jika Mengikuti 
Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak Dan Qias
Dan Tanpa Unsur Syirik,Khurafat Dan Sebagainya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum . Tuan mohon izin copy artikel2 dari Blog ini
    BalasPadam

Isnin, 2 November 2015

Mandi Minyak Panas:Amalan Khurafat Atau Tidak?

 kredit to

Azeman_Jrt

1136 Masihi Bermula Dengan Syahadah




Ahad, 1 November 2015


Mandi Minyak Panas:Amalan Khurafat Atau Tidak?

Mandi Minyak Panas Adakah Ia Amalan Khurafat Atau Tidak ?
Apabila kita mendengar Amalan Mandi Minyak Panas tentu pelbagai Persepsi atau Imaginasi di dalam fikiran kita untuk mengambarkan akan Upacara atau Mandi Minyak Panas tersebut ?
Maka disini saya huraikan sedikit Sejarah atau Tradisi Mandi Minyak Panas ini berdasarkan Pengalaman saya yang selalu terlibat dalam Upacara Mandi Minyak Panas ini terutama ketika Pengalaman saya didalam Dunia Ilmu Pertahanan Diri khususnya Ilmu Persilatan dan Kerohanian dan Perubatan Tradisional yang pernah saya pelajari dan masih lagi belajar mengikut kaedah Islam yang diajar oleh Tuan Guru saya.
Maka saya akan huraikan Mandi Minyak Panas dari sudut Positif dan Negatifnya dan menghuraikan serta membezakan Kaedah Minyak Panas mengikut Kaedah yang diharuskan didalam Islam atau yang dilarang didalam Islam samaada bercanggah atau tidak dengan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak,Rukyah dan Qias untuk mengelakkan Masyarakat dari terkeliru antara yang Benar dan Salah.
Apakah Itu Mandi Minyak Panas?
Mandi Minyak Panas adalah satu Tradisi didalam Istilah Bahasa yang selalu digunakan dalam satu Upacara,Amalan,Adat Resam Budaya atau Kepercayaan di kalangan Individu,Berkumpulan,Berjemaah,Bangsa, Agama dan Keturunan yang mengamalkan pelbagai kaedah Mandi Minyak Panas mengikut pelbagai cara yang dilakukan Pengamal tersebut.
Mandi Minyak Panas begitu terkenal di kalangan Orang Melayu di Nusantara khususnya di Tanah Melayu.
Dikatakan  juga Upacara Mandi Minyak Panas ini sudah beratus tahun atau berabad lamanya.
Kebiasaannya Mandi Minyak Panas ini dilakukan atas beberapa Tujuan oleh Pengamal yang berbeza seperti :
Ilmu Persilatan
Ilmu Kebatinan
Ilmu Perbomohan
Ilmu Kerohanian
Ilmu Perubatan
Ilmu Keagamaan dan sebagainya
Kaedah Mandi Minyak Panas ?
Kaedah Mandi Minyak Panas  kebiasaannya menggunakan Kelapa yang akan dibelah,diparut dan diambil isi atau Santannya serta akan dimasak di dalam Kawah yang besar yang akan dipanaskan melalui Kayu Unggun Api yang panas membara sehingga Panas Mendidih mengikut tempoh yang dikehendakki bersama pelbagai Ramuan atau Campuran Rempah Ratus,Herba dan lain-lain bahan mengikut setiap Amalan yang dikehendaki Pengamal tersebut.
Setelah Minyak Panas itu selesai dimasak,maka Minyak Panas itu akan dicelup melalui dua Tapak Tangan samaada diatas permukaan Minyak itu atau ke dalam dasar permukaan Kawah
tersebut atau mengikut Kaedah yang dikehendakki Pengamal tersebut.
Kebiasaannya sebelum Pengamal tersebut melakukan rendaman Tangan mereka,mereka akan membaca Doa,Ayat,Wirid atau Mantera dan Jampi yang khusus mengikut Amalan Adat Resam Budaya atau Kepercayaan Agama masing-masing.
Selepas itu baru Minyak Panas itu disapu di setiap Anggota Badan atau kawasan yang ingin disentuh oleh mereka atau juga ada yang meminumnya secara Panas mengikut Kaedah atau Amalan yang mereka pelajari.
Adakah Bangsa Lain Ada Amalan Tersebut ?
Mandi Minyak Panas ini juga dikatakan turut diamal oleh Bangsa,Agama dan Keturunan yang lain sejak Zaman dahulukala lagi terutama di kalangan Orang Parsi yang beragama Majusi,di kalangan Masyarakat Hindu dan Budha terutama mengikut Upacara Adat Resam Budaya dan Kepercayaan Agama masing-masing mengikut Etnik dan Kaum.
Bagaimana Mandi Minyak Panas Boleh Wujud Di Kalangan Masyarakat Melayu ?
Kemungkinan ia Wujud disebabkan adanya persamaan Adat Resam Budaya dikalangan Bangsa atau Masyarakat yang lain sebagai Contoh percampuran atau pergaulan darah dan Keturunan yang ada dalam diri Bangsa Melayu seperti Arab,Parsi,Monggolia,India,China dan lain-lain lagi.
Apakah Mandi Minyak Panas Khurafat ?
Tidak semua Amalan Mandi Minyak Panas itu Khurafat dan tidak semua Amalan Minyak Panas itu tiada langsung yang tidak Khurafat.
Mandi Minyak Panas dari sudut Positifnya adalah bagus untuk Kesihatan dan Tubuh Badan.
Namun sudut Negatifnya segelintir Pengamal apabila ia turut disertai Amalan yang bercanggah dari segi Akidah,Syariat,Akhlak dan Pengorbanan Harta dan Nyawa sebagai Orang Islam contohnya :
- Bercampur dengan Amalan Khadam iaitu Jin.
- Bercampur Penyembahan dan Permujaan.
- Bercampur Amalan Ayat Al Quran dan Mantera Jampi Serapah yang tidak difahami atau tidak ada Sanad,Salasilah,Ilmu dan Amal serta Rabitah dan Wasilah hingga sampai Rasulullah Saw.
- Bercampur Amalan Mencarik Adat seperti pertunjukkan Ilmu Kebal,Kuat dan sebagainya
- Atau lain-lain lagi yang berunsur Syirik dan sebagainya.
Nota :
( Kebiasaan Pengamal tersebut yang terdiri dari Ilmu Persilatan,Ilmu Kebatinan,Ilmu Perbomohan,Ilmu Kerohanian yang mana Ilmu dan Amal mereka tidak diselidiki dari mana Salasilah,Sanad Perguruan yang mereka terima.)
Adakah Mandi Minyak Panas Itu Boleh Menjadikan Kita Kebal?
Mandi Minyak Panas adalah bertujuan untuk menjaga Kesihatan Tubuh Anggota dan Badan.
Tidak benar jika dikatakan Kebal,Kuat,Gagah,Tidak Mudah Luka dan sebagainya.Jika segelintir pihak mengatakan ia Kebal ia adalah berkaitan Ilmu Mencarik Adat atau Luar Biasa yang tidak pernah ada di dalam Islam sebaliknya ia adalah Iktiqad Fahaman Jabariah dan Qadariah yang menafikan Qudrat dan Iradat Allah yang mana mereka berikiqad boleh mendapat satu Hajat atau menyamakan kekuatan Makhluk dengan  Allah.
Adakah Ia Bertujuan Menguji Keberanian?
Tak dinafikan setengah kepercayaan Adat Resam Budaya Bangsa Keturunan Agama mengikut situasi tempat,dikatakan ia bertujuan untuk menguji Keberanian seseorang itu terutama bagi Pengamal Ilmu Pertahanan Diri seperti Ilmu Persilatan Melayu sebagai Contoh,untuk menerima individu tersebut sebagai anak Murid di dalam Kumpulan Persilatan tersebut atau sebagai Syarat Individu tersebut telah Tamat mempelajari Ilmu Persilatan tersebut.
Adakah Mandi Minyak Panas Boleh Dilakukan Di Dalam Islam ?
Mandi Minyak Panas tidak Salah.
Malah ia satu Adat Resam dan Budaya di dalam satu Masyarakat.Selagi ia boleh diamalkan selagi tiada unsur Syirik dan Khurafat maka dibenarkan.
Namun ia perlulah selari dengan tujuan untuk menjaga Kesihatan Tubuh Anggota Badan dan perlulah Mandi Minyak Panas dilakukan oleh Individu atau Kumpulan Masyarakat yang Mahir sahaja agar tidak mendatangkan Kecederaan atau Kemudaratan seperti Melecur,Luka dan sebagainya seperti di dalam Hadis Rasulullah Saw.
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sabdanya lagi: 
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah
 (Hadis Riwayat Muslim)
Kelebihan Mandi Minyak Panas ?
- Sihat Tubuh Anggota Badan.
-Dapat Menyelesaikan Segala Penyakit Kulit.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Urat Saraf Dan Perjalanan Darah.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Angin Ahmar,Strok Dan Darah Tinggi.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Tenaga Batin Lelaki.
- Dapat MenyelesaikanMasalah Luka Yang Lambat Sembuh.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Buasir.
- Dapat Menyelesaikan Masalah Rabun Mata.
- Dapat Menyelasaikan Masalah Lenguh Anggota Badan Dan Banyak Lagi.
-Adanya Ramuan Herba Dan Rempah Ratus Yang Berkhasiat Dan Menyegarkan Tubuh Badan Seperti :
-Buah Pelaga
-Lada Hitam
-Jintan hitam/Jintan Manis
-Kayu manis
-Herba
-Bunga lawang
-Halba
Kebiasaan Ramuan Herba Rempas Ratus tersebut mengandungi pelbagai jenis Vitamin,Antibiotik,AntiToksid dan lain-lagi yang boleh mengeluarkan semua jenis Penyakit dalam Tubuh Anggota Badan.
Pada zaman dahulu Tanah Melayu menjadi tumpuan ramai Pedagang-Pedagang dan Penjajah-Penjajah untuk mendapatkan Bahan tersebut di Tanah Melayu untuk mendapatkan Penawar pelbagai jenis Penyakit  Berjangkit khususnya di Benua Eropah
(Sila Rujuk Sejarah Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Melaka)
Nota :
(Segala Penyakit Dan Penyembuhan Kesemuanya Atas Izin Qudrat Dan Iradat Allah Bukan Kehendak Makhluk Namun Kita Diharuskan Berusaha Berubat Dan Berikhtiar.)
Kaedah Islam Bagaimana ?
- Bedasarkan pengalaman saya mengikut bersama Sahabat Seperguruan dan Jemaah Ilmu Persilatan dan Ilmu Kerohanian yang lain,kami  mengikut cara yang diajar Tuan Guru.
-Ilmu dan Amal yang kami pelajari mempunyai Sanad,Salasilah,Rabitah dan Wasilah sehingga Rasulullah Saw.
-Niat Mandi Minyak Panas untuk Tujuan Niat Berubat dan Kesihatan.
-Bukan berniat untuk Ilmu Mencarik Adat seperti Kebal dan sebagainya.
- Mengikut Adat atau Sunnah yang dianjurkan Rasulullah Saw seperti kami memulakannya dengan segala kerja buat kerja dengan mengucap Dua Kalimah Syahadah,membaca Doa dan Ayat Al Quran yang khusus tanpa bacaan Mantera yang Khurafat dan tiada percampuran Lelaki dan Perempuan (Di buat berasingan)
Kesimpulan :
Amalan Mandi Minyak Panas ini adalah satu Adat Resam Budaya sahaja yang diamalkan oleh pelbagai jenis Pengamal samaada di dalam Ilmu Persilatan,Ilmu Kebatinan,Ilmu Perbomohan,Ilmu Perubatan dan Ilmu Kerohanian.
Hendaklah ia bertujuan untuk menjaga Kesihatan Anggota Tubuh Anggota Badan.
Selagi ia tiada unsur Syirik dan Khurafat ia boleh diamalkan,selagi tidak bertentangan Al Quran,Hadis,Ijmak Ulamak,Rukyah dan Qias serta tidak bertentangan prinsip memelihara kesucian Agama Islam,Akidah,Syariat,Akhlak,Pengorbanan Harta dan Nyawa.
Diharapkan Upacara Mandi Minyak Panas ini di kalangan Masyarakat Melayu diteruskan untuk mempertahankan Tradisi tersebut kerana ia adalah satu Amalan Tradisi Orang Melayu semenjak zaman dahulu kala dan ratusan tahun dahulu diharapkan juga ia mengikut cara Islam dan bukan dicampur aduk perkara yang Syirik dan Khurafat.
Mandi Minyak Panas juga berkhasiat kerana ia sendiri berasal dari ramuan Pokok Kelapa dan dari Tumbuh-tumbuhan Herba dan Rempah Ratus yang lain yang banyak kelebihan dan manfaatnya seperti Firman Allah :
" Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)"
(Al-Baqarah 2:22)
" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."
(Al-Baqarah 2:172)
Walahualam,
Hamba Fakir,
"Islam Melayu,Melayu Islam"
"Rabitah dan Wasilah"
Azeman_Jrt
Gambar tersebut ketika saya dan sahabat Mandi Minyak Panas pada tahun 2014 ketika Kursus Perubatan Tradisional

Sabtu, 31 Oktober 2015

Kisah kerajaan kedah Tua Versi Tuan Guru Muhiyddin Ahmad Junaidin Bin Che Din

Kisah Kerajaan Kedah Tua Versi Dari Syekh Ahmad Junaidin Che Din
Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "

Bukan Melalui Sarjana Barat...

Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman

Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.

Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :

Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor

Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung

Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.

5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.

Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)

Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa

Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.

Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain

Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)

Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.

Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :

Apakah yang Tuan Pakai ?

(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)

Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !

Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !

Apabila ditanya Apa itu Islam?

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...

Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.

Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.

Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .

Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut

حزا قده دار الا من

Haza Qodah Darul Aman

بالد ت طيبه ورب غور

Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun

(Surah Sa"ba -15)

Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..

Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan

Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)

Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu

Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )

Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi dan Murid paling Kanan sekali kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani

Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat

Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa @Raja Muzaffar Syah dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)

Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah

Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman

Gelaran Syah di hujung gelaran Sultan pula di gunakan iaitu Syah bermaksud menggantikan perkataan Sayidd,Sayidi,Syekh yang bermaksud Ketua.

Sultan Mahmud Ghazni@King Ghazni yang berasal dari Turkiministan yang berjaya menawan Negara India adalah Orang Pertama di percayai memakai gelaran Sultan tersebut

Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"

Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)

Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U

" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"

Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.

"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.

"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.

"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.

"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Sumber Kitab Hadiqatul Azhar

"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"
- Syeikh Ahmad Junaidin

"Islam Melayu Melayu Islam"

Azeman_Jrt

Walahualam
Hamba Fakir 

Selasa, 20 Oktober 2015

Ostad Envelop




    Ini viral lagi satu bab.. saya tidak hairan sebab saya melalui pengalaman ini. secara timbang akal kalau semua orang berlumba-lumba ambil satu bidang pengurusan tentu ada bidang yang langsung tidak ada menawarkanya.. jadi siapa yang akan melakukannya?  tak payah buat la kan? siapa yang nak buat perkhidmatan Free.. yang tukang komplen tu cuba2 luangkan la masa buat dan iklankan perkhidmatan free yang begini.. kalau tak sanggup tak usah nak mengata.












Masih banyak lagi rahsia sejarah Alam Melayu dan Bangsa Melayu





Masih banyak lagi rahsia sejarah Alam Melayu dan Bangsa Melayu yang tersorok dalam manuskrip-manuskrip Arab di luar sana yang LANGSUNG kita TIDAK TAHU. Selama ini kita asyik menyelongkar buku-buku tulisan barat yang menyebut tentang Alam Melayu dan Bangsa rumpun Melayu, namun jarang sekali kita mencari sumber dari catatan manuskrip Timur Tengah atau Arab. Bukan tiada yang mencarinya, tetapi sedikit sangat. Padahal orang Arab telah mengenal rumpun Bangsa Jawi ini telah begitulama sekali,lebih awal dan lebih lama dari orang barat. Sejak zaman para Nabi awal lagi mereka telah mengembara dan berlayar ke Nusantara dan bertembung dengan nenek moyang kita. Jadi pastinya banyak catatan yang mereka telah buat tentang Alam Melayu dan Bangsa Melayu atau Jawi atau Zabaj ini. Mungkin lepas ini kena galakkan para penuntut yang menuntut di Timur Tengah membuat kajian yang lebih banyak tentang sumber-sumber berkenaan Alam Melayu di dunia Arab pada zaman paling awal dan bukan hanya fokus sekitar zaman Turki Uthmaniah dan Kesultanan Melaka sahaja
Tuan Merbok II bersama Tuan Merbok di Basra, Iraq
14 hrsDisunting
RIWAYAT-RIWAYAT MELAYU KUNO DALAM SASTERA ARAB ABBASIYAH & HIKAYAT RAJA ZABAJ DENGAN BUAYA.
Perihal yang saya kira ajaib adalah di celah-celah myriad manuskrip-manuskrip klasik Arab terdapat banyak rekod tersembunyi yang menceritakan situasi dan panorama masyarakat Melayu-Jawi dan ketinggian identitinya pada masa lampau. Hal yang saya kira ajaib ini bisa kita temui dengan banyak jika pencermatan dilakukan ke atas pelbagai segmental penulisan sastera Arab era Bani Abbas sekitar zaman keemasannya pada abad ke-8 masihi.
"Risalah Mufakharatus Sudan 'alal Bidan"
Adalah nama karya Al-Jahiz(776-869 masihi). Terjemahannya adalah "Risalah Kelebihan Bangsa Kulit Hitam keatas Bangsa Kulit Putih" adalah satu penulisan sains sosial yang sangat menarik memperjuangkan konsep kesamarataan ras dan etnik pada zaman pemerintah berbangsa Arab yang dilihat sebagai kelompok unggul atas bonus rupa paras mereka yang elok dan berkulit cerah.
Al-Jahiz sendiri ialah seorang cendekiawan berkulit gelap meskipun dari garis nasab beliau adalah seorang Arab Kinani(dari Bani Kinanah).
Kitab tersebut merupakan kompilasi tradisi-tradisi Arab-Islam sejak zaman Jahiliyyah meliputi pelbagai hadith, syarah ulama', syair-syair dan riwayat-riwayat Arab dengan tujuan menjadi hujah dan dalil kemuliaan dan kehebatan bangsa berkulit hitam. Al-Jahiz mula menulis pada ketika itu atas tuntutan pihak pemerintah dengan objektif meredakan sentimen anti-Arab dalam komuniti hamba-hamba kulit hitam yang menduduki Selatan Iraq. Kitab itu sesudah siapnya bakal menjadi gula-gula sementara memujuk komuniti yang bangkit menentang penindasan dan penghinaan dengan memuji-muji kelebihan mereka. Namun ibarat panadol yang tidak menyembuhkan dan berkesan sementara, penyakit tersebut muncul sebagai pemusnah yang tidak dapat dihalang dengan sekadar goresan mata pena.
Setahun selepas kematian Al-Jahiz pada tahun 869 tercetuslah konflik sivil yang paling berdarah dalam sejarah Bani Abbas yang dikenali sebagai Pemberontakan Zanji. Kebangkitan masyarakat 'kulit hitam'.
Jika kita berbalik kepada cebisan-cebisan nukilan Al-Jahiz mengenai bangsa Melayu-Jawi yang pada waktu tu sinonim sebagai "Zabaj", "Zabag" atau jamaknya "Sayabija", saya kira ia sebenarnya adalah himpunan kisah-kisah yang dibawa pulang oleh pelayar-pelayar Arab yang ke Timur atau pelayar-pelayar Timur yang ke Arab, yang dihimpunkan dalam suasana keragaman metropolitan kota pelabuhan Basrah. Bahkan selatan Iraq dihuni oleh mereka seawal zaman Empayar Sasan dan memasuki era pengislaman sejak zaman Sayyidina Umar al-Khattab, dan jika kita menerima keabsahan Hikayat Merong Mahawangsa maka ia sepatutnya sudah berlaku sejak kurun-kurun sebelum masihi.
Kitab Mufakharat ini antaranya meriwayatkan hujah tokoh-tokoh kulit hitam Timur Tengah yang meletakkan bangsa mereka sebagai pendominasi umat manusia serta sebagai penduduk dunia yang paling ramai dan menariknya bangsa-bangsa negeri Melayu-Jawi digolongkan sekali sebagai sebahagian daripada mereka.
"They say: The blacks are more numerous than the whites. The whites at most consist of the people of Persia, Jibal, and Khurasan, the Greeks, Slavs, Franks, and Avars, and some few others, not very numerous; the blacks include the Zanj, Ethiopians, the people of Fazzan, the Berbers, the Copts, and Nubians, the people of Zaghawa, Marw, Sind and India, Qamar and Dabila, China, and Masin...
...the islands in the seas between China and Africa are full of blacks, such as Ceylon, Kalah, Amal, Zabij islands, as far as India, China, Kabul, and those shores."
Nama Kedah dan Zabaj muncul di situ!
Lagi bebelan menurut tradisi Zanji kulit hitam,
"The Zanj also say: If we are more numerous because of Zabaj alone we would still be far superior to you because of our merit. If it happens that the king of Zabaj has problems with the citizens, and they don't pay their taxes, he sends his army of thousands of people not with orders to beat and fight them. He does give orders for his soldiers to settle between them till they pay them. His army is bothering the people so badly by taking food and clothing from them that it is easier to pay the taxes. If they still don't pay he sends more regiments. The local rulers always wind up paying for fear he and his people will finally be destroyed by the army."
Petikan tradisi ini saya kira sangat menyeramkan kerana siapa sangka terdapat pendetailan amalan dan polisi pemerintah Zabaj yang sedemikian jika penulisan ini tidak wujud? Ia juga pada saya amat melucukan kerana kita sudah maklum akan tabiat polisi psiko pemerintah Melayu yang nampak beleh tapi kesannya 'makan' cukup dalam. "Gentleman of The East" kata kolonial British.
Al-Jahiz kemudian menghikayatkan kisah yang saya pasti kita semua tak pernah dengar bahkan tak dijumpaipun rekod sedemikian setakat ini di alam kita! Allah!
Hikayat Raja Zabaj dan Buaya
"Once a king of Zabaj reached an estuary which is several parasangs long and wide. In his camp he heard a women crying. He interrupted his meal to go and ask what had happened. He was told that the son of the women was eaten by a crocodile in the swamp.
The king got angry because a creature existed that just like him took the right to decide on live or dead of his people. He dived into the water, all his soldiers followed him. They finished every single crocodile in the place with their hands.
The people of Zabaj alone are half the population on earth!
On the ends of the inhabited world all are black people. These ends are more populated then the central area, just like the circumference of a windmill in the wind is bigger than the pivot of that windmill. It is like the balcony of a house; it is narrow but as it goes all around the house its total area is bigger then the house itself. After the land of Zabaj there are no more white people as we have reached there the periphery of the world where all are black. This is a proof that we are more numerous then the whites and we have the right to be proud of it."
Riwayat ini ringkasnya adalah satu tradisi yang telah lama menyepi dan kini muncul kembali mengkisahkan kepada anak cucu mereka legenda seorang raja kerajaan Zabaj yang adil, begitu menyelami kesusahan rakyatnya, bertindak dengan kadar segera bagi meyelamatkan keadaan meskipun yang terjejas hanyalah seorang wanita yang kematian anak. Siapakah beliau dan di manakah kerajaan Zabaj baginda itu berpusat daripada hakikat jajahannya menurut catatan yang lain adalah sehingga sejauh pantai Afrika Timur. Dalam peristiwa di atas beliau mungkin mendirikan camp dalam rangka royal entourage ke salah satu jajahannya yang konon dikatakan mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk dijelajahi satu-persatu. Muara berpaya seluas beberapa parsakh, dan berbuaya di mana agaknya ya?
Apapun kisah ini menjadi sebahagian daripada seragaman pemerintah-pemerintah adil pada zaman Islam. Misalnya, tuntutan jihad menyerbu perbatasan Byzantine segera dipenuhi Khalifah al-Mu'tasim setelah seorang muslimah yang diaibkan berteriak-teriak menyeru nama Amirul Mukminin agar dia dan maruahnya diselamatkan.
1000 tahun lampau Arabi sama Sudani bergaduh, Jawi jugak dapat nama. Emotikon smile
Allahua'lam.
~The Story of Bujang and Rejang.
Gambar hiasan: "Bujang Senang, Sarawak Legendary of White Crocodile", (Robinsonmike.blogspot.com.my

Rabu, 7 Oktober 2015

Bangku-Bangku sarayo. kita kasi ngam cerita


The Royal Bloodlines of Andin.
Baru semalam mendapat conformation dari Ninik saya yang rupanya saya ini juga memang berdarah ANDIN. Andin adalah suatu gelar kebangsawanan di Kesultanan Banjar dan Kesultanan Paser di Kalimantan, Indonesia. Mula-mula gelar ini dipakai oleh keturunan bangsawan Kerajaan Negara Daha.
Kerajaan Negara Daha adalah sebuah kerajaan kuno pendahulu kerajaan Banjarmasin dan kerajaan ini telah dikalahkan dalam perebutan tahkta oleh Sultan Suriansyah pendiri Kesultanan Banjar. Oleh sebab kekalahan tersebut maka penguasa Kerajaan Negara Daha tidak diperkenankan lagi memakai gelar Pangeran dan Gusti, tetapi diturunkan menjadi Andin. Raja Negara Daha terakhir yang merupakan bapa saudara Sultan Suriansyah tersebut diperkenankan untuk menyingkir lebih ke hulu dan menguasai suatu daerah di pedalaman yaitu di sungai Batang Alai. Salah satu cabang keluarga Kerajaan Negara Daha (Kuripan-Daha) mendirikan Kerajaan Sadurangas.
Menurut Hikayat Banjar, pada masa Sultan Mustain Billah di keraton Banjar telah dilangsungkan perkawinan politik antara Aji Ratna binti Aji Tunggul (adipati Pasir) dengan Dipati Ngganding/Dipati Gendang (adipati Kotawaringin), kerana Dipati Ngganding bukanlah seorang Pangeran yang berdarah biru, maka anak-anaknya cukup bergelar Andin yaitu Andin Juluk dan Andin Hayu. Jadi jika seorang putri bangsawan menikah dengan pihak luar Istana, maka putra putrinya akan bergelar Andin juga.
Keluarga Bangsawan Andin juga merupakan penguasa turun temurun daerah Barabai atau wilayah traditional yang dahulu bernama daerah Alai, dahulu meliputi watas (wilayah) antara sungai Batang Alai, sungai Barabai dan sungai labuan amas di Kabupaten hulu sungai tengah yang berpusat di desa Palajau. keluarga Andin ini dipercaya merupakan keturunan yang masih berkerabat dengan wali songo yang kemudian menjadi penguasa wilayah setempat dan diberi gelar Andin yang dapat diturunkan kepada keturunannya melalui garis laki-laki dan diberikan kepada anak laki-laki dan perempuan.
Salah satu ciri khas Para Andin ini adalah memanjangkan kuncir bagi anak mereka sampai pada umur tertentu, di kemudian hari seorang anak yang bergelar mempunyai kuncir disebut dengan baandin. Tradisi membiarkan Kuncir (ekor rambut atau tocang) dan mencukur bahagian tepi kepala ini masih dilaksanakan oleh Datuk dan Ninik saya terhadap Pak Long dan Mak Ngah saya semasa mereka kecil, tetapi tak diteruskan dah ke anak-anak dia yang lain termasuk ayah saya yang lahir kemudiannya.
Para keturunan Andin pada masa kini sudah jarang memakai gelar Andin, meskipun begitu keturunan mereka menyebar keseluruh Nusantara. Keturunan Andin merupakan salah satu keluarga Aristokrat Banjar paling berpengaruh dan berkuasa yang dapat mempertahankan eksestensi mereka hingga kini.
Kisahnya, lebih kurang seratus tahun yang lalu, setelah Belanda menghapuskan kuasa Kesultanan Banjarmasin serta terbunuhnya Sultan Banjar yakni Sultan Muhammad Seman di Barito maka terjadilah perpecahan dikalangan para Andin yang mengakibatkan terjadi Exodus sebahagian keluarga Andin keluar melarikan diri dari buruan pihak Belanda.
Oleh sebab itu terdapat ramai keturunan Andin di Sabah,Sarawak, Brunei, Singapura, Malaysia, di Sumatera utara seperti di Langkat, Kota Binjai, Deli Serdang, Serdang bedagai, Asahan, di Tembilahan Riau dan Tungkal di Jambi, rata-rata keluarga ini mempunyai sejarah keluarga yang mirip sebagai keluarga pelarian atau orang sini (termasuk orang Pahang) zaman dulu suka gelar keluarga kami sebagai orang bangsat. (tak senonoh betul gelaran tu). Emotikon squint
Ada kemungkinan juga gelar Andin dilarang digunakan oleh Belanda kemudiannya, dan mungkin hal itu lah yang menjadikan Gelar Andin menjadi hampir hilang. Hampir seluruh keluarga yang melarikan diri keluar ini menyembunyikan Gelar Andin-nya agar tidak ditangkap pihak Belanda, dan hanya diceritakan kepada anak cucu sebagai sebuah rahsia keluarga sahaja bahawa mereka merupakan keluarga Andin.Keluarga yang bertahan di tanah Banjarpun sebagiannya menghilangkan gelar Andinnya, namun sebagian lain tetap menggunakannya hingga saat ini. Hal ini memang sesuatu yang benar sebab Datuk saya memang semasa hayatnya sangat berahsia tentang kisah nenek moyang. Malah ayah saya pun tidak mengetahui hal kami dari asal keturunan Andin ini sehinggalah diceritakan oleh Ninik saya.
Menurut Ninik saya,semasa Datuk saya (yang keturunan Andin) masih hidup, jika dia bertemu dengan bapa-bapa saudaranya atau kaum-kerabatnya yang pangkatnya lebih tua dia akan menggunkan Bahasa Dalam atau macam bahasa istana lah lebih kurang. Dia biasanya memanggil mereka sebagai Rama dan menggelar diri sebagai Andika'.
Hasil bersembang dengan Ninik saya semalam juga, saya dapat tahuk yang di belah keluraga Ninik kepada Ninik saya pula ada darah Orang Istana dari Keturunan Bugis yang berkahwin dengan Banjar.
Macam-macam lah lagi citer semalam dan ada yang tak boleh nak cerita disini sebab kang jadi cerita lain pulak. Tetapi menurut Ninik saya gelaran tersebut telah dibuang pada generasi Datuk saya dan dirahsiakan daripada anak dan cucu atas sebab-sebab mahu menyembunyikan identiti keluarga dari musuh dan beberapa sebab lagi yang tak dapat dijelaskan disini. Emotikon smile
ps: Tapi sekarang rasanya dah tak ada dah musuh nak tangkap keturunan Andin ni sebab dah lama merdeka. So agaknya boleh ke kalau saya nak letak nama Andin balik pada keturunan ya?

Selasa, 6 Oktober 2015

Jumaat, 4 September 2015

DARI PEDANG QAL'IY KE LEMBING KHATTIY kredit to Tuan Merbok II 1hb September ·





DARI PEDANG QAL'IY KE LEMBING KHATTIY.
Gempar apabila ditemui perkaitan Pedang Qal'iy buatan Kedah Tua seawal dengan kisah Sayyiduna Abdul Muttalib bin Sayyiduna Hasyim. Gempar juga apabila pedang jenis itu juga pernah berada di dalam perwarisan Jurhum di Hijaz dan para Yahudi Madinah sebelum jatuh ke tangan Sayyidina Rasulullah setelah ekspedisi di Khaibar. Itu kisah al-Qal'iy...

Al-Khattiy...

Nama ini merupakan nama yang masyhur di pantai timur Jazirah Arab. Ia merupakan nama yang diberikan kepada lembing-lembing besi pahlawan-pahlawan kuno Arab di sana. Ia tersangat masyhur dan dipandang tinggi, tidak dimiliki melainkan oleh mereka yang 'berasal' sehingga rantau al-Bahrayn (al-Qatif moden) juga dikenali dengan nama lembing berkenaan.

Apa yang menariknya, metalurgi al-Khattiy ini jelas direkodkan sebagai besi Hindi. Kisah eksport dan importnya berkemungkinan adalah sama dengan pergerakan besi tempa al-Qal'iy, bergerak daripada pengeluarnya di Kedah Tua, rebranded di al-Hind sebelum masuk ke pasaran Teluk Parsi. Lagi menarik apabila nama besi ini sampai dijadikan nama keluarga bangsawan zaman-berzaman di al-Bahrayn diwariskan sehingga ke hari ini.

Qal'iy untuk Kalah, apakah cognate juga buat Khatt, kerana penyebutannya juga bervariasi. Jika demikian, tuan-tuan bolehlah tambahkan satu lagi legasi kuno nenek moyang kita di Asia Barat.

Wallahua'lam.

"The Legacy of Sayabiga" - TMII

Gambar: Romansi Antarah Ibn Syaddad, pemuisi terkenal zaman Jahili abad ke-7 masihi. Puisinya antara yang digantung saban tahun pada Ka'abah ketika temasya sastera di Makkah.
Kongsi

Khamis, 13 Ogos 2015

Selasa, 11 Ogos 2015

orang milik Ijazah pun mengaku sejarawan apakan saya?



Walaupun saya ada Ijazah dalam bidang Sejarah, namun saya bukan lah sejarawan atau ahli sejarah. Bukan senang untuk digelar sejarawan dan saya langsung tak layak dengan gelaran tersebut, jauh panggang dari api. Tetapi saya adalah peminat sejarah. Apa yang saya tulis tentang sejarah adalah perkongsian ilmu dari apa yang telah saya baca dari kajian-kajian lepas. Setiap analisis dan interpretasi yang saya buat adalah pendapat peribadi saya sendiri sebagai seorang manusia biasa yang masih belajar. Oleh kerana itu pasti ada khilaf dan kesilapan dari saya. Jika saya benar salah maka sila betulkan. Saya terima kritikan yang sopan dan ikhlas, tapi saya tak suka jika kritikan itu berbentuk penghinaan, carutan dan kasar bahasanya. Sekian

Atap Rumah mula dipasang

Cadang ruang hadapan ini untuk surau dan akan ada satu bilik untuk tetamu. walau tidak diketahui bila akan siapnya kerana kurangan Dana

Sini juga boleh dijadikan  Markas, Time balik kampong nanti bolelah bawa budak-budak solat jamaah magrib dan Isyak, kalau rajin daptlah mengaji Quran lepas magrib. lepas solat isyak boleh muzakrah dan baca kitab kuning mudah-mudah ada berkat.

sayang ba itu ilmu. umur-umur begini pandangan mata pun mulai kabur-kabur, membaca tulisan kitab kuning tambah pencahayaan suda. cermin mata rabun dekat tengah menunggu. walau sedaya-upaya menghindari.

sekarang orang berabut-rabut buat sekolah tahfiz jadi biarkan niat untuk sekolah tahfiz ini orang lain yang laksanakan

saya buat insyaAllah meneruskan dengan kelas umumi kitab kuning saja di rumah. sekolah pondok biar orang lain pula yang cuba melaksanakannya.



InsyaAllah bila siap saya juga mula menawarkan perkhidmatan urutan dan nasihat perubatan ikhtiar rawatan pelbagai penyakit.

 
 

InsyaAllah rawatan saya menggunakan air penawar yang saya bawa dari semananjung tahun 1994. Walaupun  Ibu air penawar ini telah mungkin dimiliki oleh ramai orang dan juga telah diberi nama yang berbagai..

InsyahAllah Mulai saat saya beroperasi  munajat saya kepada Allah swt untuk mengangkat prodak tersebut dari orang lain kerana mereka tidak memiliki sanad dan izin untuk memiliki apatah lagi telah memasarkan nya.


Terima kasih kerana mengguna dan pernah mengguna dan memilikinya.

Isnin, 10 Ogos 2015

Makluman perancangan aktiviti hujung tahun 2015

10/08/2015
Assalamualaikum...
PEMBERITAHUAN KEPADA WARGA ABJAD SABAH.

DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWASANNYA PROGRAM TAHUNAN ABJAD SABAH AKAN DIADAKAN PADA HUJUNG TAHUN INI INSYA ALLAH. 

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

02.  Sehubungan dengan itu, Tuan Badal sukacita ingin  memaklumkan kepada ahli bai'ah bersanad cawangan Sabah akan mengadakan majlis ilmu dan amal bersama badal mutlak Ustaz Zainuddin bin Othman sebagai pengisian program tahunan Abjad Sabah.

03. Oleh yang demikian, untuk majlis tahunan ini kita sekali lagi amat memerlukan jasa baik serta sumbangan keawangan daripada ahli-ahli dalam usaha menjayakan majlis yang penuh berkat ini. Oleh itu, persediaan untuk majlis ini memerlukan sumber keawangan berjumlah RM2000 atau lebih sebagai perbelanjaan semasa majlis berlangsung.

03. Kutipan akan bermula pada bulan ini. Sumbangan dari pihak tuan amat-amat dihargai dengan ucapan jutaan terima kasih. Mudah-mudahan kebaikan dari pihak tuan dibalas dengan kebaikan 

Insya-Allah Aaminn.

Sekian dan terima kasih.

"Yakin Putus tonggak kekuatan Iman"

ABJAD CAWANGAN SABAH
89308 Ranau Sabah.